~2bulan kemudian~
Singki dicari. Laju kaki melangkah kearah singki. Yang diperlukan Ainul sekarang ialah singki. Ya memang itulah keperluannya sekarang.
Uwerrkk!
Kali ini sudah keberapa kali perutnya memuntahkan isi makanan yang dimakannya pagi tadi. Nak kata perut tidak menerima, bukan makanan pelik yang dimakannya. Hanya nasi goreng kut.
"Kau ni dah kenapa, Nul?"
Ainul dihampiri Nadia. Belakang tubuh kawannya itu diusap lembut. Rambut panjang milik Ainul disisipkan keatas telinga. Bimbang menghuni diri melihatkan keadaan rakan karibnya.
Ainul menggeleng. Tanda tak tahu.
Uwerrkk!
Sekali lagi terjadi. Tangan menadah pancuran air yang keluar dari pili paip lalu mulut dibersihkan. Setelah yakin tiada lagi isi perut yang bakal dibuangnya, Ainul berlalu ke ruang tamu diiringi oleh Nadia.
"Kau preggy mum ke, Nul?"
Soalan maut dari Nadia keluar. Bukan dia tak tahu kisah sebenarnya yang terjadi dimalam reunion 2 bulan lepas. Dia sahabat Ainul, orang kepercayaan si Ainul pulak tu. Of course la dia tahu.
Bahu terjungkit jungkit tak tahu. Dirinya pun tak dapat agak. Mana dia pernah rasa perbawakan budak macam mana. Kalau ya pun ni first time dia.
"Last period bila?"
Soal Nadia membuatkan mata Ainul terbuntang luas. Otak telah berhenti pada satu perkataan.
"Sah."
Lain yang ditunggu, pelik yang dijawab. Nadia memandang pelik si Ainul. Pipi Ainul diraih lalu ditenung lama. Kening terangkat tanda menanya, 'Kenapa?'.
"Memang sah aku preggy mum. Last period aku 2 bulan lepas."
*****
"Miss Ainul, u can enter here," ujar seorang jururawat di Addenbrooke's Hospital. Untung pengajiannya mempunyai klinik sendiri.
Nadia tidak berkutik dari tempat duduknya. Ainul berpaling pelik Nadia apabila dirasakan kelibat Nadia tidak mengikutinya.
"Kau masuk sorang la. Aku nervous," balas Nadia lalu tersenyum. Ainul mengangguk mengiyakan. Yang paling nervous sekarang ialah Ainul. Samada tepat atau salah tekaannya adalah 50/50.
Tukk! Tukk! Tukk!
Pintu bilik yang perlu dia enter diketuk. Nak memberi salam takutnya bukan beragama Islam si Dr yang bakal merawatnya itu. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik seorang Dr.
Sungguh kekok terasa apabila hati menginginkan Dr yang menutup 'aurat'. Namun yang muncul didepannya ialah Dr yang berbadan segak dan berambut kemas.
"Sit."
Dr. itu memberikan arahan dengan suara serak-serak. Tubuh masih membelakangi patient nya.
'Laki pun lakilah.'
Huh!
Mulut mengeluh perlahan takut didengar oleh gegendang telinga pemilik badan yang dikeluhkan. Kerusi bersebelahan meja Dr diduduki. Kerana hanya kerusi itu yang disediakan di situ.
"Sigh at me? Do you?."
Awal awal lagi dah ketahuan. Sosok Dr itu mula mengadap Ainul. Mask dimulut dipakai kemas. Bukan setakat itu, alis matanya turut kemas. Otak Ainul terhenti seketika.
"No!"
Ainul menjerit sakan terkejutnya. Pandangan Dr itu mula terangkat untuk melihatnya. Mata dilarikan memerhati ke tempat lain. Mata tertumpu pada tag. Dr.Hazr. Nama itulah yang tertulis di tag nama Dr dihadapannya.
YOU ARE READING
ZURIATMU ANAKKU✅
Romantiek'Daripada dia jijik dengan orang lain, lebih baik dia jijik dengan sepupu dia sendiri. Daripada dia benci diri dia, lebih baik dia benci sepupu dia...,' - Haris Hazriq *** 'Maafkan aku. Tapi aku memang ikhlas. Aku ikhlas cintakan kau, Ainul Astriq.'...