~BAB 13

1K 31 10
                                    

Diri direbahkan sebaik sahaja dirinya berdiri bersebelahan dengan katil bilik tidurnya. Matanya sekali lagi dibiarkan untuk menjadi 'gelap'. Sungguh dia penat dengan 'drama' yang terjadi dalam episod kisahnya.

Sungguh perih hatinya memikirkan 'rahsia' yang telah lama keluarganya menyembunyikan darinya. Selama ni dia fikir anak dalam kandungannya adalah anak yang tidak diiktiraf.

Namun hakikat nya adalah sebaliknya. Anak yang dikandungnya adalah anak yang paling paling paling diiktiraf dan paling 'halal'.

Mata yang terpejam erat dibiarkan dalam keadaan begitu. Tangannya perlahan-lahan naik mengelus perutnya sendiri.

"Maafkan mummy sayang. Kamu tak pernah sama dengan apa yang mummy fikir. Mummy silap. Maaf."

Hiba Ainul berbicara dengan anak dalam kandungannya. Air mata yang tadinya sudah kering kini kembali 'basah'. Dirinya semakin lemah. Kenapa semuanya harus dirahsiakan? Benda boleh cakap kenapa nak 'dibungkus' menjadi sebagai rahsia?

Dukk!

Satu tendangan terasa di perutnya. Tak lain tak bukan siapa lagi anak dalam kandungannya sudah mula beraksi.

"Awak lapar ehh? Maaf tau mummy tak sempat nak makan tadi. Bagi mummy masa kejap eh, mummy nak tidur. Nanti kita turun bawah kita makan ehh," lembut Ainul berkata kata sambil tangannya masih lagi mengelus lembut perutnya sendiri.

Dukk!

Sekali lagi Ainul menerima tendangan dari dalam.

"Garangnya awak ni."

Dalam tak sedar bibir Ainul mengukir satu senyuman kecil. Entah kenapa hatinya 'tercuit' akibat dari reaksi anaknya sehingga dia melafazkan ayat diatas.

***

"Bang saya nak abang call si Haris tu sekarang. Kita dah bincang kan nak cakap benda tu, nak buka rahsia tu bila kan? Kenapa dia buat macam ni bang?"

Umi Anisah sudah didatangi kemarahan. Suaminya, abi Hamid disuruhnya untuk menelefon si Haris.

"Ala Ainul kan isteri dia yang sah," ucap abi Hamid perlahan tapi telinga umi Anisah masih sempat menangkap setiap patah bicaranya.

"Saya tahulah dia orang tu sah. Halal pulak tu. Tapi dia tak fikir ke Ainul tu tengah sarat mengandung. Dengan kelakuan dia dengan perbuatan dia terganggu dah emosi si Ainul tu. Malu muka saya bang dengan Irah. Malu bang anak kita buat macam ni bang," balas umi Anisah dengan rasa malu yang mulai menebal dalam dirinya. Matanya memandang wajah ibu Syahirah.

"Ishh apa kamu ni Nisah. Nak malu apanya Kita kan dah berbesan. Lagipun kita tak jauh pun. Masih lagi dalam contact keluarga. Ainul tu nanti saya naik pujuk dia kasi helok," kata ibu Syahirah ingin 'menyedapkan' keadaan yang sudah tidak berapa nak 'helok'. Tudung saji diatas meja makan diangkat dengan penuh berhati-hati.

'Tak makan lagi,' getus hati ibu Syahirah sudah risau.

"Tak bolehlah Irah. Malulah si Haris buat macam ni. Nasi goreng yang kita buat dia tak makan pun. Tak sempat makan kot sebab Haris datang. Kosong la perut dia sekarang ni. Biar saya call Haris kejap. Tak boleh nak sabar dah saya pun."

Seusai menghabiskan kata-katanya, umi Anisah mencapai telefon yang berada di atas meja makan dan nombor Haris dicari dan dicallnya. Yang lain hanya mampu menjadi CCTV tanpa bayaran.

Tutt!

Panggilannya bersambung.

Umi Anisah :
Hello Ris

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now