Taeyong meletakkan motornya di tepi jalan yang suram sebelum dia menghampiri satu gudang yang agak sunyi. Bunyi cengkerik bersahut-sahutan disebabkan waktu senja yang mula menjelma.
Dia membuka pintu yang kelihatan agak kusam dan berhabuk di hadapannya sebelum masuk ke dalam satu ruang yang ada cahaya malap.
"Wahhhhh Lee Taeyong..." Satu suara berserta tepukan bergema di ruangan tersebut. Taeyong menoleh ke arah suara itu kemudian muncul seorang lelaki berbadan agak tegap di hadapannya.
"Long time no see mannn." Taeyong yang agak gugup cuba untuk bertenang dan menghampiri lelaki itu. Dia kemudian menghulurkan sampul yang agak tebal kepadanya.
"Aku taknak lama-lama dekat sini, duit tu cukup untuk semua dadah yang aku pernah ambik sebelum ni." Dia berura-ura untuk beredar dari situ.
"Belum sempat dia mahu meninggalkan gudang tersebut, tiba-tiba dirinya dikepung oleh lima orang lelaki yang pernah menjadi rakan kerjanya. Taeyong mengeluh perlahan.
"Dah lah korang, aku taknak ada kena mengena dengan semua-" Satu tumbukan dihayunkan tepat di rahangnya. Dia mengerang kesakitan.
"Kau dah buat business kita jatuh teruk, ramai pekerja bawahan kena tangkap dengan polis. Takkan kitorang nak biar kau pergi mcm tu je?"
☺︎
"Minjeong, nampak apa-apa tak?" Haechan di sebelah bertanya buat kesekian kalinya. Mereka berada di tembok bersebelahan dengan gudang yang didatangi Taeyong.
"Ishh tengah tengoklah ni, susah nak nampak lah gelap sangat." Gadis itu cuba melihat menggunakan teropong yang dibawanya.
Beberapa jam sebelum itu...
"HEY AWAK DAH GILE KE APE?"
"Ala boleh la wakk pleaseeeee, saya taknak dia hilang lagi so kita kena lah ikut dia. Dia janji malam ni dia nak pergi settlekan hutang dengan along dadah tu. Awak teman je kat sebelah nanti kalau ada pape jadi kita lari." Haechan membuat muka seposen.
"Ishh ye lah yelahh kalau ada pape jadi kat awak, saya belasah semua samseng-samseng tak guna tu, tengoklah nanti." Haechan memeluk Minjeong erat.
"Ni yang makin sayang ni."
☺︎
"Ih meh sinilah saya tengok pulak. Awak tu pendek memang lah tak nampak." Haechan mengambil teropong yang dipegang oleh Minjeong.
"Awak cakap ape?!"
Minjeong menjegilkan matanya memandang haechan.
"Shhh ok ok sorry, jangan lah cakap kuat-kuat nanti samseng-samseng tu dengar." Haechan melihat semula gudang tersebut dengan teropong.
"AWAK!"
Minjeong yang sedang minum air di sebelah tersedak kerana terkejut.
"Ishh apa jerit-jerit ni tadi kata jangan cakap kuat-"
"TELEFON POLIS DENGAN AMBULANS SEKARANG CEPAT!" Haechan mula panik melihat abangnya di belasah teruk dengan beberapa lelaki berbadan besar.
☺︎
Taeyong cuba untuk berdiri namun gagal apabila perutnya di hentak dengan besi yang dipegang oleh salah seorang dari mereka.
Dia terbatuk tanpa henti hingga mengeluarkan darah dari mulut dan hidung yang baru saja ditumbuk oleh mereka. Kepalanya dihentak ke dinding tanpa henti.
"Cukup.." Dia berkata pelan namun pukulan dan hentakan tetap berterusan.
"Awak duduk sini jangan pergi mana-mana." Haechan meletakkan telefon dan teropong di tangannya.
YOU ARE READING
𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨
Fanfiction⸻ Terkadang waktu malam itu lebih indah daripada siang. Walaupun gelap namun bisa memberi seribu satu kenyamanan dan ketenangan di sebalik kecerahan yang terlalu mendominasi dunia. 2022 || Youra's Trauma ☆ jefferyhoney_