Bunyi pintu dibuka mengalihkan perhatian Younghoon . Dia yang sedang duduk itu menoleh . Serta merta raut wajah berubah melihat appa nya masuk dengan berjalan terhuyung-hayang tidak stabil .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Younghoon beralih ke telefonnya apabila Tuan Kim memandangnya . Tuan Kim senyum sinis dan berjalan kearah anaknya itu . Kedua belah tangan ditongkat atas meja . Younghoon dipandang tajam .
" Mana eomma kamu ? Terlalu enak duduk rumah suami baru sampai tak datang jenguk kamu ? " tanya Tuan Kim . Soalan yang acapkali ditanya kepada anaknya itu . " Lebih baik eomma tinggal dekat sana dari datang sini " balas Younghoon mengundang kemarahan Tuan Kim .
" Dasar anak kurang ajar ! " Tuan Kim mahu memukul Younghoon , tapi pantas tangannya ditepis . Younghoon berdiri . " Tak cukup ke appa buat dekat eomma ? Sekarang appa nak pukul Younghoon pula ? Appa--- appa tu seorang ahli perniagaan berjaya . Tapi inikah sikap seorang yang berjaya ? gagal jaga isteri dengan anak " ujar Younghoon dan melangkah kearah biliknya . Bilik ditutup kuat .
" Aish , anak ini . Yah--- eomma kamu yang tinggalkan appa ! " pekik Tuan Kim kuat . Younghoon di dalam bilik duduk dibirai katil . Raut wajahnya jelas marah . Appa nya tidak pernah berubah . Salahkan orang lain diatas silap sendiri . Hukum orang lain , padahal silap sendiri .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Appa memang tak pernah nak berubah "
Tuan Kim adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya . Hidup keluarga Kim sangat kaya raya . Tapi semuanya semakin hari semakin musnah apabila Tuan Kim mulai berubah dek kerana mengenali seorang perempuan ketika berkunjung di club malam . Mereka berhubungan . Puan Kim mengetahui dan memarahi Tuan Kim . Tapi Puan Kim pula yang di pukul akibat dilabel tidak menghormati suami .
Keduanya sudah bercerai dan Puan Kim berkahwin lain . Younghoon dilarang keras mengikuti eomma nya itu dan diminta tinggal dengan Tuan Kim . Walau memberontak , Younghoon tetap menurut . Sampai sekarang Tuan Kim tidak berubah malahan menjadi semakin teruk .
Tiap malam mabuk . Bertukar perempuan . Langsung tidak malu dengan Younghoon . Tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anaknya itu . Tidak pernah Tuan Kim naik tangan atau memukul Younghoon sebelum ini . Tapi malam ini dia hampir sahaja memukul anaknya itu . Mujur sahaja Younghoon sempat mengelak .