BAB 15

1.2K 34 10
                                    

Ruang dapur 'dituruni' Ainul. Laju kakinya melangkah mendekati ruang itu. Dari jauh sudah kedengaran suara ibunya dengan umi Anisah.

"Pagi bu. Pagi mi."

Tanpa salam dia wishkan selamat pagi. 2 wanita dihadapannya dihampiri. Entah kenapa happy je dirinya sekarang.

"Pagi anak ibu.". "Pagi Nul."

Serentak ucapan selamat paginya dibalas.

"Nak masak apa?,"tegur Ainul ketika melihat tangan wanita dihadapannya ligat 'menceraikan' kepala ikan bilis dari badannya.

"Nak buat nasi lemak."

"Serius la ibu?."

Umi Anisah yang menjawab. Tapi yang mendapat tanda tanya serius ke tak adalah orang lain. Ibu Syahirah mengangguk tanda 'YA'.

Baru 2 hari tak jumpa mamat tu, dah tak ingat. Ehh tutt tutt harini jumpa pulak makanan favourite mamat tu. Terus ingat. Gila tak ingat. Last dia jumpa...

"Ambik la makan satu. Kau satu, aku satu. Aku memang sengaja nak 2 set. Sebab boleh kau makan sekali."

Arahan dikeluarkan. Haris masih membatu di atas kerusi 2 meter jauh dari Ainul.

"Haris. Sini la wei."

Diajaknya Haris mendekat sehingga jarak 2 meter berkurang semeter. Namun Haris masih tidak berganjak.

"Kau ok ke dengan aku?"

Ainul dipandang dengan pandangan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Kau nak makan ke tak ni? Kalau taknak, aku pun taknak la."

Uishhh main ugut ugut pulak dia. Haris diugut. Soalan yang disua dibiarkan tanpa 'tergantung' tanpa jawapan.

Tanpa sepatah kata, Haris menarik kerusi yang didudukinya mendekati katil. Perlahan lahan tangannya mencapai 1 set nasi ayam yang dibelinya 'sesuai' pintaan Ainul.

"Camtu la. Kan kalau aku tak makan, lapar nanti zuriat kau ni."

Lagi dia mengugut lelaki di depannya. Tanpa muka bersalah dia menatap Haris.

'Aku cuba nak lupa kau, tapi aku tak boleh. Aku dah lama suka kau. Aku sayang kau la, Haris Hazriq.'

Dan semua tu hanya Ainul yang dengar.

Haaaa!

"Arrrrgggggghhhhhh!"

Sedang ralit terbuai dalam dunia sebelumnya, Ainul terjerit kecil kerana sergahan dari belakang. Terus dia menoleh ke belakang, dan dari situ dia melihat ibunya sedang memandangnya pelik.

"Jauh termenung anak ibu?"

Sengihan kecil diberi. Uwarrgggghhh malu oiiii. Muka memerah sedikit.

"Teringatkan sape? Teringatkan Ris ke?," soal si ibu lagi. Ainul dihampiri lebih dekat.

"Bu, dia datang ke?."

Lain yang ditunggu lain yang dapat. Ditunggunya 'si jawapan' namun yang mendapat 'si soalan'.

"Kalau tak datang, takdenya mak lemak lemak. Mak lemak lemak. Elehh rindu sangat, ego je lebih budak ni."

Ibu Syahirah tersenyum dengan gelagat anaknya.

"Nul tak boleh la bu. Sejak Nul tahu yang baby dalam perut ni halal, Nul memang nak marah dia tapi rasa marah tu terhalang sebab... Mungkin sebab baby ni kut, bu."

Nak ucap 'masih sayang' pun tak boleh ke. Nak 'berputar belit' pula si Ainul ni. Sambil 'memutar belitkan' ayatnya, tangannya mengusap lembut perutnya.

"Tak payah tipu ibu. Ibu bukan tak kenal kamu ni macam mana. Bukan sebab baby je kamu tak marah dia. Ada lagi sebab lain kenapa marah kamu terhalang. Ibu taknak la cakap. Nanti kan merah padam pula muka kamu."

"Ishhhh. Apa ibu ni? Diam diam sudah la bu. Malu 7 keturunan la jawabnya Ainul nanti," malu Ainul berkata kata. Ibunya dipandang penuh makna, bimbang 'rahsia' mereka hari ini terbongkar.

Ibu Syahirah ketawa terbahak-bahak. Mana ada seorang ibu tak kenal anak anak dia macam mana. Bab bab mengenal anak ibu la juaranya.

*****

Tepat jam 12 tengahari, semua hidangan makanan yang terbuat dari pukul 9 hingga 10 pagi telah tersusun kemas diatas meja makan. Seiring makanan sudah terhidang, ahli keluarga juga telah 'merapikan' diri ditempat duduk masing-masing.

Ainul dan Haris duduk secara berhadapan. Dari awal lagi pinggan di depan mata yang sudah 'ber-isikan' nasi lemak ditatap Ainul penuh 'minat'. Mana tak minat, dekat depan ada 'makhluk' yang gagal dimarahinya.

Lain bagi Haris ditunggunya Ainul mengangkat mukanya supaya matanya boleh melepaskan 'rindu' yang tak boleh diungkapkannya.

"Aiii kamu berdua tu, taknak makan ke apa?," tegur abah Azman mengejutkan kedua dua 'pungguk' yang saling rindu merindu'.

"Entah kamu ni Ris, favourite kamu ni? Takkan tak nak sentuh?"

"Hahh? Apa dia bah? Taknak makan? Bila masa pula bah. Nul makan la ni," balas si Ainul sedikit gementar. Gementar tanpa 'kesalahan'.

"Aishhh mana ada bi. Ris nak makan la ni," ucap Haris juga gementar. Mata mula menukar peranan dari 'menonton si isteri' kepada 'menonton nasi lemak' yang kekurangan sambal bilis. Kus semangat nak makan bila sambal bilis sikit.

Dipandangnya mangkuk sambal bilis yang berada betul betul dihadapan Ainul. Jauh darinya pulak tu.

'Aduhhhh! Macam mana aku nak ambik ni?,' kesal dalam diri mula menerpa Haris.

"Sini la pinggan tu," arah Ainul tanpa banyak soal. Bukan dia tak kenal sepupu lelakinya tu. Hantu nasi lemak ni susah sangat nak jumpa yang makan sambal bilis sedikit.

"Hahh?"

Haris terkejut. Namun dalam kejutnya, tangan masih boleh melakukan peranan baharu. Dihulur pinggan nasinya kepada Ainul supaya sambal bilisnya dapat 'ditambah tambah'.

Pinggan bertukar tangan dari tangan Haris ke tangan Ainul. Terus dicedoknya sambal bilis sesenduk kepada Haris lalu dihulurnya kembali.

"Thank you."

"Tu je?," tanya Ainul tanpa segan silu. Eleh nak sangat si Haris tu. Ego je menggunung.

"Hahh?"

Haris sekali lagi 'hahh?'. Sungguh dia pening dengan tingkah laku Ainul. Pelik semacam jer dia rasakan.

"Takde apa apa la. Dah makan makan."

Haris terkedu. Macam macam la Ainul ni. Satu persatu ahli keluarganya dipandang bagi 'memastikan' drama yang terjadi diantaranya dengan Ainul bukan 'mimpi'.

Senyuman yang terukir dibibir ahli keluarganya masing masing cukup untuk 'mengukuhkan' semua itu bukan 'mimpi' tengaharinya.

'Weird.'
Haris memandang Ainul yang sedang menikmati nasi lemaknya dengan penuh tanda tanya sebelum dirinya dibawa untuk melicinkan pinggan nasinya.



___________❤️____________
Sep muuuu selamat membaca..sorry lambat..nih hadiah 2 bab terus saya up🤭..sorry lagi sekali tauuu❤️🌹

(17 jUlY 2020, 22:07❤️)

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now