BAB 02

1.7K 41 1
                                    

Kaunter 'segala hal' dirapati tanpa perasaan dengan berbaju kolar berjenama Polo berwarna hitam disertakan seluar Jean berwarna hitam. Itu sudah cukup membuatkan Haris menjadi pencuri perhatian para gadis yang ada di resort. Ni yang dia taknak sangat keluar sorang diri.

Kalau bukan sebab Ainul pagi tadi, tak menjejak kakinya kesana lebih awal. Walaupun dengan hati yang berat, disanggupkan dirinya untuk menjadi orang ketiga menempah bilik di resort. Moments Ainul meminta pertolongannya diimbas kembali.

"Haris."

Dipanggil Ainul nama keramat lelaki yang tidak sanggup dia berdepan. Panggilnya dengan anak mata yang dibiarkan melilau kesana kesini tanpa menatap Haris.

'Panggil aku. Mata letak lain. Minah ni sengal betul la. Kalau ye pun keperempuanannya tergugat dengan aku, tak payah la nak tunjuk sangat. Ni jelas terpampang kut,' keluh hati Haris sambil angkat bakul sendiri.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Dengan debaran di dada, Ainul dihampiri. Tipulah kalau dia tak mengiyakan yang naluri kelelakiaannya telah tergugat dengan sepupunya sendiri si Ainul.

Tap! Tap!! Tap!!! ...

Dup! Dap! Dup! ...

Derapan kaki Haris makin lama makin menguat volume nya. Seiring derasnya derapan kaki Haris seiring itulah jantungnya deras berdegup. Lama kelamaan derapan kaki mula berhenti bersuara.

Haris berhenti 5 langkah sebelum jaraknya menjadi 1 inci dengan Ainul. Matanya mula bertembung dengan anak mata Ainul apabila Ainul mengarahkan pandangannya kearah Haris.

"Apa?."

Haris menyoal dengan suara kaku. Alah buat buat je kaku sebenarnya dah tergugat. Gulp! Liur ditelan. Sungguh dia dah tak mampu. Sungguh dia ingin menghalalkan sepupunya itu demi menghindari perbuatan yang tidak dapat dianggapnya selepas ini.

"Haris, boleh tolong Ainul tempah bilik dekat resort. Sebenarnya tu kerja Nadia, tapi dia ada hal urgent sangat katanya. Jadi dia pass tugas check in untuk esok dekat Ainul. Haris tahu kan Ibu Syahirah mana bagi Ainul keluar sorang sorang. Jadi alang alang kena keluar dengan Haris, lebih baik Haris je yang tolong check in kan untuk malam esok," bijak Ainul menyusun ayat. Sungguh gramatis. Dan sungguh telah mencerna pemikiran Haris 100% bahawasanya Ainul ingin melarikan diri daripada keluar berdua dengannya.

"Cakap je la yang kau tak nak berdua dengan aku," tutur Haris perlahan.

"Apa dia?," soal Ainul mengejut dengan pandangan ingin tahunya terarah kepada Haris.

Haris tersengih. 'La dengar ke? Telinga apa la budak ni,' getus hati kecil Haris dengan perasaan ingin ketawa yang dikuburkan.

"Nak aku tolong tak?," Haris menyoal laju ingin mengelak dari ketahuan. Ukiran kemas keningnya mulai terusik ekoran jongketan kening terjadi.

Dengan laju Ainul mengangguk laju sebelum pandangannya disambar oleh Haris. Tangan mengeluarkan beberapa keping duit bernotkan 100 bersama sekeping credit card lalu dihulur mendekati Haris dengan pandangan yang meliar ke bahagian kiri.

Huluran disambut. Tanpa mengucapkan terima kasih sosok Ainul mula menderapkan kakinya laju meninggalkan Haris yang terkebil kebil.

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now