"Kau nak apa dari aku hah?!"
Perempuan tersebut menjerit sekuat hati kerana dirinya diikat oleh tiga orang lelaki bertubuh besar di sebuah kerusi.
"Kau ingat kalau kau larikan diri,kau akan terlepas?"
Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an tiba tiba muncul entah dari mana.
"Boyfriend kau dah curi 'barang' aku, kau fikir aku akan duduk diam ke?!! Business aku jatuh merudum sebabkan boyfriend kau yang tak guna tu!!"
Lelaki itu mengeluarkan pistol dari poket seluarnya dan meletakkan betul-betul di tepi kepala perempuan tersebut.
"Aku dah kata aku dah tak ambik 'benda-benda' tu semua! Manalah aku tahu mamat tu curi 'barang' kau! Kitorang dah lama putus lahh!!!!"
Jennie menghentak lelaki tersebut menggunakan kakinya. Tiga orang lelaki yang berada disitu mengacukan pistol di hadapannya.
Dia mula berasa berdebar yang amat sangat. Jennie pasrah jika ini kali terakhir dia melihat dunia.
"Jangan tembak dia dulu."
Lelaki yang ditendang oleh Jennie tadi mengarahkan pembantu-pembantunya itu menurunkan pistol.
"Disebabkan aku ni insan yang baik hati lagilah mulia, aku bagi kau peluang dua minggu untuk kau cari balik boyfriend kau yang sengal tu. Kau jangan cuba-cuba nk call police atau bagi tahu sesiapa. Kalau tak kau tau lah nasib kau nanti. Faham?!!!"
Lelaki itu menunjal dahi Jennie menggunakan pistol di tangannya.
Dia memberi isyarat kepada pembantunya untuk meleraikan semula ikatan tersebut.
"Dah. Bla."
Jennie tak menunggu masa terus berlari keluar dari tempat yang gelap tersebut. Dia menangis sendirian di bus stop yang dirasakan selamat.
"Kenapa.. Kenapa hidup aku tak pernah tenteram.."
Jennie menangis teresak-teresak. Dia teringat kembali kenangan pahitnya bersama lelaki yang laknat itu ketika di universiti dua tahun lepas.
"Wey, Jennie Jennie Jennie! Tu, cuba kau tengok si Lee Taeyong tu. Dari tadi dia asyik usha kau je do!"
Kim Jisoo, rakan baiknya merangkap teman sebiliknya di asrama menunjuk ke arah lelaki tersebut dengan teruja.
Jennie memandang ke arah yang dimaksudkan. Memang betul, lelaki bernama Lee Taeyong itu sedang memandangnya sambil tersenyum.
Jennie hanya membalas senyuman lelaki itu. Dia kembali menyambung tugasannya yang tergendala.
"Aku rasa kan dia suka dekat kau lah, cubalah kau cakap dengan dia" Jisoo memberikan pendapat.
"Ishh, mana ada. Aku ni bukannya cantik mana pun sampai lelaki sehensem tu nak suka dekat aku. Baiklah aku sedar diri and fokus je study."
"Eleh, malu malu tapi mahu." Jisoo kembali menyambung tugasannya.
Habis sahaja kelas, Jennie dan Jisoo bergerak bersama-sama ke cafe.
"Jeogiyeo."
Jennie memandang ke arah suara tersebut.
"Boleh saya bercakap dengan awak sekejap?" Lee Taeyong memandang Jennie kemudian memberi isyarat kepada Jisoo untuk meninggalkan mereka berdua.
Jisoo yang memahami terus berundur diri.
"Wey, aku nak gi toilet jap lah. Japgi kau jumpa aku kat cafe tau, baii."
Jennie belum sempat membalas ape ape hanya memandang rakan baiknya meninggalkannya bersama Lee Taeyong.
"Ermm.. saya nak ajak awak lepak dengan saya malam ni, sebab kawan saya ada yang tak jadi datang so saya ingat nak awak gantikan tempat kosong tu. Boleh?"
YOU ARE READING
𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨
Fanfiction⸻ Terkadang waktu malam itu lebih indah daripada siang. Walaupun gelap namun bisa memberi seribu satu kenyamanan dan ketenangan di sebalik kecerahan yang terlalu mendominasi dunia. 2022 || Youra's Trauma ☆ jefferyhoney_