Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seafood Cafe , 2 March 2021 .
Son Ye Jin dan kekasih hati bernama , Kim Jungmin itu berbalas senyum sambil mengenggam tangan masing-masing . Sudah sebulan bercinta , keduanya membuat keputusan untuk melanjutkan ke fasa yang lebih serius . Iaitu fasa perkahwinan . Hari ini , keduanya bertemu untuk berbincang perihal perkahwinan mereka .
Selepas sahaja berbincang , mereka akan membuat persiapan dengan teliti . Menjadikan segala impian mereka satu kenyataan . Penyatuan dua hati yang sudah saling cinta .
“ Saya janji akan menjaga awak sebaiknya . Bertanggungjawab sepenuhnya kepada awak . Jadikan awak isteri yang paling beruntung dalam dunia ini " ungkap Hwang Jungmin menerbitkan bunga-bunga indah dihati Son Ye Jin .
Hwang Jangmin seorang lelaki yang sangat manis kata-kata nya . Membuatkan Son Ye Jin terpikat berkali-kali . Andai dia ais sudah lama cair tanpa bisa dikeraskan kembali . Hwang Jangmin sangat pandai mengambil hati dan memenangi hatinya .
" Saya pun akan cuba sedaya upaya saya untuk menjadi isteri yang terbaik untuk awak " balas Son Ye Jin . Dia akan cuba menjadi isteri yang menyenangkan bagi Hwang Jangmin . Agar lelaki itu turut beruntung memiliki isteri sepertinya .
" Unnie "
Son Ye Jin menoleh . Senyumannya terukir mekar dan bangun berdiri di sebelah adik berpakaian uniform sekolah itu . " Awak kenalkan ini Song Jihyo adik saya . Dia baru sekolah . Saya suruh datang sini untuk perkenalkan pada awak " ujar Son Ye Jin ceria memperkenalkan adiknya itu .
Hwang Jangmin tampak lain . Dia berdiri . Matanya tidak lepas memandang wajah Jihyo . Lebih tepat bahagia pipi belah kiri . Jihyo yang menyedari terus menutup pipi dengan rambut panjangnya itu .
" Adik saya ada tanda lahir sejak kecil . Saya harap awak tak ada masalah "
" Ini sangat luar biasa " Ujar Hwang Jangmin kerana tanda lahir itu memenuhi sebahagian pipi belah kiri Jihyo . " Ye Jin, saya rasa kita tak boleh teruskan perkahwinan kita " kata-kata Hwang Jangmin mengejutkan Seo Ye Jin . Jihyo diam dengan kepada di tundukkan . Dia sudah menyangka tak ada orang yang akan menerima dirinya .
" Bwo ? tapi kenapa ? "
" Ye Jin--- kalau kawan-kawan , keluarga saya tanya pasal adik awak ni saya nak jawab apa ? Awak ingat saya tak malu nanti bila tahu dia adik ipar saya dengan muka macam tu . Pasti mereka akan mengejek saya . Apatah lagi , keluarga saya orang yang berpangkat dan di senangi . Ini semua akan memalukan saya " perjelasan Hwang Jangmin betul-betul membuatkan Son Ye Jin terkilan .
Tidak menyangka Hwang Jangmin akan fikir sebegitu dan pada masa yang sama menghina adiknya sendiri .
" Jangmin--- awak tak boleh macam ni "
" Saya tak mahu memalukan diri saya sendiri Ye Jin . Saya minta maaf " tanpa mempedulikan Son Ye Jin , Hwang Jangmin melangkah pergi dari situ . " Jangmin--- " panggilan Son Ye Jin langsung tidak dipedulikan .
Son Ye Jin pandang Jihyo . Kasihan dengan adiknya itu . " Jihyo--- "
" Gwenchana " Ujar Jihyo pelan dan mengatur langkah pergi dari situ .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Inilah hidup aku , Penuh dengan manusia yang tidak menyukai diri bahkan sampai tahap membenciku . Apakah terlalu jijik tanda lahir di pipiku ini ?
Aku tidak minta untuk dilahirkan sebegini . Jika aku tahu beginilah nasibku , aku akan minta eomma untuk tidak melahirkan aku . Andai kehadiran aku membuatkan hidup orang lain susah . Terutamanya , Ye Jin eonnie . Sudah tiga kali eonnie putus dengan lelaki . Dan ketiganya kerana mereka tidak mahu melihat wajah hodoh aku ini . Mereka malu andai aku menjadi sebahagian daripada mereka .
Aku rasa eonnie tidak akan pernah menikah andai aku tetap menjadi adiknya . Aku kasihankan eonnie . Dia berhak untuk bahagia dengan pasangannya . Aku rela andai satu hari nanti eonnie tidak mengakui aku adiknya . Asalkan itu akan membuatkan eonnie bahagia .
Jujur aku lelah dengan manusia yang hanya suka judge orang lain tanpa tahu apa rasa yang di alami . Jika aku rasa kecewa sedih itu tiada gunanya kerana mereka langsung tidak akan menghiraukan aku .
Dengan langkah penat dengan dunia , aku melangkah entah mahu kemana . Yang pasti sudah larut malam aku masih berada di luar . Cuba untuk menenangkan diriku yang tidak akan pernah terubat .
Manusia sudah berkurangan . Kenderaan di jalanraya juga makin berkurangan . Pastinya aku tidak kisah . Hatiku kecewa sekarang ini . Kecewa dengan diri aku . Kenapa aku dilahirkan begini ?
Aku berjalan menyusuri jalan sehinggalah bunyi teriakan seorang wanita di belakang . Tatkala menoleh mataku terbuntang apabila melihat wanita itu sedang bergelut dengan seorang peragut .
" Yaaa--- " Aku menjerit kuat membuatkan peragut tersebut terkejut . Dia melarikan diri dengan handbag wanita terbabit . " Yaa--- paboya , pulangkah " aku semakin kuat menjerit sambil mengejar peragut tersebut tanpa menghiraukan diri aku seorang gadis remaja . Mengejar peragut lelaki yang jauh lebih tegak dariku .
Aku mengejarnya sehinggalah ke sebuah lorong sunyi . Tetapi sunyi itu dipecahkan dengan bunyi sebuah motorsikal besar yang tiba-tiba menuju laju kearah peragut tersebut . Peragut tersebut ditendang hingga tersembam ke jalan .
" Huh ! Huh ! " Aku tercungap-cungap . Nafasku turut naik . Aku berhenti tidak jauh dari mereka . " Aniyo--- ya ya ya ya " Aku kembali bergerak dan berlari kearah lelaki tersebut apabila lelaki itu membuka handbag terbabit .
" Awak nak buat apa ? Tak akanlah nak jadi peragut kedua " Marahku . Aku fikir dia juga mahu mencuri barangan di dalam handbag tersebut . Dia membuka helmet yang dipakai dan laju mendekati aku membuatkan aku terjerit kecil .
" Argh--- "
" Aku cuma mahu cek apa yang hilang " Handbag tersebut diberikan kepada aku . Liur aku telan . Wajahnya begitu serius dengan rambut sedikit panjang . Tatkala pandangannya terarah ke pipiku , aku cepat-cepat tutup dengan rambut . Dia menjauh sedikit . " Ic , dompet , handphone ada . Bukan aku kalau jadi peragut " katanya sinis dan menghampiri motorsikal kembali .
" Pulangkan dekat tuannya " Ujar nya seraya memakai helmet . Cermin helmet dan tolak kebawah dengan bergaya dan menunggang pergi dari situ . Aku terpacak disitu sambil melihat dia pergi . " Nuguya ? " aku tertanya-tanya .
" Erm--- "
Erangan sakit peragut tadi mengejutkan aku . Aku cepat-cepat berlari pergi dari situ mahu memberikan handbag kepada tuannya kembali .