BAB 16

98 16 0
                                    

Izone p.o.v

     " Huh? Ingatkan diaorang dah langsung tak kisah pasal kita.. Masih mencari rupanya..." Keluh Sakura selepas menamatkan panggilan dengan Juyeon di talian. Ahli- ahli izone yang berkumpul di situ memandang nya. 

     " Jadi, apa kita nak buat Eun? Nak tunggu sampai diaorang jumpa kita dan dapat balas dendam atas kesalahan kita yang dulu?" Soal Hitomi pula. Eunbi menggelengkan kepala perlahan. Tak payah susah-susah sebenarnya.

    " Kita tunggu diaorang  tapi takkanlah nak biarkan diaorang bunuh kita kan? Kita akan balas semula. Pasal benda tu, memang salah sebab kita bunuh salah seorang ahli diaorang.. Tapi kalau kita biarkan diaorang bunuh kita, macam mana dengan aidan dan anna? Kita dah janji dengan Puan Alice kita akan jaga diaorang kan?" Balas Eunbi semula. Mereka mengangguk setuju. Aidan dan Anna, dua beradik yang dijaga oleh mereka sekarang kerana ibu bapa mereka dibunuh oleh penjahat yang diburu oleh Izone. Mereka tak dapat selamatkan ibu bapa aidan dan anna, tapi mereka janji akan menjaga mereka berdua.

     " Mummy Eunbi! Somebody want to meet you..." Aidan muncul di pintu bilik mesyuarat dan berkata pada Eunbi. Eunbi tersenyum melihat anak angkatnya itu. Dia bangun dan menuju ke arah Aidan.

     " Thanks Aidan. But, after this.. Do not open the door to stranger. Okay?" Aidan hanya mengangguk perlahan sebelum mencari adiknya untuk bermain bersama. Eunbi menuju ke ruang tamu. Tersenyum dia melihat tetamu mereka pada hari itu.

    " Ejen Jichoi. Ada apa datang ke sini seorang diri tanpa ahli yang lain?" Lia tersenyum apabila ditegur oleh Eunbi. Dia ada pesanan penting yang dibawa untuk Izone dari ketua mereka. Eunbi mengambil tempat di hadapannya.

     " Ejen Eunkwon. Nice to meet you after a while. Ini ada pesanan penting dari Papa untuk Izone. Yang ini pula untuk Xdinary Heroes. Mereka dipanggil semula ke Korea. Latihan mereka dan tamat di sini.." Kata Lia menghulurkan surat itu. Eunbi membuka dan membaca sekilas lalu surat untuk Xdinary heroes. Kemudian, surat Izone pula dibaca sekilas lalu juga.

    " Mereka memang dah sedia nak balik rumah. Pasal stray kids ni, kami dah tahu dah.. Dan kami dah sedia. Tapi betul ke awak Ejen Jichoi hanya datang seorang diri? Sebab saya nampak Ejen Ryushin dengan ejen Yushin kat sana...." Tunjuk Eunbi pada satu kawasan. Lia tergelak kecil sebelum mengarahkan rakannya untuk keluar dari tempat persembunyian.

     " Tak dinafikan lagi.. Mata ketua Izone memang tajam. Hai. Ejen Eunkwon. Lama tak jumpa. dah ada anak dah.. Comel Anna dengan Aidan tu." Kata Yuna. Ryujin hanya tersengih-sengih. Eunbi tersenyum senget dan menggeleng-geleng.

    " Korang nak bermalam kat sini kan? Ejen Hihonda dah siapkan bilik untuk korang."

--------

Sementara itu, di sebuah kelab malam,

Chaewon p.o.v

    " Signorina Kim, c'è un tizio che sta cercando di fare storie al club oggi. È di sotto.  (Cik Kim, ada seorang lelaki cuba buat kecoh kat kelab hari ni. Dia ada di bawah) ." Kertas yang tadi dibaca dengan tenang oleh chaewon dihancurkan dengan kuat oleh gadis itu. Geram dengan kejadian yang diberitahu oleh pembantunya.

    " Inutile. Non hanno altro lavoro che combattere? (Tak guna. Mereka ni tiada kerja lain selain bergaduh ke?)" Soal Chaewon semula mencapai jaketnya dan turun ke bawah. Ada dua orang lelaki sedang berperang mulut di bawah dan semua pelanggan ketakutan melihat mereka.

    " La persona che abbracci è mia moglie! (Orang yang kau peluk tu isteri aku lah!)" Kata lelaki yang pertama itu.

    " Hai mentito! Ha detto che era ancora celibe. (Kau tipu! Dia kata dia masih belum kahwin.)" Balas lelaki kedua. Mata Chaewon terarah pada seorang perempuan yang memakai pakaian tak cukup kain melihat pergaduhan dua lelaki itu. Malas betul dia nak layan perangai kebudak-budakan ni, tapi disebabkan dia ialah Ketua Kelab malam Iz kat sini, terpaksalah..

MAFIAWhere stories live. Discover now