Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“ ah ” Terhentak belakang badan Jungkook pada dinding tembok apabila dia ditolak oleh seorang anak buah Jaeseok iaitu Myungsoo . Seorang lagi bertindak menumbuk perut Jungkook . “ ah ” sekali lagi Jungkook mengerang sakit dan memegang perutnya .
“ kau ni memang betul-betul mencabar kesabaran aku ” Jaeseok mendekat , Jungkook sudah terduduk . “ kau ingat sampai bila kau boleh larikan diri dari aku ? ” dagu Jungkook dicengkam kuat . Jungkook menepis tangan Jaeseok dengan kasar .
“ kalau kau nak duit tu kau carilah orang tua tak guna tu . Bukan aku ”ujar Jungkook kasar . “ masalah sekarang ni appa tiri kau tu hutang aku sebab tanggung sekolah kau . Dia pun dah larikan diri . Jadi kaulah bayar hutang tu ”kepala Jungkook ditonyoh kasar.
“ aku tak suruh pun dia tanggung lah . Aku buat kerja part time . Aku tak minta pun duit dia . Dia tak ada kena mengena dengan aku ”Jungkook membentak .
“ dia tu appa kau . Kau jangan nak menindakkan lagi ! ” Jaeseok menjerkah kuat seraya menumbuk kuat muka Jungkook .
DUSH !
Bersamaan dengan itu seorang anak buah Jaeseok iaitu Zhiang ditendang oleh seseorang hingga tersemban ke jalan . Jaeseok berdiri dengan muka bengang .
Jungkook angkat muka . Sedikit terkejut dengan kemunculan Younghoon tiba-tiba .
“ setan mana pula ni ? ” Tanya Jaeseok marah . “ dia dah cakap dia tak ada urusan dengan kau ” ujar Younghoon menekankan . Myungsoo yang mahu menyerang dia paut lengan dan tolak tersungkur disebelah Zhiang .
“blah ! ”
Jaeseok senyum sinis dengan kepada Younghoon . “ kau tunggu nasib kau nanti ” Jaeseok berlalu pergi . Myungsoo dan Zhiang berdiri terhuyang-hayang mengikuti Jaeseok .
Younghoon membantu Jungkook berdiri . “ gwenchana ? ”tanya Younghoon . Dibalas anggukkan oleh Jungkook . Jungkook hampiri motorsikalnya . “ diorang memang selalu cari kau ke ? ” tengok pada gaya macam perlarian pula . Itulah akibatnya apabila ahli keluarga berhutang dengan ah long . Ahli keluarga yang lain menjadi mangsa .
“ lepas ni kau tak payah masuk campur ” Pinta Jungkook seraya memakai helmet . “ tak akanlah aku nak tengok je kau kena pukul . Mestilah aku tolong ” ye , tak akanlah Younghoon biarkan sahaja apabila lihat Jungkook dipukul .
“ kau tak kenal diorang macam mana ” cermin helmet dia tolak kebawah . Motorsikal meluncur laju pergi dari situ . Baru mahu melangkah pergi , telefon milik Younghoon berbunyi menandakan ada mesej masuk . Telefon dari dalam poket seluar dia keluarkan .
Daehan Jihyokenabuli . Dekattaman .
Habis sahaja baca mesej tersebut , telefon dia simpan kembali dan berlari pergi dari situ . Taman dia tuju . Tanpa henti Younghoon berlari sehinggalah sampai di taman . Dari jauh dia melihat Jihyo dilempar dengan air kotak susu oleh Hye Soo dan dua orang gengnya .