"Auntie let me help you with that.", kubis yang sudah tersalut dengan pes kimchi itu diambil lalu diletakkan ke dalam bekas berwarna hijau itu. Wanita separuh baya itu tersenyum melihat Layla. Bahu Layla ditepuk perlahan.
"Then, let's do it together.", Layla mengangguk tanda setuju. Mereka mula memasukkan kobis-kobis tersebut ke dalam bekas hijau itu lagi. Setelah siap gadis itu mengambil penutup bekas tersebut lalu bekas itu ditutup. Pintu peti sejuk di buka, bekas itu dimasukkan ke dalam peti sejuk tersebut.
Selepas siap membersihkan dapur dan mencuci tangan, Layla keluar dari rumah itu untuk mengambil udara yang segar sebentar. Tubuhnya dipeluk. Banyak perkara yang dia telah belajar di Korea ini. Adat-adat mereka, makanan tradisional mereka dan banyaklah lagi. Semua ini diajar oleh Auntie Bon-Hwa Byeol.
Beliau banyak mengajarnya untuk lebih berdikari dan sentiasa tahu tentang perkembangan masa dunia. Wanita separuh baya itu mempunyai tiga orang anak lelaki. Dan salah seorang dari anaknya adalah rakan Hugo namun dia jarang melihat lelaki-lelaki itu kerana mereka selalu pergi ke luar negeri atas urusan kerja.
Layla perasan yang dia semakin lupa akan Jay. Walaupun masih ada lagi rasa cinta tersemat di dalam hatinya tetapi apabila fikirannya mengimbas kembali pada kisah silam mereka, beliau menjadi trauma. Layla mengeluh. Mungkin buat masa ini dia harus melupakan segala perkara yang telah berlaku sebelum ini dan cuba untuk membuka buku baru.
~~~~~~~~~~~~~
"Capo, ci sono degil intrusi nel nostro club. Avan dice che stavano chiedendo di Rose.", kata salah seorang orang suruhan Raven sambil menunduk ke arah lelaki itu. Raven yang baru sahaja ingin meneguk wainnya terhenti. Matanya tajam menatap ke arah lelaki tersebut sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis. Gelas wain tersebut diletakkan semula di atas meja kaca itu.
'Boss, there are some intruder in our club. Avan says that they were asking about Rose.'
Tawa sinisnya dapat didengari jelas oleh lelaki dihadapannya itu yang sedari tadi menunduk.
"Tell the boys to get ready. We're going to have fun at there.", Kata Raven membutangkan semula bajunya. Maya yang sedang duduk di atas riba lelaki itu ditolak kasar. Terkejut gadis itu dibuatnya. Kainnya yang singkat di tarik dan ditepuk perlahan. Leher Raven dirangkul. Dadanya sengaja di himpitkan ke wajah lelaki itu. Punggungnya ditepuk kasar dengan kasar oleh Raven.
"Get out.", wajah Maya mencemberut. Maya menghentakkan kakinya beberapa kali sebelum keluar dari bilik tersebut. Baru sahaja dia mahu bermesra-mesraan bersama lelaki itu.Tetapi ada masalah lain pula yang datang. Semuanya tentang gadis itu, Rose Camelya. Apa cantik dan spesial sangatkah tentang gadis itu sampaikan sanggup adanya pertumpahan darah?
Dia sedar yang dia hanya perempuan simpanan lelaki itu sahaja. Tetapi itu tidak menghalangnya untuk jatuh cinta akan lelaki tersebut. Mahu sahaja dia membunuh gadis yang bernama Rose Camelya itu namun belum ada peluang lagi untuknya melakukan perkara sebegitu rupa. Dia harus merancang dan mencari masa yang tepat untuk melakukan perkara tersebut.
Tetapi dia pasti yang Raven akan menjadi miliknya buat selama-lamanya.
~~~~~~~~~~~~~
Pintu kelab tersebut automatik terbuka apabila tangan Raven menyentuh skrin di dinding tersebut. Dengan megahnya dia berjalan bersama beberapa orang pengawal di belakangnya. Mengawasi jika ada musuh mereka disitu juga. Sampai sahaja di hadapan sebuah pintu kayu jati yang terukir bentuk naga yang berkepala dua, ia terus dibuka oleh pengawalnya.
Raven melabuhkan punggungnya di atas sofa kulit dihadapannya itu. Kakinya disilang. Matanya menatap tajam ke arah Avan. Avan adalah pengurus kelab malam itu dan beberapa kelab malam yang lain. Raven telah mengambil lelaki itu berkerja disitu kerana Avan adalah anak usahawan terkenal yang pernah bekerjasama bersama bapanya.
YOU ARE READING
THE UNKNOWN •HIATUS• [ 2 ]
Action2nd NOVEL - ACTION _____________________ Setelah Rose Camelya ditinggalkan oleh teman lelakinya James, bersama anak mereka Calix Cullen Wallington dan Mia Amelia Wallington sebatang kara. Kehidupan tiga beranak itu menjadi huru-hara. Hampir setiap...