Permandangan bumi kota Italy memang cantik sekali. Lagi-lagi ketika hujan turun. Menjadikan cuaca pada malam itu sejuk. Rose Camelya berpeluk tubuh. Bahunya digosok perlahan bagi menghilangkan rasa sejuk dari penghawa dingin kereta Raven dan cuaca yang sejuk pada malam itu. Matanya sembab akibat menangis tidak henti sebentar tadi.
Tekaknya sakit. Kelopak matanya dipejam sebentar sebelum membukanya semula. Mungkin dia memang harus meneruskan lagi pelannya untuk memperdayakan Raven. Untuk menipu lelaki itu bukanlah senang. Dapat sahaja ditangkap apa yang ditipu. Tiba-tiba, lamunan Rose Camelya terhenti apabila pehanya digosok perlahan oleh tangan kasar Raven.
Dia berasa tidak selesa apabila disentuh sebegitu rupa. Nak tak nak kenalah hadap untuk melepaskan diri dari sangkar neraka lelaki itu. Gadis itu mengeluh kecil sebelum memejamkan matanya semula. Lebih baik dia tidur dari memikirkan segala hal yang terjadi padanya. Dia mahu otaknya berehat sebentar.
~~~~~~~~~~~
Selimut ditarik hingga ke paras bahu Rose Camelya. Wajah gadis itu diusap dengan perlahan. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Matanya tidak henti dari menatap wajah yang mulus itu.
"You make me go crazy on you.", Raven bangun dari birai katilnya lalu memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya. Tawa sinis terlepas dari bibirnya. Apabila dia menatap lama-lama wajah gadis itu, fikirannya mengimbas kembali ke arah wajah ibunya. Wajahnya kembali menjadi bengis.
Tangannya mengepal penumbuk. Kakinya melangkah laju ke arah pintu bilik tersebut. Pintu bilik itu dihempas dengan kuat.
~~~~~~~~~~~
Punching bag dihadapannya ditumbuk dan ditendang dengan kuat. Hingga jatuh punching bag tersebut dari rantainya. Isi-isi di dalam punching bag itu berterabur jatuh ke lantai gim tersebut. Peluh yang berada di dahi dan di lehernya dilap dengan menggunakan tuala kecil. Punggungnya dilabuhkan di atas sebuah kerusi plastik.
Singlet yang basah itu dibuka. Menampakkan otot-otot yang kekar dan six pack nya yang dibasahi dengan peluh. Kini hanya tinggal seluar pendek sahaja ditubuhnya. Rantai berwarna perak di lehernya dicium lalu botol airnya diambil. Haus sungguh dia sampaikan habis air diminum olehnya di dalam botol air tersebut.
Marco mencampak botol air tersebut ke arah abangnya. Lalu Matteo yang baru sahaja menutup pintu bilik gim itu dengan tenang menangkap botol air tersebut. Matanya langsung tidak melihat ke arah Marco malah dia hanya melihat ke arah telefon pintarnya sambil kadang-kadang dia tergelak melihat gelagat lucu orang di dalam video yang ditontonnya pada waktu itu.
"Matt, did boss say anything to you this morning?", soalan Marco dijawab dengan gelengan sahaja. Telefon pintarnya disimpan semula ke dalam poket seluarnya. Matanya menatap ke arah adik lelakinya itu. Lalu beralih pula ke arah punching bag yang sudah terburai di atas lantai gim mereka. Matanya menjeling tajam ke arah Marco.
"How many times do I have to tell you that don't punch to rough at the punching bags. This is the 10th time I have to order a new punching bag for us. Huh.....", kepalanya digelengkan sambil menatap tajam ke arah Marco manakala lelaki itu hanya tertawa kecil sanbil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Tahu sangat dia dengan si Marco ini. Berbanding dia dan Marco.
Adik lelakinya itu lebih kasar dan kejam darinya. Kerana beliau mempunyai ilmu pertahanan diri dengan kuat berbandingnya. Disebabkan itulah bapanya sangat menyayangi Marco. Walaupun dia berasa sedikit tersisih tetapi Marco tidak langsung bongkak dengannya. Malah mereka berdua lari dari rumah mereka secara diam-diam. Kerana Matteo tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh ibu dan bapanya.
"Just buy another one but this time use my money. Because I wanna help my one and only brother. It's call charity right. Hihi.", tangan kanan Matteo selamat nendarat di belakang kepala Marco.
YOU ARE READING
THE UNKNOWN •HIATUS• [ 2 ]
Action2nd NOVEL - ACTION _____________________ Setelah Rose Camelya ditinggalkan oleh teman lelakinya James, bersama anak mereka Calix Cullen Wallington dan Mia Amelia Wallington sebatang kara. Kehidupan tiga beranak itu menjadi huru-hara. Hampir setiap...