SPLASH!!!!!!
Dengan segera kelopak matanya terbuka dengan luas. Wajahnya yang terasa basah cuba dilap tetapi baru disedari oleh Rose Camelya yang kedua-dua belah tangannya diikat dengan tali dikerusi.
Kepalanya ditolehkan ke kiri dan ke kanan. Kelihatan seperti sebuah bilik yang besar tetapi kosong. Sebaik sahaja kepalanya ditoleh ke hadapan, dengan serta-merta bulu romanya menaik.
Seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengannya sambil wajahnya dilitupi dengan topeng yang seperti syaitan amat menakutkan bagi Rose Camelya.
"Who are you?! And what do you want from me?!", dapat didengari dengan jelas yang suara Rose Camelya sedikit terketar. Lelaki itu tertawa sinis. Tangan lelaki itu jelas tampak berurat dan penuh dengan tatu.
Setelah beberapa minit berlalu tanpa sebarang suara, lelaki itu bangun dari kerusinya. Dia berjalan di sekeliling Rose Camelya. Matanya tajam menikam wajah Rose Camelya.
"Are you scared, baby? Don't be scared I won't do anything innapropriate to you unless you disobeyed me~", kata lelaki itu. Dagu Rose Camelya diangkat. Wajah gadis itu ditilik dengan teliti. Rose Camelya cuba untuk mengelakkan mata mereka bertembung.
Ketika wajah mereka semakin dekat, Rose Camelya menoleh kasar menghadap ke kiri sehingga tangan lelaki itu yang memegang dagunya terjatuh. Lelaki itu tertawa sinis lalu keluar dari bilik itu meninggalkan Rose Camelya seorang diri.
~~~~~~~~~~~
"When is the last time you've saw her?", tanya anggota polis lelaki itu. Tangannya tidak lepas memegang pennya untuk mencatat maklumat-maklumat yang diberikan oleh Elena.
"When she said that she wants to go the restroom. That's the last time I saw Rose.", kata Elena. Air matanya diseka. Ini semua salahnya. Patutnya dia menemani Rose Camelya ke tandas.
Dia terlalu sibuk berbual sakan bersama rakan-rakannya sehingga dia melupakan keberadaan Rose Camelya. Rykal menggosok bahu Elena. Ia berlaku dengan terlalu pantas.
"Okay, thanks for the information Miss. You can go home now. We'll call you if we need you.", Kata polis itu lalu disambut dengan anggukan oleh Elena.
~~~~~~~~~~~
Rose Camelya mendengus kasar apabila tubuhnya ditolak dengan kasar oleh beberapa orang lelaki yang sedari tadi menarik lengannya.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik tersebut, pintu bilik terus dikunci dari luar. Rose Camelya menjeling tajam. Lengannya yang merah digosok dengan perlahan.
Matanya dengan teliti melihat sekeliling bilik itu. Mewah sungguh. Lebih mewah dan luas berbanding biliknya bersama James dahulu. Erk. Punggungnya dilabuhkan di atas birai katilnya.
Keluhan kecil terlepas dari bibir munggilnya itu. Mengapalah dia asyik-asyik terlibat dengan dunia gelap ini.
~~~~~~~~~~~
Tangan kasarnya mengusap lembut pipi Rose Camelya yang gebu seperti kapas itu. Dari pipi turun ke bibir munggil itu. Diusap perlahan sehingga dia terleka.
Ketika bibir mereka hampir bercantum, serta-merta Rose Camelya menolak tubuh Raven dengan kasar. Tubuhnya yang sedari tadi terlentang terus terbangun.
Jantungnya berdegup dengan kencang. Matanya tajam menatap Raven. Raven pula berjalan ke arah Rose Camelya dengan wajah yang bengis. Tangannya digenggam erat.
Rambutnya diramas dengan kasar. Pipi Rose Camelya dicengkam dengan kasar. Matanya menatap tajam ke arah Rose Camelya seperti helang mencari mangsa untuk dijadikan makan tengahari.
Jantung Rose Camelya tidak henti dari berdegup dengan laju. Senyuman sinis terlakar di bibir lelaki itu. Wajahnya didekatkan ke wajah gadis itu. Rose Camelya menatap wajah lelaki itu.
Sungguh kacak sekali. Anak mata coklat itu yang boleh membuatkan para gadis jatuh ditangan lelaki itu. Hidung yang mancung. Bibir yang munggil dan seksi berserta dengan jambang sungguh membuatkan Rose Camelya leka.
Raven tersenyum melihat Rose Camelya yang leka melihat wajahnya dengan serta-merta terus meragut bibir Rose Camelya secara tiba-tiba membuatkan gadis itu terkejut. Dada Raven dipukul dengan kuat mengikut kemampuannya.
Setelah mereka berdua kehabisan nafas, lelaki itu melepaskan bibir Rose Camelya sambil mengiggit bibir bawahnya. Rose Camelya dengan pantas mengelap bibirnya sambil nengatur kembali nafasnya.
"Sweet~", Kata lelaki itu sambil menjilat bibirnya manakala Rose Camelya menjeling tajam ke arah lelaki itu. Rose Camelya sedikit pun tidak mahu menatap wajah lelaki itu.
~~~~~~~~~~~
Jari-jemarinya tidak henti dari menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya. Cawan kopinya diambil lalu dihirup sedikit kopi yang panas itu.
Matanya membulat melihat berita yang dipaparkan di laman web itu. Seorang mafia yang sudah lama dikehendaki oleh anggota polis Italy. Mafia tersebut amat kejam sekali.
Mafia tersebut berada dimana-mana sahaja. Dengan segera Elena menutup komputernya. Jantungnya mengepam darahnya dengan laju ketika ini. Fikirannya menjadi kosong.
Mungkin orang yang menculik Rose Camelya ini adalah mafia itu. Tetapi siapakah si 'Dia' itu?
~~~~~~~~~~~
Rose Camelya menatap daging stik dihadapannya dengan tatapan kosong. Raven yang sedari tadi menikmati makanannya itu meletakkan sudu dan garpunya.
"Eat or you'll starve.", Kata Raven sambil meneguk wainnya. Rose Camelya terdiam. Dia teringat akan James. Dengan serta-merta, air matanya jatuh mengalir.
Terangkat kening Raven dibuatnya apabila secara tiba-tiba Rose Camelya menangis. Gelas wainnya diletak semula di atas meja makan semula sambil matanya tajam menatap Rose Camelya.
"Why are you crying?", Tanya Raven. Dengan segera Rose Camelya mengelap air matanya menggunakan hujung lengan bajunya.
"Nothing. "
~~~~~~~~~~~
Helena yang sedang sibuk mengelap mop terus mengangkat panggilan ditelefonnya yang sedari tadi berbunyi. Mopnya disandarkan di dinding ruang tamunya.
"Hello, Elena why do you called me?", Tanya Helena. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa ruang tamunya.
"R-Rose got kidnapped!!! And I need you and Uncle Liam's help!! I'm at Italy now. ", mata Helena membulat. Terus dia terbangun dia dari sofa itu.
"What?! Okay I'll be there."
~~~~~~~~~~
{~TBC~}
YOU ARE READING
THE UNKNOWN •HIATUS• [ 2 ]
Action2nd NOVEL - ACTION _____________________ Setelah Rose Camelya ditinggalkan oleh teman lelakinya James, bersama anak mereka Calix Cullen Wallington dan Mia Amelia Wallington sebatang kara. Kehidupan tiga beranak itu menjadi huru-hara. Hampir setiap...