16 - ⁿʸᶜᵗᵒᵖʰⁱˡⁱᵃ

16 3 6
                                    

3 tahun kemudian,

"Weh assignment Miss Kim kau dah siap ke?" Renjun mengajukan soalan kepada Jeno di hadapannya yang sibuk mengunyah sandwich tuna.

"Belum.. susah lah weh" Jeno mengeluh.

"Kalau ada Youra kan senang... bole dia ajar kita" Minjeong meletakkan kepalanya di atas meja cafe yang dikunjungi mereka.

Sudah 2 tahun Youra berpisah dengan mereka kerana mendapat tawaran sambung belajar di bandar New York. Mereka hanya mampu memberi sokongan dari jauh kepada Youra.

Gadis itu juga agak lama berfikir untuk membuat keputusan kerana tidak mahu meninggalkan rakan-rakannya. Tapi peluang itu tak boleh disia-siakan, terpaksa juga lah dia pergi.

"Hah mana yang susah sayang, meh saya tengok" Haechan di sebelah tiba-tiba bersuara.

"Ehh awak pun sama bebal dengan si Jeno ni." Haechan terlopong mendengar kata-kata Minjeong.

"Sampai hati awak cakap saya macam tu." Haechan berpura-pura merajuk.

"Alaa dia merajuk lah pulak, jangan lah macam ni.." Minjeong memeluk Haechan di sampingnya.

Dreamies yang juga ada disitu membuat muka jijik melihat pasangan di hadapan mereka.

"Ek ehemm, kita kat public ni ye, hormat sikit kitorang yang single ni." Renjun menjeling.

"Siapa suruh single" Haechan menjelir lidah di depan Renjun.

"Kita ni takpe lagi still single, yang sorang tu lagi kesian partner duduk jauh." Chenle memuncungkan bibir ke arah Jeno.

Mark di sebelah Jeno mengusap belakang kepala rakannya yang jelas kelihatan sedang bersedih.

"Alahh rilek lah, esokkan Youra nak balik kau sabar lah sikit. Pelik aku tengok kau ni makan sandwich je pagi ni, selalu kau bantai habis semua makanan kat kaunter tu."

Jeno yang sedang termenung di situ kemudian tersenyum lebar setelah mendengar kata-kata  mark.

"HAAH LAH WEHH AYANG AKU NAK BALIKKK!! CAMNE AKU BOLEH LUPA SIAA"

"Woii, slow sikit suara tu, makcik cleaner kat hujung tu dah pandang-pandang meja ni kau tau." Haechan mengetuk kepala Jeno.

"Jaemin hyung ape cite?" Jisung yang dari tadi diam mula bersuara.

"Hmm member seronok sangat dekat Australia tu sampai lupa nak balik sini dah.." Renjun menunjukkan post instagram terbaru Jaemin.

Mereka hanya menggeleng kemudian menyambung makan di cafe sebelum masing-masing berpisah mengikut jadual yang ditetapkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mereka hanya menggeleng kemudian menyambung makan di cafe sebelum masing-masing berpisah mengikut jadual yang ditetapkan.

☺︎

"Saya dah balik.."

Jeno menyusun kasutnya di rak yang tersedia di situ.

"Jen, Youra ada call eomma tadi katanya esok dia balik." Puan Lee memberitahu sambil tersenyum lebar.

𝙣𝙮𝙘𝙩𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 || 𝐥𝐞𝐞 𝐣𝐞𝐧𝐨Where stories live. Discover now