INTO YOU TRAILER <DG S3>

1.3K 36 4
                                    

BANG!!!!

" Fuck... ", lelaki itu menekan bahunya yang tidak henti mengeluarkan cecair pekat berwarna merah dengan banyak.

Beberapa biji peluru dimasukkan ke dalam senapangnya.

Walaupun tubuhnya sedang menyandar di sebuah tembok namun kelibat musuh-musuhnya tetap dapat dirasai dan dilihat dengan tajam.

BANG! BANG! BANG! BANG!

Bau hanyir mula menyelubungi di kilang terbiar tersebut. Lysander bangkit dari tembok itu lalu pisaunya yang berada di celah kasutnya diambil.

Beberapa orang lelaki yang berada dihadapannya ditikam beberapa kali.

Tangan kirinya sibuk menikam manakala tangan kanannya pula menumbuk wajah mereka.

Bom tangan diambil lalu pangkal bom tersebut digigit dan dibaling di ruangan utama kilang itu. Kakinya berlari dengan sungguh laju.

BOM!!!!!

Tubuhnya tercampak di atas tanah menyebabkan wajahnya tercalar akibat terkena batu-batu kecil.

" Uhuk..uhuk... "

Dengan kudrat yang masih ada, tangannya menekan alat di telinganya.

" Boss, all of them are dead now. ", kata Lysander sambil berjalan terhincut-hincut ke sebatang pokok yang berada dihadapannya.

" Good, the team will pick you up in ten minutes. "

Bunyi helikopter yang semakin dekat ke arahnya dihiraukan.

Pandangannya semakin lama semakin kabur. Kelopak matanya yang terasa berat tertutup dengan perlahan-lahan.

~~~~~~

KREAK!

Pintu bilik tersebut dibuka. Hatinya berasa sayu melihat keadaan sang kekasih yang baru sahaja dirawat sebentar tadi.

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di sebelah katil lelaki tersebut.

Tangan Lysander dikucup dengan lembut. Jari-jemarinya mengusap kepala lelaki itu perlahan.

Sudah lama mereka berdua tidak bersua muka akibat kesibukan sang kekasih yang sibuk dengan musuh Arran.

" I'm sorry tapi I tak boleh jaga you hari ini. I promise esok I lawat you ya. Selamat malam, Ander. "

Beg tangannya yang diletakkan di atas meja diambil lalu dengan berat hati, kakinya melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Lysander yang masih tidak sedarkan diri.

~~~~~~

Ayam panggang itu disua masuk ke dalam mulutnya.

Perkara-perkara yang sedang dibincangkan oleh Mikael bersama Arran amat membosankan. Semuanya tentang bisnes. Langsung tidak menarik perhatiannya.

" Ain, kenapa senyap dari tadi ? ", garpunya diletakkan di atas pinggannya. Kain serbet diambil lalu bibirnya yang sedikit comot dilap seketika.

" Oh, tak ada apa-apalah, pa. Kenapa papa tanya ? ", Mikael sekadar menggelengkan kepalanya sahaja mendengar jawapan gadis itu.

" Anyway, kamu dah decide ke tarikh perkahwinan kamu berdua ? ", Ain tersentak.

Keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

Pehanya dicubit dengan kuat oleh Arran membuatkan gadis tersebut mendesah sakit.

AUCH....

" Oh, tentang tarikh itu, Arran rasa mungkin hujung tahun ni because that's the only month that I don't have a busy schedule. ", lelaki tua itu mengangguk lagi sekali.

" Well, baguslah kalau macam itu. Uncle setuju dengan cadangan kamu lagipun sempatlah juga kamu berdua pergi honeymoon seminggu. "

Ain yang sedari tadi mendiamkan diri mengangkat wajahnya mendengar kata-kata sang ayah.

" Ya, Ain setuju juga. "

______________________

TRAILER : INTO YOU
GENRE : ACTION
KARYA : @damiacomey

... No plagiarism •...

ORIGINAL

THE UNKNOWN  •HIATUS• [ 2 ]Where stories live. Discover now