Chaewon p.o.v
" Kau nak kemana tengah malam buta ni?" satu suara lelaki menegur mengejutkan chaewon yang baru turun dari biliknya. Dia memandang ke ruang tamu dan felix ada di situ menonton tv.
" Ada misi kecemasan. Kau jangan ingat nak keluar dari sini. Stay in you room. Kalau aku tahu kau keluar siap kau. Jangan sampai aku pulak yang bunuh kau." Ugut chaewon sebelum menuju ke tingkap rumah itu. Dia meletakkan sesuatu pada tingkap itu yang tidak diketahui felix.
" Kalau aku nak juga? " Tanya felix kembali. Sengaja mencabar kesabaran chaewon.
" Kau mungkin akan mati. Dan aku tak akan ambil tahu hal tu. Aku dah pesan. Kau yang buta dan tuli sampai tak nak dengar." Balas chaewon balik. Dia terus keluar dari villa itu setelah memeriksa keselamatan diri rumah itu.
" Chaekim, where are you? Diaorang nak pergi dari sini kejap lagi. We need you right now.. " Suara seseorang muncul di earpod yang dipakai chaewon.
" I'm coming. Sorry lambat sikit." Balas chaewon sebelum motorbike yang dinaiki ya memecut ke satu kelab malam. Mereka perlu cekap semasa menjalankan misi pembunuhan ini. Lelaki yang perlu dibunuh ini sangat berbahaya. Dia membunuh ramai perempuan serta pengedar dadah yang sangat membahaya.
Di kelab malam itu,
Selesai menunjukkan kad pengenalan palsu kepada pengawal kelab malam itu chaewon terus masuk. Dia mencari kelibat ryushin ( Ryujin itzy) dan doyoon ( dowoon day6) di dalam kelab itu dan ternampak mereka berdua di pepenjuru kelab itu memerhatikan seseorang. Chaewon pantas menuju ke arah mereka dengan melalui hiruk piruk manusia.
" Lambat gila. Boleh tertidur aku dengan doyoon oppa kat sini." Perli ryujin. Chaewon hanya tersengih. Peace ditunjukkan.
" Sorry. Bukan senang nak jadi bodyguard kat orang yang susah nak dengar cakap. Aku kena pastikan dia tak dapat keluar dulu baru aku dapat berambus. Mana lelaki tu ryushin? " Ryujin menunjukkan ke arah seorang lelaki memakai suit yang duduk dikelilingi oleh bodyguard di suatu kawasan VVIP.
" gila. Ada lebih 20 orang kat situ. Macam mana nak bunuh dia? " Tanya chaewon semula. Cawan Coke di tangan di main-mainkan sambil matanya masih tak lepas memandang lelaki itu. Dia dan ryujin tak boleh minum wain. Mereka masih bawah umur. Hanya dowoon sahaja tapi dia tak minum pun sebab tak nak mabuk malam ni.
" Macam yang izone selalu buatlah. Takkan tak boleh?" Tanya dowoon perlahan. Chaewon menggeleng.
" Tak boleh ejen doyoon. Yang selalu buat macam tu sama ada eunkwon atau yechoi je. Chaekim tak pernah buat macam tu." Balas chaewon balik. Dia kalau ikut suka hati je, dia tembak je jarak jauh atau dekat. Mana-mana pun boleh.
" Lah ye ke? Tak tahu pulak. Ingatkan semua izone boleh buat macam tu.. Kalau macam tu shuh shuh sana. Tengok cara itzy buat. " Kata ryujin menghalau chaewon sebelum berjalan ke arah lelaki itu. Chaewon mencebik.
" Kalaulah aku boleh cekik minah ni memang dah mati dia ni. Berlagak betul. Nasib kawan. " Gumam chaewon memerhatikan ryujin. Pandai pula budak ni menggoda. Siapa ajar ni?
" Jom. Ryushin suruh kita tunggu kat bilik nombor 5." Ajak dowoon. Chaewon hanya mengikut.
------
Keesokan paginya,Wonyoung p.o.v
" Morning mak cik Lee. Sarapan apa pagi ni?" Tanya wonyoung mesra pada pembantu rumah itu dengan senyuman semanis gula. Mak cik Lee yang sedang membancuh teh tersenyum melihat wonyoung.
" Sarapan biasa-biasa je. Nasi goreng dengan teh. Wony boleh tengokkan ayen tak? Tadi mak cik dah kejutkan. Tak tahu dah bangun ke belum.." Pinta mak cik Lee. Wonyoung mengangguk sebelum menuju ke tingkat atas semula. Dia berdiri di depan sebuah pintu berwarna coklat. Pintu itu diketuk berkali-kali namun tiada sahutan. Dengan perlahan dia membuka pintu bilik itu. Lah.. Masih tidur lagi mamat ni..
" Ayen.. Bangunlah. Dah pagi. Kejap lagi nak pergi sekolah.." Kejut wonyoung sambil menggoyangkan badan ayen yang masih lena. Dia mendengus perlahan apabila masih tiada reaksi dari ayen. Dia menuju pula ke tingkap balkoni dan membuka langsir. Terus masuk cahaya matahari ke bilik berwarna putih itu. Terpisah-pisat ayen membuka mata sebelum wajah pengawal peribadi nya menerap di matanya.
" Pukul berapa sekarang?" Tanya ayen perlahan sambil mengeliat perlahan. Ngantuk betul. Menyesal semalam main game online dengan felix tak berhenti.
" 7.15 pagi. Sekejap lagi aku nak bertolak ke sekolah. Kau nak ikut lepas tu boleh. Tapi kena denda lah. Aku tunggu kat bawah."Pesan wonyoung sebelum keluar dari bilik itu. Dia menuju ke bawah semula untuk sarapan.
Ayen p.o.v
Selesai mandi dan berpakaian, dia terus menuju ke bawah. Wonyoung tengah sarapan. Ibu dengan ayahnya takde. Tuan yang dengan puan yang outstation kat Perancis.
" Ayen nak susu ke teh?" Tanya mak cik Lee sambil meletakkan pinggan di depan ayen yang sudah duduk di meja makan. Wonyoung tak me pedulikan dia. Matanya masih di telefon melihat sesuatu semasa ayen duduk di depan nya.
" Bagi susu je mak cik. Ayen tak nak makan nasi. Nak roti je. Dengan jem je." Ucap ayen sebelum mengambil sekeping roti bakar. Dia juga mengambil jem anggur dan menyapu nya di atas roti sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Matanya memandang wonyoung di depannya.
" Aku balik lewat sikit malam ni. Ada mission dengan izone. Jangan nak keluar rumah lepas balik dari sekolah. Aku tahu kau keluar siap kau. Memang aku cincang kau jadi daging burger nanti." Kata wonyoung yang perasan ayen memandangnya. Dia memandang ke ayen sebelum membawa pinggan yang sudah kosong ke dapur untuk dibasuh.
" Mak cik. Kami pergi dulu. Nanti kami balik sebelum Lunch. " Kata ayen apabila wonyoung dah sedia naik ke motornya. Wonyoung ke sekolah menggunakan motorbike miliknya sendiri manakala ayen dihantar oleh pemandu keluarganya, pak cik choi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
MAFIA
RandomTAJUK LAMA- THE BODYGUARD PERPINDAHAN IZONE OT8 KE SEBUAH SEKOLAH TELAH MEMBUATKAN BANYAK BENDA TERJADI. ANTARANYA IALAH PERJUMPAAN KEMBALI DENGAN 4 AHLI IZONE MEREKA YANG TELAH MENGHILANGKAN DIRI DALAM SEBUAH MISI. SAKURA, HYEWON, NAKO DAN HITOMI...