5- ᶠʳⁱᵉⁿᵈˢ?

17 6 3
                                    

"Jeno-ya!" Tuan empunya badan mencari siapa yang memanggil namanya.

"Ouh, renjun" Jeno pergi ke arah rakannya yang sedang memegang sebuah jam besar.

"Tolong aku gantungkan jam ni dekat atas tu. Paku tu tinggi sangat" Renjun menghulurkan jam yang dikatakan kepada Jeno.

"Paku tu yang tinggi ke.. Atau kau yang pendek?" Renjun yang mendengar kata-kata tersebut terus menyinsing lengan bajunya hingga ke siku.

"Mworago?!"

Jeno tergelak hingga menampakkan eyesmilenya.

"Yelah yelah, aku gantungkan" Dia mengambil kerusi di tempat duduknya dan menggantung jam tersebut dengan sempurna.

"Ok, thanks bro. Baru lah perfect kelas kita"

Renjun sebagai ketua kelas memang sangat mementingkan kesempurnaan kelasnya bukan sahaja kebersihan dan keceriaan, dia juga akan memastikan rakan-rakannya mengikut peraturan sekolah dan bagus dari segi akademik.

Tak perlulah terkejut apabila melihat setiap minggu kelas 6A-1 akan mendapat anugerah kelas paling cemerlang.

Jeno tiba-tiba menghulurkan tangannya di depan Renjun.

"Upah?" Lelaki itu dengan tak tau malunya meminta ganjaran.

"Gi mintak Mark."

Lelaki berkelahiran Kanada itu terkejut tiba-tiba namanya dipetik.

"Aku pulak?"

"Yelah, kau yang suruh aku panggil Jeno mintak tolong kan?" Renjun membalas kata-kata rakan sebelah mejanya.

"Siapa suruh kau ikut cakap aku?" Mark membalas semula.

Jeno yang berada di hadapan mereka hanya menggeleng kepala dan meninggalkan mereka berbalas kata yang  tidak akan berkesudahan.

Youra yang sebenarnya dari tadi memerhatikan Jeno dari luar kelas merasakan ini waktu yang sesuai untuk dia memberikan chocolate yang dibelinya tadi.

Agak lama juga dia menunggu Jeno menghabiskan perbualannya dengan rakan-rakannya.

Perlahan dia mendekati lelaki bertubuh agak tinggi itu.

"J-jeogiyeo" Youra menegur Jeno dari belakang.

Lelaki itu memusingkan badannya ke belakang dan melihat Youra berdiri sambil memegang beberapa pek coklat.

Sejujurnya dia terkejut setengah mati kerana ini kali pertama dia mendengar suara gadis itu.

"Ye? Ada apa-apa yang kau nak aku tolong?"

Youra menggeleng kecil. Dia menghulurkan satu pek coklat cadbury di hadapan Jeno.

"Maafkan saya sebab saya mengendahkan awak semalam.. Dan terima kasih jugak untuk sandwich tu." Gadis itu menunduk kerana masih tidak biasa bercakap dengan orang luar.

Jeno terkesima seketika mendengar penjelasan Youra.

"Gwenchana, aku tahu kau mungkin ada problem ke ape ke kan? Aku tak ambik hati pun" Jeno tersenyum apabila Youra mengangkat muka menghadapnya.

"A-ambik lah ni" Youra mahu saja bagitau bahwa tangannya mulai rasa kebas.

"Oh, thanks" Jeno mengambil coklat yang dihulurkan itu dan menyimpannya di poket seluar.

"Erm, mana kawan awak yang lain? Saya nak mintak maaf dekat diorang jugak."

Sekali lagi lelaki itu terkejut mendengar pertanyaan Youra.

Dia melihat tempat duduk Renjun dan Mark kosong menandakan mereka sudah pergi ke court basketball terlebih dahulu.

"Diorang ada dekat court basketball. Kau nak pergi ke?"

𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨Where stories live. Discover now