12 - ᵗᵒᵒ ˡᵃᵗᵉ

16 4 0
                                    

"Ok so lepas kau dah tau nilai x dengan y tu senang lah kau nak-" Youra yang sedang bersemangat menerangkan bab matematik terus berhenti selepas melihat Jeno hanya sibuk memandang mukanya dan tidak pada buku.

"Hey hey hey fokus!" Pembaris yang dipegangnya dari tadi hinggap di kepala lelaki itu untuk menyedarkan lamunan Jeno.

"Aduh, sorrylah muka kau cantik sangat macam mana aku nak fokus.." Jeno mengusap perlahan kepalanya yang diketuk tadi.

"Alasan je lebih." Gadis itu hanya menjeling sebelum meneguk air kosong di sebelahnya.

"Rehatlah kejap, dari tadi belajar." Jeno merungut kemudian meletakkan kepalanya di meja makan tersebut. Meja itu sudah jadi tempat kegemaran mereka berdua setiap malam. Makan, lepak, study semuanya dilakukan bersama disitu.

Tahu-tahu sudah 3 minggu gadis itu tinggal bersamanya. Lengan Youra juga sudah semakin baik dan kemungkinan besar balutan di lengannya itu akan dibuka pada waktu terdekat ini.

Ibunya dan kakaknya juga sudah menganggap Youra seperti ahli keluarga mereka sendiri. Tambahan pula mereka sudah tahu tentang keadaan Youra membuatkan mereka ingin melindungi gadis itu sebaiknya.

"Ok, 5 minit je eh." Youra kemudian mencapai telefon bimbitnya untuk cek jika ada mesej masuk dan sebagainya.

Sedang elok keduanya melakukan hal masing-masing tiba-tiba telefon Youra berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Riak wajah Youra terus berubah selepas membaca nama yang tertera di skrin telefon itu.

Jeno yang perasan perubahan gadis itu mendekatkan mukanya ke telefon gadis itu untuk mengetahui siapa yang menelefon.

'Appa'

Pantas lelaki itu mengambil telefon di tangan Youra dan menekan butang hijau. Gadis itu hanya terdiam di sebelahnya. Masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Dia sendiri tidak sangka ayahnya masih mencarinya. Padahal sudah 3 minggu dia melarikan diri dan ayahnya langsung tidak mesej atau call. Sangkaannya bahawa dia sudah bebas hancur begitu sahaja.

"Kau nak anak kau? Jangan harap. Serah diri kau dekat polis dulu baru aku lepaskan anak kau. Dasar manusia hati binatang" Jeno membalas dengan singkat kemudian terus menamatkan panggilan tersebut.

"Kau jangan risau, selagi kau ada dengan aku takkan ada sesiapa pun boleh sakitkan kau. Ingat tu."

Lelaki itu cuba menenangkan gadis di hadapannya kerana kelihatan Youra masih shock.

Youra hanya mampu mengangguk perlahan.

"Aku kena call ahjumma kejap." Gadis itu mendail nombor pembantu rumahnya kerana risau perkara yang tidak diingini berlaku. Dia membuka loud speaker supaya Jeno juga dapat mendengar perbualan mereka.

'Ye Youra sayang? kenapa call malam-malam ni?'

"Ahjumma okay ke?
Appa ada buat apa-apa ke?"

"Kenapa? Tuan ada call kamu ke?"

"Haah, Youra tak sangka
pun dia akan call.

Macam mana ni
ahjumma.. Youra takut"

'Ahjumma okay je cuma
keselamatan kamu

yang ahjumma risau sekarang ni. Sebabnya dia dah mula

tanya ahjumma pasal kamu
dengan siapa kawan-kawan kamu.

Dia memang bertekad nak
cari kamu Youra. Buatlah sesuatu

sebelum benda teruk jadi.'

𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨Where stories live. Discover now