9 - ᵘⁿᵉˣᵖᵉᶜᵗᵉᵈ ⁿⁱᵍʰᵗ

18 6 1
                                    

"Sakit lah appa!! Lepaslah ! " Youra yang tiba-tiba diheret oleh ayahnya menjerit sekuat hati.

"DIAM!! Sejak bila pandai melawan?" En. Kim menarik kasar rambut gadis itu.

Bae Ahnjong hanya mampu melihat dari penjuru dapur dan berdoa semoga anak itu baik-baik sahaja.

Dan terjadi lagi situasi ini. Youra dipukul tanpa sebab oleh ayahnya.

Wanita itu terkejut apabila gadis itu tiba-tiba keluar dari bilik hukumannya sambil berlari dengan kencang keluar dari rumah itu.

"KIM YOURA!! MANA KAU NAK PERGI!" Belum sempat En. Kim mengejar anaknya, Youra sudah hilang dari pandangan.

Gadis itu benar-benar nekad untuk lari dari rumah.

Bae Ahnjong berkali-kali mendail nombor Youra namun tak dijawab sama sekali. En. Kim hanya meraup mukanya kasar kemudian masuk ke biliknya.

☺︎

Youra sedang elok duduk di tepi sungai han untuk menenangkan dirinya. Angin malam yang menerpa mukanya membuatkan dirinya lebih tenang dan aman.

Dia sangat sukakan waktu malam. Bunyi cengkerik yang bersahut-sahutan dan angin yang sejuk menjadi satu-satunya cara untuk dia berasa selamat.

Dia tidak menangis sama sekali kerana sudah lali dengan semua pukulan yang diterima setiap hari. Bahkan dia juga sudah dapat jangka balik sahaja ayahnya dari outstation, dia orang pertama akan dicari ayahnya.

Dia mengusap lembut lengannya yang baru sahaja dihentak dengan besi oleh ayahnya. Sesekali dia meringis sakit.

Perit.

Sial, sekarang dia tidak tahu bagaimana untuk pulang. Ini kali pertama dia lari dari rumah. Telefon satu-satunya benda yang dibawanya.

'Youra kenapa kau bodoh sangat'

Kata gadis itu dalam hati.

Sedang dia memikirkan dimana patut dia tinggal selepas ini, muncul seorang lelaki duduk di sebelahnya.

"Jauhnya termenung."

Refleks dia memusingkan kepalanya menghadap figura di sampingnya.

"Jeno?"

Lelaki itu tersenyum nipis sebelum dia bersandar di kerusi itu menghirup angin malam yang segar.

"Aku tak tahu pulak kau pun suka lepak dekat sini."

Youra hanya melihat pemandangan sungai han tanpa berkedip sambil turut bersandar di sebelah Jeno.

Tiba-tiba muncul gula-gula haribo di hadapannya.

"Makanlah. Rehatkan minda kau, aku tak tahu apa yang jadi dekat kau tapi yang aku tau kau pilih tempat yang betul." Lelaki itu menghulurkan gula-gula tersebut.

"Thanks."

Suasana menjadi hening seketika kerana kedua-duanya terbuai dengan pemandangan sungai han yang sangat tenang.

Sedang kedua-duanya asyik merehatkan minda, Youra yang cuba untuk mengangkat tangannya tiba-tiba mengaduh kecil.

Jeno yang perasan keadaan gadis itu mula mendekatkan dirinya.

𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨Where stories live. Discover now