Lapangan terbang ditatap penuh rindu oleh Ainul. Walaupun cuma 7 bulan berada di dunia luar, rasanya seperti bertahun-tahun. Sungguh dia rindu akan tanah airnya. Rindu dengan ibu dan abahnya. Rindu dengan Umi Anisah dan Abi Hamid. Rindu dengan sepupu perempuannya Hanis Hanifah.
Sepupu laki kau tak rindu ke Nul? Author tanya🤣🤣
Haris? Haris Hazriq?
Ye la kau bukannya ada sepupu lelaki yang lain selain Haris Hazriq.
'Ya Allah macam mana aku nak berdepan dengan mamat tu? Agak-agak boleh ke aku hadap dia lepas ni kat rumah?,' monolog Ainul sendirian di dalam dirinya memikirkan pertemuan yang bakal terjadi antaranya dengan Haris Hazriq.
"Ha Nul jerit lah kita dah sampai dah ni."
Sergah si Nadia mengejutkan Ainul daripada berfikir panjang.
"Kau ingat aku gila ke Nad."
"Yalah tadi dalam flight bukan main lagi kau. Sampai nanti aku nak jerit kuat kuat. Huh hampeh semuanya."
Nadia sedikit menyindir. Terdengar sindiran tersebut Ainul menepuk bahu si Nadia perlahan.
Nadia dikerling tajam. Kurang asam punya kawan. Kita punya la cakap besar jer dia ingat serius ke. Dasar.
"Tak masalah sekarang ni kita nak balik naik apa ni Nad?"
Kerisauan mulai hadir apabila mereka masih lagi berada di lapangan terbang tanpa pengangkutan.
"Alah kau tengok kaki lah. Aku awal-awal lagi aku dah install Grab la."
Lagak Nadia mulai menampakkan diri. Jari dengan mulut ditunding dan dimuncungkan ke arah kakinya.
"Eleh berlagak kau ye. kau ingat aku tak tahu kau bab-bab macam tu kau memang laju. Lazada pun kau laju shopee pon kau laju. Bukan setakat tu je makan pun kau laju Nad."
Balas Ainul nyata tanpa sebarang penipuan. Terus dia mendapat jelingan maut daripada Nadia.
"Rileks lah sister." Belakang tubuh Nadia diusap lembut berkali-kali. Senyum penuh makna terukir di bibir Nadia.
"Kau apahal sengih-sengih macam ni." Tegur Ainul pelik dengan sengihan si Nadia.
"Tu. Tu Grab kita dah sampai dah." Tunding Nadia ke arah sebuah kereta Honda City. Dengan laju Ainul juga memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Nadia.
"Kau gila ke Nad? . Express gila kut."
Ainul terkejut dengan ke Expressan yang dibuat oleh Nadia. Nadia mulai meninggikan hidungnya. Sengihan berlagak dihadiahkan.
Ainul menggeleng kepala melihat sahabatnya itu yang tak pernah berubah. Selalunya ada benda yang boleh mengejutkan orang sekeliling dia. Selalu je ada modal untuk buatkan orang ketawa.
***
"Assalamualaikum."
Salam diberi dengan suara yang kuat. Loceng villa diabaikan walaupun kewujudannya ada.
Senyap.
"ASSALAMUALAIKUM!"
Kali ini salam kedengaran seperti mencapai had maksimum volume.
Setelah 45 minit berada di dalam pacuan empat roda, kaki Ainul dan Nadia mulai memijak tanah lapang yang berada di depan villa milik keluarga Ainul.
Yang bermain di minda sekarang ni adalah gambaran katil. Mana tak nya dah lebih 14 jam mereka tidak dapat berehat dengan tenang.
Hampir 3 minit mereka berdiri di depan pintu dan akhirnya seseorang mulai membuka pintu dari dalam. Dan terkeluar wajah Ibu Syahirah.
Lidah kelu tidak dapat mengeluarkan kata-kata. Itulah yang dirasakan oleh ibu Syahirah apabila melihat wajah anak perempuannya yang satu di depan matanya.
YOU ARE READING
ZURIATMU ANAKKU✅
Romansa'Daripada dia jijik dengan orang lain, lebih baik dia jijik dengan sepupu dia sendiri. Daripada dia benci diri dia, lebih baik dia benci sepupu dia...,' - Haris Hazriq *** 'Maafkan aku. Tapi aku memang ikhlas. Aku ikhlas cintakan kau, Ainul Astriq.'...