BAB 16

1.1K 34 7
                                    

Dari bilik solat di tingkat satu, kaki ibu Syahirah melangkah laju keluar dan menuju ke tingkat dua. Bilik Ainul menjadi 'tumpuan' utamanya.

Tukk! Tukk!

"Nul. Oo Nul. Tak bangun lagi ke?."

Ibu Syahirah menjerit perlahan setelah pintu bilik Ainul diketuknya. 'Disatukan' telinganya dengan pintu kayu bilik itu.

Senyap. Tiada sebarang bunyi yang dihasilkan oleh Ainul.

Tanpa banyak bicara, tangan tua itu 'disengajakan' naik memulas tombol pintu bilik. Dan lega terasa apabila pintu itu tidak berkunci.

Dibukanya pintu itu dan matanya terus 'menyantap' satu tubuh kecil yang 'membuncit' masih nyenyak tidur diatas katil. Dihampiri laju si Ainul.

"Nul, bangun Nul. Solat subuh sama sama."

Pipi Ainul ditampar lembut oleh ibu Syahirah.

"Urmmmmmmm"

Tamparan si ibu mengusik tidur si anak. Namun mata masih tidak terbuka luas. Menyebabkan ibu Syahirah terpaksa mengusiknya lagi.

"Nul."

'Digeraknya' lagi si Ainul dan dipanggilnya lagi nama panggilan anaknya.

"Urmmmmmm"

"Bangun solat subuh berjemaah sayang," pujuk si ibu lembut supaya anaknya bangun dengan hati yang tenang.

"Tak larat la bu," dibalasnya tak larat.

"Tak larat apanya Nul. Kamu tu solat sambil duduk bukan berdiri. Ingat kamu tu mengandung, apa yang kamu buat sekarang tak mustahil anak kamu pun akan buat tau," ugutan kebenaran dibagi ibu Syahirah.

Terus tegak tubuh si Ainul. Diraupnya muka berulang kali. Bimbang terus mendengar kata kata ibunya itu.

"Kejap la Nul nak basuh muka ambik wudhuk jap. Tunggu bu."

Terus laju Ainul bangun dari tidur dan terus menghilangkan diri dari pandangan mata ibunya. Bilik air di dalam biliknya menjadi tempat 'persembunyian' daripada ibunya yang sedang menunggunya 'selesai'.

*****

Mata bertemu mata. Ainul mula merasakan debaran. Begitu juga Haris. Ibunya ditatap lama. Tiada sebarang 'perkhabaran' dari mulut wanita itu tentang 'kewujudan' lelaki yang mula 'meresahkannya'.

"Hai."

Walaupun berdebar terokss bibir masih lagi kuat untuk melafazkan 'hai'. Senyum terukir. Diri diberanikan untuk lebih lama menatap suami sendiri yang telah 'kukuh' berdiri dalam posisi 'ketua' solat. Ainul Ainul.

"Hai."

Haris membalas 'hai' si Ainul. Mukanya sedikit kemerahan. Malu mungkin. Aduhhh perangai pelik si isteri cukup untuk 'melemahkannya'. Bentuk bibirnya terjejas dek kerana dia 'membiarkan' senyuman 'terbentuk' di situ.

Yang lain turut 'terjejas' di bahagian bibir dek kerana geli hati dengan gelagat sepasang sepupu yang telah diijabkabulkan tanpa pengetahua tn si perempuan. Bahagia turut terasa apabila

"Ibu kenapa tak cakap dia ada sekali?," bisik Ainul sebaik sahaja dia berdiri disebelah ibunya.

"Perlu ke ibu bagitahu? Patutnya kamu yang tanya ibu, dia ada ke tak? Bukan kamu suka ke dia muncul depan kamu?."

Bisikan Ainul terbalas. Namun tidak seperti yang 'diduganya'.

"Syhhhhh! Malu 7 keturunan Ainul nanti buuuu."

Tahu pun malu. Elehhh. Mulut je tak tunjuk yang dia 'nak kan' Haris, tapi 'kelakuan' tu tak boleh nak tipu. Nak tapi 'sombong'.

"Boleh tak nak solat tu?," tutur Haris lembut sambil mata memandang si isteri yang 'berbeza' saiz daripada yang lain.

"Ala boleh je. Lagi boleh bila kau yang imamkan aku," ujar Ainul selamba badaknya. Mukanya dibiarkan 'beriak' tanpa menghiraukan persekitarannya.

Haris tersenyum. Lainnya perangai si perempuan yang mengandungkan zuriatnya sedikit sebanyak telah membuatkan dia semakin yakin wanita itu 'boleh' menerimanya.

*****

"Assalamu alaikum wa rahmatullah."

'Tanda tanda' solat sudah selesai mula muncul. Sisi kanan diutamakan untuk 'menolehkan' muka diikuti sisi kiri. Style 'meraup' muka orang meninggal dunia ditiru.

Bibir 'dibasahi' dengan wirid dan zikir. Seterusnya 'dipanjangkan' dengan doa.

"Aamiin."

Seisi keluarga 'mengaamiinkan' doa. Sesi salam menyalam terjadi.

Abi Hamid dan abah Azman disalami Haris. Manakala umi Anisah dan ibu Syahirah disalami Ainul.

Dalam ralit Ainul menundukkan kepalanya untuk menyalami tangan ibunya, ada satu tangan lagi yang menunggunya. Kepalanya diangkat. Sisi mata menangkap satu tangan sedang 'diarahkan' kepadanya.

Si penghulur tangan 'dicarinya'. Matanya menangkap satu muka lelaki yang berkening kemas. Berhidung 'tinggi'. Dan berkopiah hitam.

Haris Hazriq. Ya memang lelaki tu yang menginginkan tangannya sendiri disalami si Ainul.

Terus disambar bak petir tangan Haris. Lalu dicium bak ombak yang beralun. Diciumnya berkali kali sehinggakan Haris menatap penuh 'khusyuk' kepala Ainul.

Demi 'membalas' perlakuan Ainul, Haris menarik tangannya secara paksa lalu dipegangnya kiri kanan kepala Ainul supaya matanya boleh 'bersua' dengan anak mata Ainul.

Cupp!

Satu ciuman hangat hinggap di 'jendela'. Umur kian tua. Nak bersweet sweet pula.

Hangatan di dahi disentuh lama oleh Ainul. Tipu la kalau dia tak terkejut. Tu la lain kali jangan diusik 'buaya yang tenang', kan tak pasal pasal 'berombak' pula hati kita.

"Dah dah la. Ingat sikit nak manja manja bukan dekat sini."

Abi Hamid menegur membuatkan Haris tersenyum puas. Namun tak bagi Ainul, mukanya telah merah padam.

"Malam nanti kan ada. Nanti peluk la puas puas anak abah."

Deggg!

Abah Azman menjadi 'topik hangat' sepasang mata milik Ainul. Dari mata terus ke otak.

'Apa abah ni? Malu la Nul bah oiii.'

"Ha'a Ris. Dah jadi isteri kamu dah. Lantak la kamu nak layan dia macam mana pun," tambah ibu Syahirah menyokong seratus peratus pernyataan abah Azman.

'Ibu niiiii,' getus hati Ainul geram. Ibunya menjadi 'sasaran' matanya.

Haris tersenyum makin galak. Tambah tambah lagi matanya dapat melihat muka Ainul dah macam nak 'terkam' orang je.

"Haishhh. Kamu ni, jangan la macam tu. Malu dah anak kamu tu. Dah dah. Nak dekat pukul 7 dah ni. Boleh la prepare makanan dulu. Nanti makan sama sama lepas tu."

Umi Anisah 'menyampuk'. Tidak mahu Ainul terus 'dimerahkan' muka. Sayang bebenor menantu sorangnya itu.


__________❤️___________
Hyee assalamualaikum..sorry late uiiiii🤣🤣🤣..nah bab 16..typo typo tu maafkan yerr..kalau tak best sorry tauu🌹..nanti pa per rojer2 uiii🤣🤣🤣🤣🤣..nanti jumpa pula yerrrr..tq awkkkk sudi baca😉..lagi sekali jangan lupa komen sep muuuuu weiiii..rindu nk bual weiiiiii🤣🤣

(19 july 2021, 09:40❤️🌹)

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now