Mark terdiam setelah mendengar semuanya dari Jeno. Sesekali dia memandang Youra yang dari tadi hanya tunduk.
"Oklah macam ni." Dia akhirnya memecahkan kesunyian antara mereka bertiga.
"Aku rasa kau takyah dulu datang sekolah. Rehat je dalam dua tiga minggu sampai tangan kau ok. Lagipun aku yakin ayah kau mesti cari kau punye dalam masa terdekat ni. Pasal nota kau jangan risau, pandai-pandai lah kitorang buat."
Jeno mengangguk setuju.
"Tapi baju aku-"
"Yang tu pun kau takyah risau, aku tolong ambik japgi. Kau bagitahu pembantu rumah kau yang aku nak datang." Jeno memotong kata-kata Youra.
"Aku call pembantu rumah aku kejap." Youra beredar ke biliknya meninggalkan Jeno dan Mark di ruang tamu.
Selang beberapa minit, Youra muncul semula dan mengangguk menandakan semuanya selesai.
Jeno dan Mark bergerak meninggalkan rumah tersebut setelah dapat signal dari gadis itu.
Youra memerhati mereka keluar sehingga hilang dari pandangan. Dia kemudian menghantar mesej pada rakan baiknya.
Dia memberitahu tentang keadaannya kepada Minjeong. Rakannya itu dah semestinya terkejut tapi Youra mampu tenangkannya dengan mengatakan dia baik sahaja.
Minjeong hanya berpesan supaya jangan skip makan dan dia akan melawat Youra setiap kali habis waktu sekolah.
Youra bersandar pada sofa.
Akhirnya dia berasa tenang seketika selepas melihat reaksi rakan-rakannya apabila mengetahui perkara yang berlaku pada dirinya. Dia sendiri tidak sangka mereka sanggup membantunya.
☺︎
Youra perlahan menuruni anak tangga menuju dapur. Dia tiba-tiba berasa haus pada tengah malam itu. Dia memandang jam yang elok tergantung di tepi tangga. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 2 pagi. Dia kembali menuruni anak tanga tersebut hingga sampai di hadapan dapur.
Dia terkaku seketika melihat sosok Jeno yang elok duduk sambil termenung di meja dapur. Perlahan dia mendekati lelaki itu.
"Tak tidur lagi?" Dia menegur Jeno yang masih termenung.
Perlahan Jeno menggeleng. Lelaki itu kembali termenung.
Youra yang perasan perubahan lelaki itu lantas memusingkan kerusi Jeno menghadapnya.
"Kenapa ni? Kau ada masalah ke? Ceritalah mana tahu aku boleh tolong.." Gadis itu memandangnya dengan penuh perhatian.
"Entah lah.. aku pun tak tahu kenapa dengan aku ni, selama ni elok je kalau appa takde kt rumah tapi kalini macam hmm" Jeno meraup wajahnya kesal.
"Ouhhh kau rindu appa kau la ni" Youra bertanya lagi.
Lelaki dihadapannya hanya mengangguk.
"Aww comellah kau ni, jangan lah risau.. nanti dia baliklah tu. Dia kan busy sekarang, maybe kau boleh try call dia bila-bila." Youra mengusap rambut Jeno perlahan.
Baru pertama kali dia melihat sisi Jeno yang ini. Dia tidak terkejut kerana lelaki ini merupakan anak bongsu dalam keluarga jadi sudah tentu perkara seperti ini sering berlaku.
"Kau pulak kenapa tak tidur lagi?" Jeno bertanya pula.
"Aku haus sebenarnya hehe" Segera Youra bangun menghampiri water dispenser di sudut dapur tersebut.
YOU ARE READING
𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨
Fanfiction⸻ Terkadang waktu malam itu lebih indah daripada siang. Walaupun gelap namun bisa memberi seribu satu kenyamanan dan ketenangan di sebalik kecerahan yang terlalu mendominasi dunia. 2022 || Youra's Trauma ☆ jefferyhoney_