Eunbi p.o.v
" Macam mana yul boleh hilang?!" Soal Eunbi geram selepas menepuk meja menggunakan tangannya. Sampai terangkat bahu chaewon dan minju yang melaporkan kerana terkejut. Yena, chaeyeon, yujin dan wonyoung di tepi lebih selesa mendiamkan diri. Bila eunbi marah, jangan masuk campur kalau tak nak kena penampar.
" How do we know unnie? Dia hilang macam tu je.. Hyunjin pun hilang macam tu je. Maybe ada something buruk yang terjadi kat diaorang. We don't know." Jawab minju perlahan. Mendengar jawapan visual izone itu, eunbi terdiam. Dia kembali duduk di kerusi pejabatnya. Izone pun ada pejabat sendiri namun mereka lebih suka duduk di pejabat yang berada di markas utama mereka. Ni pun kembali ke sini semula sebab markas utama di bom. Hancur semuanya.
" Cuba tanya Tuan dan Puan Hwang. Mana tahu kot-kot dioarang tahu kat mana hyunjin dengan yuri ke.." Sampuk wonyoung melihat keadaan yang sudah sedikit tenang. Chaewon menggeleng sebelum memandangnya.
" Kitaorang dah tanya. Diaorang cakap hyunjin ada camp apa entah. And bila kitaorang tanya pasal yul.. Diaorang tak tahu siapa dia. Macam nama Jo Yuri tu tak pernah wujud dalam hidup diaorang. Malam tu, kitaorang pecah masuk mansion Hwang, tapi takde sign yul kat dalam tu. Bilik yang dia duduk sebelum ni kosong. Memang macam tak pernah wujud orang yang tinggal dalam bilik tu." Terang minju pula panjang lebar. Misteri kehilangan yuri memang mengejutkan mereka. Yujin yang medengar penjelasan minju segera menaip sesuatu di laptop yang berada di pangkuannya sebelum dia memetik jarinya.
" Unnie, tengok ni. Ini adalah alat yang dijual secara haram oleh Mafia YG. Tak tahu mana mereka dapat alat ni. Alat ni hanya ada satu fungsi iaitu memadam memori manusia. Dan alat ni hanya dijual sebanyak 5 buah di mafia YG." Jelas yujin menunjukkan gambar itu. Eunbi mengambil alat itu dan scrool ke bawah untuk melihat senarai pembeli. Satu nama orang menarik perhatiannya.
" Hwang Hyunjin?" Mereka terkejut mendengar nama yang disebut eunbi. Memang nama hyunjin terpapar di situ sebagai salah seorang yang membeli alat tersebut. Mereka semua berpandangan sebelum jam yang dipakai eunbi muncul warna merah yang berkelip-kelip. Bertanda ada orang dalam bahaya. Dia menekan butang menjawab.
" Eunkwon. Markas twitzy diserang. Banyak ahli cedera parah. Twice, itzy dan 4 orang ahli izone telah hilang." Suara Jinyoung (got7) di talian mengejutkan mereka. Bunyi suaranya pun nampak macam sengsara sangat. Mereka segera mencapai jaket masing-masing sebelum bergerak ke lokasi markas twitzy dengan segera.
-------
Sementara itu, di tempat lain,
Yuri p.o.v
" Unnie?" Suaranya berubah melihat hyewon berada di depannya. Turut dalam keadaan terikat. Hyewon tak sedarkan diri dan dia melihat darah keluar membasahi baju bewarna biru yang dipakai hyewon. Hyewon ditembak!
" UNNIE! Bangunlah unnie! Unnie cedera teruk ni! YAH!! TAKKAN KAU NAK BUNUH SEMUA ORANG?! KORANG GILA KE APA?!" Suara yuri membisingkan bilik yang dipenuhi oleh ahli Mafia JYP itu. Ada ahli yang dah dirawat kecederaan. Namun ada juga yang masih dibiarkan sahaja kecederaan tu. Suaranya yang kuat membuatkan orang diluar mengamuk. Dia membuka pintu dan mendekati yuri. Kali ni lampu dibuka jadi dia melihat dengan jelas wajah yang ditutupi dengan mask dan topi itu.
" Kau.. Aku kenal mata tu. Tu mata.. AUCH! YAH! SAKITLAH BABI!" Terus keluar ayat carutan dari mulutnya apabila rambutnya ditarik untuk entah kali ke berapa. Apa orang ni jelas ke rambut dia cantik sampai main tarik-tarik rambutnya?
" Sekali lagi kau bising, aku bunuh hyunjin terus yuri. Aku tak main-main kali ni.." Yuri tersenyum sinis mendengar ayat itu. Heh. Aku baru ingat mata kau tu siapa.
" Mata kau tu. Mata Hwang Hyunjin. Kau Hwang Hyunjin kan? heh. Berani nak bunuh diri sendiri?" Lelaki itu tersentak mendengar kata-kata yuri. Dia membuka masknya. Betul sangkaannya. Memang hyunjin berada di depannya. Hyunjin tergelak jahat.
" Betul sangkaan aku. Kau memang pandai walaupun taklah cepat sangat nak cam aku." Ucap Hyunjin sebelum tersenyum senget. Dia memandang hyewon yang terikat di depan yuri. Baju biru yang sudah dibasahi dengan darah. Dia memakai semula mask dan keluar.
" Shua hyung keluar cari ubat untuk perempuan kat dalam tu. Dia berdarah teruk." Suara Hyunjin agak kuat sehingga yuri mendengarnya. Dia menyandarkan badannya ke kerusi sehingga tak sedar dia terjatuh dari kerusi.
" ARGH!! MENYUSAHKAN BETUL KERUSI NI!!" Suaranya sekali lagi menggegarkan gudang kosong itu. Yuri menyepak angin kegeraman.
-----
Author p.o.v
" Terima kasih ye." Joshua terus keluar dari farmasi setelah mendapatkan barang yang diperlukan. Tidak sedar dirinya diperhati oleh seseorang yang memakai topi hitam. Perempuan itu ialah yena. Sepatutnya dia berada bersama izone tapi tadi dia kata dia nak ke tandas sekejap. Padahal dia nampak joshua tadi. Telefonnya dicapai dalam telefon.
" Helo. Unnie. Seventeen dengan Txt tak kena tangkap. Mungkin diaorang rancang semua ni." Sebaik sahaja dia habis bercakap, telefon diletakkan semula di dalam poket. Dia memandang kembali ke joshua. Baru je nak mengikut, sesuatu mengetuk di lehernya membuatkan dia pengsan tak sedarkan diri.
??? p.o.v
" Nak jadi spy? Jangan haraplah choi yena." Tuuh gadis itu diangkat sebelum dia menuju ke gudang yang sama yuri ditempatkan. Nampaknya dua ahli izone dah pun ditangkap. Siapakah yang akan jadi mangsa ketiga?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
MAFIA
RandomTAJUK LAMA- THE BODYGUARD PERPINDAHAN IZONE OT8 KE SEBUAH SEKOLAH TELAH MEMBUATKAN BANYAK BENDA TERJADI. ANTARANYA IALAH PERJUMPAAN KEMBALI DENGAN 4 AHLI IZONE MEREKA YANG TELAH MENGHILANGKAN DIRI DALAM SEBUAH MISI. SAKURA, HYEWON, NAKO DAN HITOMI...