BAB 12

103 16 0
                                    

Izone p.o.v

    " Dapat kesan yena?" Soal eunbi perlahan. Sejak semalam yujin dan wonyoung bertungkus lumus mencari kehilangan yena sehinggalah mereka menjumpai signal dari alat penjejak milik yena. Yena yang membukanya senyap-senyap.

    " Dapat. Dari semalam dia bergerak dan sekarang dia dah berhenti kat sebuah tempat. Kitaorang cari juga tempat tu dan guess what? Gudang lama tempat diaorang.." Kata yujin. Dia menunjukkan satu cahaya yang berkelip-kelip di sebua peta. Itu tempat yena dinyorokkan.

    " Kenapa kalau menculik je mesti tempat dia kat gudang lama? Cuma nyorokkan kat rumah sendiri ke, kat taman ke.. Kat bangunan kedai lama ke? Kenapa mesti gudang juga?" Soal chaewon bertubi-tubi. Dia buat macam kawan-kawannya pula adalah penculik tu.

   " Sebab tu diaorang tak culik kau chae. Nanti pelbagai soalan kau tanya dioarang. Boleh gila kalau diaorang tangkap kau." Kata minju yang entah muncul dari mana. Di tangannya ada secawan kopi.

    " Eleh.. Diaorang tak culik aku sebab takut nanti diaorang yang kena culik balik. Well, aku ada Hongjoong oppa kesayangan aku kan.." Semua yang berada di situ memandang chaewon dengan pandangan 'hard to judge'. Malas nak melayan si chaewon ni kadang-kadang.

    " Cakap pasal Hongjoong. Jom kita pergi markas Ateez. Kita kena minta pertolongan diaorang nak cari yang lain. Ujin, bawa laptop kau sekali." Arah eunbi. Mereka berenam segera meninggalkan markas sebelum menuju ke pusat latihan Ateez. 

-----

Pusat Latihan Ateez,

   " Berapa lama dah yul dengan yen hilang?" Soal Seonghwa kerisauan. Risau dengan keadaan adik sepupunya sedangkan dulu dia dah janji pada Tuan dengan Puan Jo yang dia akan jaga yuri dengan baik. Sekarang ni kalau apa-apa jadi kat yuri, semuanya salah dia.

   " Yul dah lama. Sejak markas JYP disabotaj. Yen pula baru hilang semalam. Dia dah aktifkan alat penjejak dia. Mungkin sebab dia dapat rasakan dia akan diculik juga. Kitaorang dah jejak lokasi dia. Ujin, tunjuk." Arah eunbi. Yujin membuka laptopnya dan memusingkannya menghadap ahli Ateez.

   " Oh.. Okey. Kenapa korang tak pergi serbu je? Dah tahu lokasi diaorang kan?" Soal Yunho pula. Izone serentak menggeleng. Bagaikan telepati di dalam kepala mereka semua.

   " Tak boleh. Kita kena tengok dulu keadaan macam mana. Senjata lagi, berapa ramai orang ada lagi.. Banyak benda yang kena tengok. Kecederaan ahli JYP pun penting. Sebab dengarnya ada yang ditembak. Risau kalau kecederaan diaorang teruk." Kata chaeyeon pula. 

   " Kalau macam tu, okeylah. Apa bantuan kau perlukan? Kitaorang akan bantu sedaya upaya." Tanya Hongjoong pula. Eunbi tersenyum nakal sambil menjeling ke arah wonyoung. Wonyoung  mengangkat kening bertanya kenapa.

    " Kitaorang perlukan permission kau wooyoung. Kitaorang nak jadikan wony sebagai umpan." Kata eunbi. Wonyoung terkejut mendengar namanya. Wooyoung hampir tersembur air yang baru diminumnya kalau dia tak menutup mulutnya.

   " Wait. kau ada lagi 6 ahli kot. Kenapa adik aku juga? Macam mana kalau apa-apa jadi kat wony? Kau tahukan dia satu-satunya adik aku?" Soal wooyoung semula. Nampak sangat tak nak adik dia dijadikan umpan.

    " Sebab diaorang lebih percaya wony. Kau tahukan adik kau macam mana? Dia ni semua orang ingat innocent padahal tak. Jadi, kesimpulannya wonyoung adalah orang yang paling sesuai untuk dijadikan umpan." Balas eunbi. Wooyoung masih keberatan untuk memeberikan adiknya. Dia merenung wonyoung.

   " Woo oppa, wony okey. Oppa tahukan wony kuat? I will take care of myself okey?" Wooyoung akhirnya mengangguk pasrah apabila adiknya sudah berkata macam tu. Tapi walaupun dia setuju dia masih merisaukan adiknya itu. Walaupun adiknya kata dia kuat, dia tetap seorang perempuan. Dan apalah sangat kekuatan perempuan nak dibandingkan dengan lelaki kan?

    " Make sure to take care of yourself Jang Wonyoung." 

--------

Sementara itu, di gudang rahsia,

Author p.o.v

   " Aku betul-betul percaya kau hilang beomgyu. Kenapa kau buat macam ni?" Soal ryujin. Matanya dingin memandang beomgyu yang sedang merawat luka tembakan di kakinya dengan cermat. Beomgyu masih mendiamkan dirinya. Bandage dibalut cermat di kaki ryujin.

   " Kau jahat yeonjun. Kau suka tengok aku menangis masa Ketua Bang laporkan kat JYP yang kau hilang?" Yeji bersuara dingin memandang yeonjun di depannya. Yeonjun juga senyap sama seperti beomgyu. Plaster dilekatkan dengan lembut di sudut bibir yeji yang masih berdarah. Selesai semuanya, mereka meninggalkan ahli JYP di situ sahaja. Semua masih diikat.

    " Jadi, kau tahu siapa punya angkara ni dari awal ke yul?" Soal chaeryeong. Dia membelakangi yuri jadi dia tak nampak kepala yuri yang menggeleng.

   " Tak. Aku tahu selepas beberapa hari aku kena tangkap. First, masa diaorang ingat aku masih tidur. Aku nampak jeonghan, woozi dengan kai. Aku rasa pelik kenapa diaorang ada kat sini. Lepas tu baru aku tahu, diaorang buat macam tu sebab dendam dengan kita. Dengan Mafia JYP." Balas yuri. Matanya memandang ke siling di atasnya.

   " Heh. Sia-sia je aku nangis masa tu. Ingatkan manusia tu dah mati. Hidup lagi rupanya." Sinis suara dahyun menuturkan. Kaki menendang angin dengan kemarahan. Nak aje dia hantukkan kepalanya kat dinding supaya memorinya hilang dan dia tak perlu ingat pasal Hansol Vernon Chwe yang menyakitkan hati tu.

    " Jangan risau korang. Lama tak lama, diaorang akan masuk perangkap juga. Izone dah tahu pasal ni. Tak lama kebebasan diaorang. Kita bagi diaorang gembira je sekarang sebelum semuanya akan berubah jadi kesengsaraan untuk diaorang." Kata yena tersenyum jahat. Matanya merenung kaca di situ. Dia tahu ada seseorang dalam bilik kaca yang memerhatikan mereka.

Di bilik kaca,

    " Nak tangkap kitaorang? Heh. Mimpi je lah perempuan." Changbin bersuara. Matanya merenung mata yena yangmerenung juga ke arahnya. Jangan harap yena. Kau takkan berjaya tangkap kitaorang. Ingat kitaorang rancang ni semalam? Dah berbulan-bulan kitaorang rancang ni semua. Sejak sebelum izone jadi bodyguard kitaorang lagi. Sejak kau masih tak kenal kitaorang.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


MAFIAWhere stories live. Discover now