"Saya dah balik~"Jeno menutup pintu rumahnya dan meletakkan plastik yang berisi makanan di atas meja.
"Jen, ada tak susu yogurt yang aku mintak tadi?"
Lee Jennie yang merupakan satu-satunya adik beradik Jeno mengintai plastik berisi makanan tersebut.
Lee Jennie sekarang merupakan seorang mahasiswi di universiti Hangguk. Dia bercuti selama sebulan kerana cuti semester.
Selama ini, dia tinggal di asrama universiti. Sekarang baru dia berpeluang untuk meluangkan masa dengan keluarga.
"Ada, kat dalam tu" Jeno membalas ringkas.
"Macam mana dengan perut kamu tu Jen? Dah baik ke belum?"
Puan Lee bertanya sambil sedang fokus menjahit langsir yang ditempah oleh jirannya.
Puan Lee bekerja sebagai tukang jahit. Dia mengambil tempahan langsir dan membuatnya di rumah sahaja. Dia beranggapan bekerja di rumah lebih mudah tanpa perlu menyewa kedai.
Jahitannya yang kemas dan reka bentuk langsir yang menarik membuatkan dirinya agak terkenal di Incheon.
"Dah baik dah eomma, esok Jen pergi sekolah"
Jeno menjawab pertanyaan ibunya yang disayangi dengan penuh sopan.
"Jen naik dulu ye, eomma"
Puan Lee mengangguk kemudian Jeno naik ke atas untuk berehat di biliknya.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya dia terus rebah di atas katil. Telefon pintar yang terletak elok di sampingnya dicapai.
Semenjak dia balik dari sekolah pagi tadi, dia langsung tak menyentuh telefonnya. Kritikal sungguh sakit perutnya pagi tadi. Kalah perempuan senggugut.
Rupa-rupanya dia termakan kuih karipap yang intinya sudah basi. Dia sendiri pun tak perasan sebab dia makan pun dengan sekali telan. Lebih kurang 10 biji jugak dia makan.
Dia menyumpah seranah kedai yang menjual karipap tersebut setiap kali perutnya memulas.
Dia membuka group chat Dreamies. 28 notification terpapar di skrinnya. Dia membaca satu persatu mesej yang diberi oleh member Dreamies.
Yₒ! Dᵣₑₐₘ!
[ 28 massage unread ]
Jaeminnie
Jeno-ya, gwenchana? - 9:58 am -Lonjeonnn
Kitorang dah tolong buatkan nota untuk kau, jgn x baca pulak ( • ̀ω•́ ) - 10:00 am -Lonjeonnn
*send picture*
Ni nota geografi pagi tadi - 10:05 am -Haejjan
*send picture*Kau kena berterima kasih dkt kitorang Jen ˙𐃷˙ - 10:15 am -
Mork
*send picture*Ni kerja rumah untuk kelas bm tadi
(づ ̄ ³ ̄)づ - 10.18 am -Jaeminnie
*send picture*
Ni pulak latihan untuk kelas BI tadi. Jgn lupa cari maksud dia dlm kamus (·ᴗ·)
-11:00 am -
Jwisungie
Hyung, gwenchana? Mian, aku baru tau kau sakit perut harini - 14:00 pm -
YOU ARE READING
𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨
Fanfic⸻ Terkadang waktu malam itu lebih indah daripada siang. Walaupun gelap namun bisa memberi seribu satu kenyamanan dan ketenangan di sebalik kecerahan yang terlalu mendominasi dunia. 2022 || Youra's Trauma ☆ jefferyhoney_