BLURB:
"Loving you was a bad idea that feels so good."- TENGKU EMIR CULLEN
Angkara satu pertaruhan, Tengku Emir mendekati Amanda Haura. Hubungan yang pada awalnya bertunjangkan penipuan, kini sudah bertukar sayang dan cinta. Namun, perasaan yang terbina tidak kekal lama apabila satu perselisihan faham berlaku. Perjalanan cinta temui jalan buntu.
Enam tahun berlalu, segalanya berubah. Nama Tengku Emir semakin
gah dalam dunia perniagaan manakala Amanda berstatus ibu tunggal.
Pertemuan kembali antara Tengku Emir dan Amanda menimbulkan bibit rasa dalam hati lelaki itu. Tambahan lagi setelah kebenaran terbongkar. Lelaki itu tekad. Dia harus mendapatkan kembali cinta Amanda dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna untuk mereka.
Bagi Amanda, rasa sakit itu masih ada. Rasa perit dihina masih belum pudar. Sebelum ini, tanpa bantuan, dia berjaya mengharungi keperitan membesarkan anak sendirian.
"Tak boleh ke awak anggap saja yang saya dan Eiman tak pernah wujud? Sepanjang enam tahun ni, awak masih boleh teruskan hidup, begitu juga dengan saya. Jadi, teruskan hidup awak macam biasa, Emir." - AMANDA HAURA
Tetapi amaran Tengku Emir membuatkan Amanda dihambat lelah tanpa henti. Dia tahu seberapa bahayanya Tengku Emir itu.
"Kalau I tak dapat you, tak akan ada sesiapa yang akan dapat you, Amanda." - TENGKU EMIR CULLEN
Ugutan demi ugutan menjadikan Amanda tersepit di pertengahan. Pembongkaran demi pembongkaran menongkat segala kesumat.
Tiada lagikah keindahan tanpa mengundang rasa benci yang mendalam?
Perlukah dia memperjudikan nasibnya sekali lagi hanya untuk
memastikan manusia sekelilingnya selamat?
Adakah waktu akan merungkai perjalanan kisah di antara mereka?
"Kahwin dengan I atau I akan lakukan banyak lagi kemusnahan."
••••
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya dapat terbitkan karya pertama saya di bawah rumah penerbitan. Terima kasih juga buat pihak Fajar Pakeer kerana telah memberikan saya peluang untuk menerbitkan karya sulung saya di bawah rumah penerbitannya. Terima kasih juga buat semua yang sudah bersama dengan saya dari dulu hingga sekarang. Akhirnya, kisah Emir dN Amanda dibukukan juga. Terima kasih semua. You guys never know how much I love you. I love you guys a lot.
Xoxo; nssignature
YOU ARE READING
Cullen's Angel (TERBIT)
عاطفيةSUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER Tarikh preorder bermula 25/05/2023 Harga: SM: RM28.00 SS: RM31.00 Status: Completed Tengku Emir Cullen | Amanda Haura