" Ye Jin , macam mana dengan hubungan kamu ? masih tak ada tanda-tanda mahu ke fasa yang lebih serius ? " tanya Puan Song . Dia melirik Jihyo sekilas . Tuan Song duduk disebelah Jihyo . Mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam bersama ." Ye Jin baru sahaja lagi berkenalan dengan dia eomma .
Masih terlalu awal " balas Ye Jin .
Puan Song terlalu inginkan menantu .
Tak sabar nampaknya . Seakan mendesak Ye Jin supaya berkahwin . " Kamu mahu tunggu berapa lama lagi ?
Kamu bukan semakin muda " tegur Puan Song .
Tuan Song diam sahaja . Kalau menyampuk dengan dia sekali kena sound ." Kalau nak pergi dating , ingat jangan bawa adik kamu ni . Eomma tidak mahu perancangan kalian gagal lagi " ujar Puan Song seraya menyuap nasi kedalam mulut . Tuan Song dan Ye Jin serentak pandang Jihyo . Puan Song ni nak cakap apa main cakap je tanpa berselindung .
Jihyo yang sedang makan berhenti .
Dia berdiri membuatkan mereka bertiga tertumpu kepadanya ." Jihyo , nasi belum habis ni "
Tegur Tuan Song lembut .
Dia sebagai bapa tahu yang Jihyo terasa . " Nak tunjuk proteslah tu .
Eomma cakap macam tu pun nak terasa .
Dah memang betul semua perancangan Ye Jin gagal kerana kamu "" Awak "
" Bwo ? "
Ujar Puan Song mendiamkan Tuan Song ." Jihyo jadi macam ni pun sebab eomma "
Balas Jihyo dan bergerak untuk masuk kedalam bilik . " Bwo ? sebab eomma ?
Hah ! kamu kata sebab eomma " Puan Song berdiri depan meja makan .
Tajam dia tengok Jihyo ." Nae ! sebab eomma yang lahirkan Jihyo macam ni . Wae ? wae eomma nak salahkan Jihyo sedangkan Jihyo ni anak eomma ? eomma yang kandungkan dan lahirkan Jihyo . Kenapa eomma lahirkan unnie tanpa tanda lahir sedangkan Jihyo ada tanda lahir yang hodoh ni ? " tanya Jihyo bersama tangisan yang tak mampu dibendung lagi .
" Jihyo , janganlah cakap macam tu "
Ujar Ye Jin .
Matanya berkaca mendengar apa yang diperkatakan oleh Jihyo . Dan begitu juga dengan Tuan Song ." Hiks--- hiks "
Jihyo mengesat airmata yang terus menerus mengalir . " Jihyo tak minta pun jadi macam ni . Wae semua orang nak benci ? Jihyo tak nak pun jadi macam ni . Hiks--- Jihyo nak cantik macam orang lain . Macam eonnie . Wae wae wae ! JIHYO DILAHIRKAN MACAM NI WAEEEE ? " tepik Jihyo kuat dengan tangisan teresak-esak .
Ye Jin tertunduk menangis ." Kamu menyalahkan eomma "
Puan Song meluru kearah Jihyo dengan muka marah . Bahu Jihyo dia pukul kuat berkali-kali tanpa menghiraukan Jihyo yang menangis ." Awak ! "
" Eomma dah lah tu "
Tuan Song dan Ye Jin menghampiri keduanya . Tuan Song memegang isterinya itu dari terus memukul Jihyo . Jihyo teresak-esak menangis .
Jihyo berlari kearah pintu dan keluar dari rumah . Dia membawa diri ke tempat biasa iaitu taman berhampiran . Jihyo berdiri di depan tasik . Dia teresak-esak menangis .