Eunbi p.o.v
" Kau betul ni dah okey? Betul, tak nak rehat lagi... Kau boleh je rehat lagi. Kitaorang semua boleh cover kau untuk sementara waktu ni..." Soal Eunbi yang masih risau tentang keadaan Chaewon. Chaewon tersenyum kecil dan mengangguk perlahan.
" Ya aku okey Unnie. Aku dah besar Unnie, semua ni sikit je bagi aku. Kau tak payah risau sangat eh..." Kata Chaewon untuk meyakinkan kakaknya itu. Eunbi masih sedikit risau tapi dia yakin Chaewon tahu tentang keadaan badannya sendiri. Dan dia harap Chaewon betul-betul dah okey dari kecederaan yang dialaminya.
" Dah besar tapi otak macam kanak-kanak lagi. Macam mana kau boleh biarkan pertahanan kau terleka sekejap, Chae? Kau pun sedar kan diaorang ada dalam kelab tu? Dah tentulah kau akan jadi mangsa diaorang... Kau buat semua orang risau tau!" Kata Minju pula sebelum menepuk bahu Chaewon dengan perlahan. Agak geram dengan Chaewon, tapi nak buat macam mana? Chaewon tu memang jenis macam tu. Patutnya dia ikut Chaewon dan tak ikut arahan Chaewon untuk bawa ahli yang lain ke kereta dulu.
" Yalah... Sorry lah aku buat semua orang risau. Tapi, aku dah sihat sekarang, Kira okeylah kan?" Minju menepuk bahu Chaewon sekali lagi sebelum pintu bilik Chaewon diketuk dari luar. Lia masuk setelah diberikan kebenaran.
" Min, Ada kerja. Nah keterangan tentang kerja kau. Eun Unnie, Papa panggil menghadap kat office dia. Chae, kau duduk je dalam bilik ni jangan berani nak ke mana-mana. Arahan Papa. Bukan aku." Lia tersenyum simpul sebelum meminta diri. Minju membuka fail yang berisi infomasi tentang kerja barunya.
" Ada kumpulan aku kena uruskan. Aku bawa Yuri dengan Hitomi lah... Bye, Chae. Jaga diri tau. Lepas kau sihat sepenuhnya nanti baru aku bawa kau keluar. Buat masa sekarang ni, rehat dulu... Aku tahu kau belum sihat sepenuhnya lagi." Arah Minju. Chaewon hanya mengangguk perlahan. Arahan JYP kan... Mana berani dia nak langgar.
" Yul, Tomi. Korang siap. Ikut aku hari ni..." Ajak Minju sebaik sahaja melihat Yuri dan Hitomi yang berada di ruang tamu. Seorang tengah melayan Anna menggambar, seorang lagi tengah bermain game dengan Aidan. Mereka terus bangun mendengar suara Minju memanggil mereka berdua.
" Huh? Siapa nak teman kami main, Mama Min?" Soal Anna perlahan apabila melihat Yuri takde lagi di sisinya. Bibirnya dimuncungkan tanda merajuk. Sekarang, dia dan Aidan dah boleh berbahasa Korea macam orang lain. Berkat ajaran laju dari Hyewon dan Chaeyeon.
" Nak Auntie temankan kamu berdua? Kami tengah free ni!" Kata Yeji dengan riang. Anna mengangguk perlahan. Ryujin turut bersama. Dia menemani Aidan dan Yeji mewarna bersama Anna. Minju lega apabila masalah sudah diuruskan oleh Yeji dan Ryujin. Nasib ada yang memahami mereka. Yuri dan Hitomi muncul semula beberapa minit dengan rambut yang diikat dan baju yang lebih sesuai digunakan ketika musim sejuk.
--------------
Sementara itu,
Chaeyeon p.o.v
" Ni cawan yang ke lima kau Chaeyeon. Kau pasti kau betul okey ni?" Soal Eric yang risau melihat rakannya itu. Chaeyeon hanya mengangguk. Malas nak berfikir. Dia kini berada di kelab malam kepunyaan The Boyz dan Loona. Mereka sama-sama buka kelab malam ni. Pemilik utama dia mestilah ketua kumpulan masing-masing. Haseul dan Sangyeon.
" Pasti? Nak aku call mana-mana ahli izone ke?" Soal Eric lagi. Chaeyeon hanya mengangguk tanda dia okey. Baru je Eric nak bertanya lagi, seorang pelanggan memanggilnya dan memesan air pilihannya. Sambil menyiapkan pesanan lelaki itu, mata Eric menjeling juga ke arah Chaeyeon. Senyap-senyap dia menghantar mesej kepada Sakura supaya menjemput Chaeyeon.
" Huh... Kenapa dengan aku hari ni? Kenapa dada aku rasa sesak sangat?" Gumam Chaeyeon sendirian sebelum cawan kelimanya dihabiskan. Dia mengangkat muka apabila merasakan seseorang duduk di sebelahnya. Sakura dengan tenang memandang ke rakannya itu.
YOU ARE READING
MAFIA
RandomTAJUK LAMA- THE BODYGUARD PERPINDAHAN IZONE OT8 KE SEBUAH SEKOLAH TELAH MEMBUATKAN BANYAK BENDA TERJADI. ANTARANYA IALAH PERJUMPAAN KEMBALI DENGAN 4 AHLI IZONE MEREKA YANG TELAH MENGHILANGKAN DIRI DALAM SEBUAH MISI. SAKURA, HYEWON, NAKO DAN HITOMI...