14 - ᶠᵃᵘˡᵗ

12 4 0
                                    

Cuaca di bandar Seoul itu agak mendung ditemani dengan salji yang sudah mula bertebaran sejak malam tadi. Musim sejuk sudah tiba.

Pagi itu Taeyong hanya berjalan sendirian sambil menggenggam hot pack yang dipegang di dalam poketnya.

"Ada lagi ke peluang untuk orang macam aku ni.." Dia menyepak beberapa batu kecil di jalan. Menyesal pun sudah tiada guna. Dia sendiri yang memilih untuk meneruskan hidup dengan cara itu.

Bermula dengan perasaan ingin mencuba sehinggalah dirinya menjadi salah seorang target polis.

Dia juga yang bersetuju untuk menggunakan Jennie sebagai uji kaji untuk dadah terbaru keluaran bossnya.

Kini sudah genap dua tahun dia
meninggalkan dunia tersebut. Hidupnya ibarat tikus yang bersembunyi dari helang. Sentiasa berjaga-jaga dan berpindah randah.

Cuma kalini saja dia beranikan diri muncul kembali di Seoul. Dia perlu selesaikan semua masalah yang timbul disebabkan dirinya sendiri. Keluarganya juga sedang menantinya untuk menjelaskan segala-galanya.

Setelah agak lama dia berjalan, akhirnya dia berdiri di hadapan sebuah rumah yang dulunya sering dia datang untuk menjemput Jennie.

Dia meletakkan satu sampul surat berwarna hitam yang elok terikat dengan reben berwarna merah di dalam peti surat di hadapan kediaman itu.

Tanpa membuang masa, dia pergi meninggalkan kawasan perumahan tersebut. Hutangnya yang pertama sudah selesai.

☺︎

"Makan jangan gelojoh Chan, risau eomma tengok." Haechan hanya tersengih kemudian berhenti menyuap makanan bagi mengunyah dengan tenang.

"Sedap sangat ni eomma." Puan Lee tersenyum manis melihat anak lelaki bongsunya makan dengan berselera. Tuan Lee di sebelah hanya tersenyum nipis kemudian menyambung suapannya.

Mereka bertiga bersarapan dengan tenang sambil bergelak ketawa sehinggalah loceng rumah tersebut berbunyi.

"Takpe biar Chan tengok."

Haechan bangun menuju ke ruang tamu kemudian membuka pintu.

"Ye encik, cari sia-" Senyuman yang tadinya lebar di bibir lelaki itu hilang serta merta setelah melihat wajah gerangan yang berdiri tegap di hadapannya.

"Boleh hyung masuk?" Haechan tidak menjawab apa-apa. Dia masih memandang wajah lelaki di hadapannya dengan pandangan benci.

Tangannya dikepal kuat sebelum satu tumbukan dihayunkan ke pipi Taeyong. Taeyong mengusap bibirnya yang mula keluar titisan darah. Dia sudah jangka perkara ini akan berlaku.

"Kau nak ape lagi? Tak puas-puas lagi dengan semua benda yang dah jadi?"

Haechan bertanya dengan nada yang pelan tapi tajam. Mahu saja dia menambah lagi tumbukan di muka lelaki di hadapannya ini tanpa henti sehingga hancur. Namun dia masih mampu berfikir dengan waras. Segala keperitan yang ditanggungnya tidak akan hilang dengan cara itu.

"Siapa yang datang Chan? Lama betul bukak pintu." Puan Lee bertanya sambil menghampiri anak bongsunya. Namun dia terkedu setelah melihat gerangan yg berdiri kaku di pintu tersebut.

Matanya mula berkaca. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Taeyong-ah.." Perlahan dia menghampiri taeyong yang juga mula mengalirkan air matanya.

"Eomma.. maaf.." Tanpa berfikir panjang, Puan Lee terus menarik anak sulungnya ke dalam pelukan yang erat. Naluri ibunya masih kuat untuk anak sulungnya. Air matanya tidak henti mengalir.

Haechan juga tidak mampu menahan air matanya untuk tidak mengalir melihat situasi yang berlaku di hadapannya kini. Dia benci merasa rindu dan sedih walau hakikatnya Lee Taeyong punca dirinya dipukul tanpa sebab hampir setiap bulan.

𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨Where stories live. Discover now