BAB 22

1.4K 30 5
                                    

40 hari berlalu pergi begitu cepat. Terasa seperti semalam baru Ainul melahirkan little juniornya si Hania Asyiqah. Dan Haris juga dah seminggu bertungkus lumus menyelesaikan 'tanggungjawabnya' di klinik. Masanya juga telah berpecah-belah. Kadang hanya bersisa kan waktu malam sahaja untuk dia meluangkan masa bersama Ainul dengan anaknya.

Keheningan di pagi hari tanpa kelibat si suami dan yang lain, membuatkan Ainul membawa diri ke tingkat bawah bersama 'malaikat kecilnya'. Pagi pagi lagi dia diberitahu oleh orang tuanya bahawa mereka semua akan bertandang ke rumah kawan lama mereka. Dan adik iparnya juga keluar untuk bertemu mata dengan kawan kawannya masa sekolah menengah dulu.

Ruang tamu 'ditujui' mereka. Sofa 'bermuatan' ramai dipilih Ainul. Duduknya penuh berhati-hati. Hania yang berada dalam dukungan Ainul mula 'menggeliat' kecil. Matanya memandang ke arah Ainul. 'Berkedip' beberapa kali alis mata kecil itu.

"Kenapa nii Hania sayang?."

Tegur seorang ibu. Jari jemari di bahagian tangan kanan naik mengelus pipi gebu si anak. Kening diangkat berkali kali. Mimik ingin tersenyum timbul di wajah kecil si anak.

"Eeee awak nak belajar senyum senyum yeee... Yeee... Yeee..."

Suara manja datang. Jari jemari masih dengan perbuatan tadi. Kali ni pipi kiri kanan dicuit berkali kali. Mimik cute datang lagi menghiasi wajah kecil Hania yang membuatkan bahagia makin dirasai Ainul.

"Alaaaa awakkk nieeee cenyum laaa betul betul."

Gusi kemerahan mula terlihat. Senyum yang sebenar mula memunculkan diri. Ainul ketawa perlahan. Geram jee nak cubit-cubit pipi yang turut terusik dek kerana senyuman yang pertama kali terukir di wajah kecil anaknya. Tapi tu laa geram je nak buat tapi tak boleh buat kan menangis tak berlagu anak dia nanti. Dia juga yang susah.

"Alololo awak dah pandai senyum. Yeaaaa. Sebelum ni pandai tidur je kerja awak. Sekarang dah belajar benda baru. Biasa mata awak tu asyik nak tertutup jee kerja," bebel manja Ainul dengan mata menikam anak mata milik anaknya.

Mulut kecil milik Hania mula mengeluarkan angin. Menguap sudah dia. Baru je sebut dah muncul dah. Ainul menggeleng kepala sambil bibir mengukir senyuman.

"Awak nii, I baru je cakap dah nak tidur dah. Takpe lah sekurang-kurangnya awak dah belajar benda baru dah hari ni. Rewards untuk I tu. Rewards untuk awak pula macam biasa laa kan?," ujar Ainul berserta dengan soalan. Kening diangkat lagi membuatkan gusi kemerahan milik Hania kelihatan untuk kali ke 2.

Hania diberikan susu badan. Mata yang tadinya membulat makin lama makin tertutup. Mengantuk menguasai diri si kecil itu.

Tubuh kecil milik Hania mula beralih tempat setelah merasa tiada lagi tanda tanda susu badan 'mengalir keluar'. Awalnya berada di atas riba Ainul, kini dialihkan ke ruang sofa yang luas. Diri si ibu turut merasa ingin melelapkan mata. Direbahkan juga diri di sisi si anak. Ditatap raut wajah anaknya sehingga pandangan matanya menjadi 'gelap'.

*****

Tepat jam 1 petang, Haris sudah terpacak di depan pintu villa. Sengaja dia mahu pulang awal, terasa dah lama sangat tak luang masa dengan anak bininya. Kerja di klinik pun dah tak banyak dan dah ada orang yang boleh tolong coverkan.

Pintu dibukanya. Kaki dilangkah kan masuk. Mata meliar mencari kelibat orang. Tiada satu bayang pun yang kelihatan. Ditutupnya pintu kembali. Tangan ditujunya untuk ke tingkat 2. Namun terhenti ketika hatinya terdetik untuk ke ruang tamu.

Dibawa dirinya ke arah yang diinginkan oleh hatinya. Dan di situ sepasang tubuh yang sedang lena diulit mimpi ditangkap oleh anak matanya. Jarak antaranya dengan sofa yang menampung berat badan isterinya semakin dekat. Dan anak matanya terus bertaut dengan anak mata milik zuriat halalnya.

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now