Izone p.o.v
" Yes, unnie. We coming.. Oh, jangan bagitau papa kitaorang buat semua ni.. Pweaseeee..." Ahli izone menahan gelak mendengar rayuan chaeyeon di telefon sebelum dijeling tajam oleh budak itu. Terus memandang ke tempat lain manakala minju dan hyewon sambung mengikat gangster yang sudah dikerjakan tadi. Sejak mereka jumpa hitomi di kantin, mereka terus mencari 3 lagi ahli izone yang turut menghilang. Sakuran, nako dan hyewon. Dan akhirnya jumpa mereka di sekolah yang sama dan turut dibuli. Terus mereka diajak masuk ke geng izone semula dan menjadi mafia.
" Bye, see you later.." Chaeyeon menghabiskan ucapan dan menamatkan panggilan sebelum memandang kawan-kawannya.
" Korang kan... Kalau aku cakap lain sikit.. Mulalah nak gelak. Kalau eun unnie, takde pun apa-apa.." Bebel chaeyeon. Telefon dicampak ke dalam longkang. Bukan telefon dia. Telefon salah seorang gangster itu. Dia mencangkung di hadapan salah seorang yang mungkin ketua gangster itu. Tangannya menarik rambut gangster yang dibelasah oleh chaewon sebentar tadi.
" Cakap kat aku?! Siapa hantar korang hah?" Tanya sedikit lantang. kepala lelaki itu terangkat apabila chaeyeon menarik rambutnya kuat. Dia beberapa kali mengaduh kesakitan namun tidak dilayan oleh chaeyeon.
" Kalau kau nak hidup, better kau bagitau siapa yang hantar korang.." Kata chaewon perlahan. Sengaja pisau di tangan dilap menggunakan kain untuk menakutkan kesemua gangster yang mengganggu perjalanan mereka ke ibu pejabat mafia tadi.
" AH!! X1!!" Jerit lelaki yang diterik rambut tadi. Chaeyeon berdecit kecil sebelum melepaskan rambut lelaki itu. Tak puas-puas nak ganggu izone buat kerja bekas sepasukan mereka. Sejujurnya, mafia izone bukan datang dari JYP seperti mafia Twice, itzy, Niziu, boy story, day6 dan got7. Mereka datang dari stone. Sebuah syarikat mafia yag agak besar. Namun, akibat layanan yang berbeza datang dari pemilik kumpulan itu, mereka memutuskan untuk pindah ke JYP kerana twice dan itzy yang merupakan sahabat mereka. BIla dah pindah, sekarang ni stone cuba mendapatkan balik izone. Tapi, prinsip izone dah tukar, mereka takkan berpaling semula ke stone. Akan setia dengan JYP.
" Jom. Kita pergi sekarang. Bahaya kalau X1 muncul. Aku tak nak jumpa diaorang lagi.. Yang ni, biar je kat sini.." Kata chaeyeon. Izone meninggalkan gangster yang diikat itu. Eunbi, yena dan sakura takde dengan mereka kerana menyelesaikan masalah di tempat lain.
Mereka beredar dari situ menuju ke sebuah kedai menjual barang antik. Tertulis ' Kedai antik Park'. Mereka memasuki kedai itu tenang walaupun ada pelanggan. Semua menuju ke bahagian buku-buku lama yang berada di sebuah rak yang agak jauh dengan pintu masuk dan kaunter. Chaeyeon mengambil sebuah buku dan membukanya untuk scan tapak tangannya. Sebuah pintu bawah tanah dibuka dan mereka masuk. Pintu itu ditutup apabila mereka selamat sampai di dalam bilik itu.
" Unnie! Mana papa? Kata nak jumpa?" Tanya chaeyeon. Dia menjumpai sana yang baru keluar dari pejabat twice. Sana memanjangkan leher mencari kelibat JYP dan menemui lelaki itu di dalam bilik mesyuarat.
" Meeting room. Chaelee, unnie memang minta maaf. Unnie tak sedar papa ada masa kita bercakap kat telefon. Papa mengamuk habis bila kamu tamatkan panggilan. Sekarang ni, tenang pergi cakap dengan papa. Minta maaf segalanya. Eunkwon, yechoi dengan samiyawaki dah ada kat dalam meeting room." Jelas sana. Chaeyeon megangguk perlahan sebelum pintu bilik mesyuarat dibuka. Eunbi dah menjeling chaeyeon bersama yena. Sakura tersenyum sambil buat muka tak tahu.
" Papa... Kenapa papa panggil?" Tanya chaeyeon. Mereka masih tercegat di hadapan pintu bilik mesyuarat itu. JYP mengisyaratkan supaya mereka duduk di kerusi. Semua kerusi yang berjumlah 12 itu dipenuhi oleh ahli izone itu.
" Hmm.. Kalau papa tak panggil, takdelah papa tahu ada orang tu belasah gangster tepi jalan dan merahsiakan dari papa. Apa nak jadi chaeyeon? Papa hantar kamu ke sekolah sana untuk belajar, bukan belasah orang masa balik ke sekolah. Papa boleh maafkan kamu belasah kumpulan Gidle kat sekolah demi samiyawaki, nayabuki, hyekang dengan hihonda. Tapi, kali ini sangat teruk! Apa nak jadi ni?" Bebel JYP perlahan. Chaeyeon mengenggam tangannya kuat. Tahan hati dan perasaan mendengar bebelan JYP.
" Papa, diaorang tu adalah gangster yang diupah oleh Stone. Kalau kami tak lawan, papa nak ke tengok kami mati?" Suara yujin menyedarkan chaeyeon dari amarahnya. JYP memandang yujin yang berani bersuara. Dia membetulkan duduknya.
" Stone? Nampaknya mereka dah tahu kedudukan kamu. Ini bahaya. Kat mana mereka serang? Dekat ke dari sini?" Tanya JYP. Kesemua yang terlibat menggeleng serantak. Perjalanan dari tempat pergaduhan dengan ibu pejabat mengambil masa lebih kurang 30 minit tadi.
" Oh ye, saya panggil kamu semua hari ni sebab ada orang kaya upah kamu untuk jaga bodyguard anak mereka. Katanya dah beberapa kali anak mereka cuba dibunuh. Tapi, hanya 8 orang sahaja terlibat. Jadi, sebagai ketua yang paling bertanggungjawab, saya mengamanahkan supaya samiyawaki, hyekang, nayabuki dan hihonda mengikut twice siasat tentang pasukan dari bighit bersama itzy. Jadi, yang terlibat hanya eunkwon, yechoi, chaelee, chaekim, minkim, yujo, yuahn dan wonjang. Sekian.." Kata JYP selafaz. Takjub sekejap yena dengan chaeyeon. Rapper sejati rupanya JYP ni..
" Papa, boleh kami kenal budak yang perlu dijaga dan umur mereka. Mana mereka tinggal dan sebagainya?" Tanya eunbi. Rasa lain macam je sebab mereka tak pernah ditugaskan jadi bodyguard ni. Yang paling kerap adalah habang-habang day6 dan got7. Hakak twice pun tak pernah lagi.
" Nah fail setiap orang yang kamu perlu jaga. Oh.. Papa lupa lagi. Kamu boleh kemas barang balik rumah nanti. Untuk senang kamu buat kerja, kamu akan tinggal sekali dengan keluarga mereka untuk menjaga. You can read it and dismiss. Bye.. Papa nak makan. Lapar! Izone jline ft hyewon boleh jumpa twice untuk makluman kes bighit tu. " Kata JYP. Selesai dia berkata, dia terus keluar dari bilik itu. Hyewon dan Jline turut meminta diri. Tinggalah 8 orang je dalam bilik tu. Mereka memandang fail di tangan masing-masing.
" Jom baca serentak. Satu, dua tiga..." Fail itu dibuka serentak dan secara serentak juga mereka semua terkejut.
" APA?!!!"
YOU ARE READING
MAFIA
RandomTAJUK LAMA- THE BODYGUARD PERPINDAHAN IZONE OT8 KE SEBUAH SEKOLAH TELAH MEMBUATKAN BANYAK BENDA TERJADI. ANTARANYA IALAH PERJUMPAAN KEMBALI DENGAN 4 AHLI IZONE MEREKA YANG TELAH MENGHILANGKAN DIRI DALAM SEBUAH MISI. SAKURA, HYEWON, NAKO DAN HITOMI...