"Seronok betul aku tengok diorang tu," Mark memulakan perbualan apabila mereka berjalan perlahan meninggalkan kelas.
Waktu sekolah sudah tamat, dreamies berjalan ke pagar sekolah sambil melihat Youra yang asyik bersembang dengan Minjeong di hadapan pagar.
"Biasalah, baru dapat kawan perempuan kan.." Renjun membalas ringkas. Jeno yang sedang asyik mengulum lolipop dalam mulut hanya memerhati telatah Youra.
"Ada orang sendu lah tu crush dia jarang cakap ngan dia sekarang~" Haechan mengejek apabila perasan Jeno tak lepas pandangannya dari Youra.
"Eleh, siapa yang buat drama kul 7 kat kelas tadi? Sampai kena aku yang cari kau kat setiap koridor. Mengada." Jeno menjeling Haechan.
"Siapa suruh kau cari aku? Aku gi tandas je pun." Haechan membuat muka selamba.
☺︎
"Kau serius lah ni nak datang rumah aku?" Youra masih tak percaya mendengar kata-kata rakan barunya tadi.
"Iyelahh, dah kau ajak takkan aku nak tolak pulak."
"Aku main-main je do, tapi takpelah dah alang-alang ayah aku outstation aman sikit." Youra mengeratkan tangannya di lengan Minjeong sambil mereka berjalan ke stesen bas di hadapan sekolah.
Sampai sahaja di hadapan rumah Youra, mata Minjeong terbeliak melihat keluasan kawasan rumah Youra. Boleh dikatakan muat 2 kolam renang dewasa di perkarangan rumah gadis itu.
"Jomlah masuk, ada ahjumma aku dekat dalam." Youra menarik tangan rakannya yang masih terkesima.
"Selamat pulang You- wahh siapa ni" Bae Ahnjong terkejut bercampur teruja melihat gerangan seorang remaja perempuan di samping Youra.
"Annyeonghaseyo, saya Minjeong." Dia menunduk hormat di hadapan wanita itu.
"Jemputlah masuk Minjeong" Bae Ahnjong membuka pintu seluas-luasnya untuk dua orang gadis itu.
"Youra masuk bilik dengan Minjeong dulu ahjumma." Wanita itu mengangguk sebelum menuju ke dapur menyiapkan minuman untuk mereka.
"Wah, gile besar bilik kauu" Minjeong sekali lagi terkesima.
"Ish takdelah biasa je" Youra menyusun kerusi di penjuru biliknya untuk Minjeong.
Mereka kemudiannya duduk sambil membuka topik-topik random. Dari kdrama hingga ke makeup dan crush.
Sedar tak sedar waktu dah mula senja. Minjeong meminta izin untuk pulang kerana ibunya sudah mula menelefonnya.
Youra dan Bae Ahnjong melambai Minjeong yang semakin jauh dari pandangan.
☺︎
Minjeong berjalan perlahan sambil menyepak batu-batu di sepanjang jalan. Rumahnya agak jauh dari rumah Youra menyebabkan dia perlu berjalan kaki dalam 30 minit untuk sampai.
Sedang elok dia menyepak batu-batu tersebut, dia perasan seorang lelaki berpakaian seragam sekolah sama sepertinya sedang dikerumuni dengan 3 orang lelaki yang badan agak tegap.
Dia mendekatkan lagi dirinya ke tempat itu.
'Eh, tu bukan Haechan ke?'
YOU ARE READING
𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨
Fanfiction⸻ Terkadang waktu malam itu lebih indah daripada siang. Walaupun gelap namun bisa memberi seribu satu kenyamanan dan ketenangan di sebalik kecerahan yang terlalu mendominasi dunia. 2022 || Youra's Trauma ☆ jefferyhoney_