1- ᴾᵃⁱⁿ

51 6 4
                                    

- 𝐀𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞 𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭, 𝐈 𝐮𝐬𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐈 𝐰𝐨𝐮𝐥𝐝 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐩𝐩𝐞𝐚𝐫 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐰𝐨𝐫𝐥𝐝
𝐓𝐡𝐞 𝐰𝐡𝐨𝐥𝐞 𝐰𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐬𝐞𝐞𝐦𝐞𝐝 𝐬𝐨 𝐝𝐚𝐫𝐤 𝐚𝐧𝐝 𝐈 𝐜𝐫𝐢𝐞𝐝 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭
𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐈 𝐟𝐞𝐞𝐥 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐢𝐟 𝐈 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐩𝐩𝐞𝐚𝐫𝐞𝐝?
𝐈 𝐰𝐚𝐬 𝐬𝐨 𝐚𝐟𝐫𝐚𝐢𝐝 𝐨𝐟 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐨𝐧𝐞’𝐬 𝐞𝐲𝐞𝐬 𝐨𝐧 𝐦𝐞 -

( Bol4 - To My Youth )


"93 peratus..." Wajah remaja perempuan yang sedang melutut di hadapan ayahnya jelas ketakutan yang amat sangat sehingga seluruh badannya terketar-ketar mengalahkan orang yang sedang menahan kesejukan di musim sejuk.

"Kenapa..."

"KENAPA TAK DAPAT 95 KE ATAS??!!!!!"

Si ayah menengking tepat di hadapan muka sang anak.

"Kau memang anak tak kenang budi! Aku bagi kau segalanya dalam rumah ni, kenapa kau malas belajar?!!, aku menyesal ada anak mcm kau!!!!!"

Si anak hanya menunduk, menelan segala kepahitan yang dia baru sahaja terima serta telah bersedia untuk menerima hukumannya. Badannya tidak henti bergetar.

Si ayah mengambil sebatang rod besi yang tergantung elok di sudut penjuru rumah.

"Zarshhh!!!"

"Zarshhhh!!!!!"

Belakang badan si anak dihentak menggunakan rod besi tersebut dengan sekuat hati.

Anak tersebut tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menangis dan cuba sekuat hati menahan segala hentakan yang diterimanya.

Hentakan tersebut diulang-ulang sehinggalah si ayah berasa puas...

(•ω•)

"Aduiii, sakitnya perut aku.."

Lee Jeno mengaduh sakit buat kali yang ke 27.

"Kau makan apa pagi tadi Jen?" Haechan membuat muka aneh di hadapan Jeno.

"Manalah aku ingat, aku nampak je ada makanan, aku terus sauk masuk mulut"

Haechan hanya menggeleng kepala.

"Ni balasan kau sebab selalu sangat rembat makanan aku. HAHAAHAHAH padan muka"

Jeno menjeling Haechan sambil masih memegang bahagian perutnya yang agak keras itu.

"Tulah tu, makanan aku dengan Jisung pun dia selalu rembat."

Jaemin mencelah perbualan dua orang sahabat baiknya.

"Yelah, sorrylahh aku mana tahu dapat karma sampai macam ni."

"Karma is real" Mark pula datang menyampuk.

"Eh, mana lagi yang lain?"Haechan mengubah topik.

"Jisung dengan Chenle kat kelas diorang, Renjun tengah tolong cikgu dekat pejabat rasanya". Mark menjawab.

"Kau boleh ke belajar harini Jen? Nampak macam serious je sakit perut kau- "

Belum sempat Jaemin habiskan ayat, Jeno keluar terlebih dahulu untuk ke toilet.

Mereka hanya mampu mengeluh perlahan melihat Jeno.

Beberapa minit kemudian guru kelas mereka sampai bersama seorang pelajar perempuan baru.

𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨Where stories live. Discover now