BAB 18

1.2K 28 18
                                    

Ainul terjaga dari tidurnya. Tidur yang dirasakan sudah terlalu lama mula 'diusik' dengan keringnya anak tengkuknya. Telefon di sisi diambil dan dilihat beberapa nombor.

'Baru pukul 2 pagi. Ingat dah Subuh.'

Kaki dibawa turun dari katil. Niat di hati ingin turun ke dapur untuk 'membasahkan' kembali anak tengkuknya. Tapi sebelum tu Ainul 'meminta' pertolongan dari telefonnya terlebih dahulu. Lampu flash telefon diaktifkan.

Jalan straight dipilih dan tangan menekan satu suis yang berada tepat di tepi pintu biliknya.

Bilik yang suram mula menukar 'kecerahannya'. Sinaran lampu di dinding dan di siling mula 'menghilangkan' kegelapan bilik.

Terasa seperti hampir separuh badannya 'terbuka', mata Ainul melilau mencari sesuatu. Bathrobes yang 'tergantung' kemas di pintu bilik mandi di sebelah kanan 'dihampiri' dan 'dicapai'. Lalu 'dibalutkan' di tubuhnya.

Pintu bilik menjadi 'fokusnya' yang terakhir. Dibukanya dan terus kakinya melangkah menuju ke arah tangga.

Villa yang berkeadaan 'suram' tanpa cerahnya sinaran lampu tidak 'dihiraukan' Ainul. Yang 'dihiraukannya' adalah 'kering kontang' tengkuknya.

Dapur ditujunya. Suis lampu dapur yang terletak disebelah kanan dinding sebelum kaki 'menemui' ruangan dapur ditekan. Dan terus terang benderang ruangan itu.

"Allahuakbar."

Terangnya sehingga membuatkan Ainul terkejut. Mana tak terkejut satu sosok tubuh seorang lelaki mula 'mencuci' matanya.

Tangan auto naik menutupi kepala yang tidak 'bertutup'. Kebiasaannya selalu sahaja bahagian itu 'diselimuti', namun malam ni tak. Dirinya menyangkakan semua telah 'menutup mata' tidur. Tambah pula ibu Syahirah dengan umi Anisah memang sudah menyediakan minuman di dalam bilik masing-masing.

Sebaik sahaja lampu menerangi seiring dengan suara terkejut Ainul, 'lembaga nyata' itu berpaling kebelakang dan menatap Ainul.

Haris Hazriq.

Makin terkejut si Ainul. Rambutnya yang tidak 'berbungkus' mahupun 'bertoncang' diusahakan untuk 'ditutupnya'

"Kau dah kenapa?"

'Lembaga nyata' itu bersuara.

"Kau tu dah kenapa? Dalam gelap," tanya Ainul inginkan kepastian.

"Minum air. Gelap apanya. Ni apa ni," jawab Haris sambil menunjukkan beberapa kali telefon yang dipegangnya yang 'dimunculkan' sekali dengan package flash.

Ainul senyap lama. Dirinya mula rasa 'terganggu'. Ya memang Haris tu halal baginya tapi entah kenapa malu tu datang 'menyerbu' diri. Muka dah memang dari tadi 'tersembam' ke lantai.

Bathrobes yang betul betul berada di paras betis 'digagalkan' untuk 'diangkat' menutupi kepalanya. Kalau diangkat mahu terbongkar rahsia dia memakai gaun tidur paras lutut.

"Nak minum air, datang sini la. Aku dah tuang dah untuk kau ni."

Haris 'menghulurkan' kata kata. Mata memang dah tak 'dilarikan' dan 'kekal' dalam keadaan menjadi 'kamera' tak berbayar Ainul. Rambut yang panjang paras pinggang. Berbathrobes pink sedikit sebanyak telah 'mencuit' minat Haris. Bibir 'dibiarkan' menerima sedikit 'gangguan' sehingga satu senyuman 'terbentuk' di situ.

'Cantik.'

'Khusyuk' Ainul memandang lantai sehinggakan dirinya tidak sedar Haris telah menyediakan segelas air untuknya. Perlahan lahan dia berjalan mendekati gelas yang sudah 'ber-isikan' air yang berada 'disekitar' Haris. Diambilnya gelas itu tanpa sedikit 'panahan' anak mata terhadap sepasang mata yang telah 'tertarik' dengannya.

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now