BAB 13

1K 33 6
                                    

Boring mulai terasa apabila kediaman yang didudukinya sekarang telah kosong mana tidaknya semua telah keluar hanya dia seorang sahaja yang tidak ikut. Rasa menyesal mulai menyapa diri Ainul.

'Allah menyesal pula aku tak ikut dia orang tadi. Ya Allah boring gila.'

Ainul bermonolog sendirian sambil kaki melangkah menuju ke sofa di ruang tamu. Sofa yang memuatkan 3/4 orang diduduki.

Tulah orang dah ajak kita sombong cakap tak nak keluarlah apalah.

Dukk!

"Aduh! Sakitnya. Ya Allah baby. Kenapa kebelakangan ni kuat sangat ni tendang mummy ni ha? Jangan cakap baby rindu dia?"

Ainul membebel tanpa menghiraukan sesiapa kerana ketika itu hanya dia seorang sahaja yang ada di rumah. Perut yang ditendang dari dalam diusap lembut berkali-kali.

Haris Hazriq mulai hadir tanpa dipinta dibenak fikiran Ainul. Dari semalam lagi dia mencari lelaki itu tapi tak jumpa jumpa.

'Baby jangan macam ni tau tendang mummy sana sini. Bila baby macam ni mummy jadi makin takut. Lagi beberapa minggu mummy akan lahirkan kamu. Mummy hanya ada kamu sebagai penguat mummy even kamu masih dalam kandungan mummy.'

Sedih semakin dirasai selepas dirinya bermonolog sendirian. Airmata cuba ditahan. Namun jatuh jua di saat fikirannya dipenuhi dengan info info tentang sepupu lelakinya aka suaminya yang sah yang dia tak tahu.

Memang benar anak yang kita kandung menjadi 'penguat' kita ketika kita bersalin. Tapi dia hanyalah 'penguat dalaman' kita dan ketika itu juga kita perlukan 'penguat luaran' untuk menemani kita dan memberi kita kekuatan untuk melahirkan satu nyawa baru di dunia ni.

(Kau dah jumpa dialah Nul. Kau je yang tak tahu. Kau je yang tak kenal dia😅)

Ya memang betul mulut boleh kata apa je tapi kena ingat satu benda. Mulut dengan hati takkan pernah sehaluan. Mulut akan berkata lain hati pula akan berkata lain. Tu la hakikatnya.

Benci tu benci tapi betullah orang kata jangan terlampau benci seseorang nanti pada akhirnya padah yang kau dapat. Padahnya hati kau mulai merindui si dia.

'Walaupun mummy ni benci dia tapi mummy tak boleh nak tolak satu fakta yang dia adalah your father, baby. Even dia tidak pernah muncul depan kita, tipulah kalau mummy cakap yang mummy tak ingat apa yang terjadi. Dia lelaki pertama yang dah sentuh mummy. Dia lelaki pertama yang dah mempenghunikan rahim mummy dengan kewujudan kamu.'

Ainul bermonolog lagi. Air mata masih lagi mengalir dengan pandangan ditempatkan di perutnya. Perutnya mulai menunjukkan gerakan kecil.

''Ishh mummy cakap ni. Sorry tau mummy luah dekat kamu. Sorry sebab sedih mummy sampai kamu yang merasa," ujar Ainul sambil tangan mengusap lembut perutnya sendiri. Air mata dihilangkan menggunakan belakang tapak tangan.

Dalam tak sedar bibirnya mengukir senyuman kecil kerana kenaifan dirinya sampai lupa yang anak boleh merasai apa yang ibunya rasai walaupun dia masih didalam kandungan si ibu.

Haaaaaaa!

Mulut Ainul mengeluarkan bunyi hasil daripada kehadiran mengantuk. Entah kenapa dirinya ingin melelapkan mata.

(Biasalah orang lepas menangis ni dia memang akan rasa mengantuk. Letih sebab menangis kut😅.)

Duduknya mula berubah dari duduk biasa kepada tiduran. Tangan kanan dibiarkan menjadi alas kepada kepalanya. Fikirannya dikosongkan. Matanya dibiarkan pejam celik pejam celik.

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now