BAB 03

1.7K 36 1
                                    

Pasir pantai dijadikan tempat pemuas kaki milik Haris. Dari awal sesi berbual rancak oleh Ainul, dia telah membawa diri jauh sedikit. Jauh banyak tak boleh 'bahaya'.

Niat dihati mengajak 2 orang rakannya Ziyad dan Daniel untuk mengawal keadaan sekeliling. Namun perbuatannya itu sangatlah salah apabila 2 orang rakannya turut terjebak dengan reunion si Ainul.

Sebab itu Haris memilih untuk diam diam ubi sahaja dengan mata terlolong kesana kesini. Entah kenapa kesana kesini bunyinya enak🤣.

Angin sepoi-sepoi bahasa melalaikan lagi dunia Haris. Bunyi ombak saling mukul memukul sungguh deras kedengaran di cuping telinga walaupun Haris berdiri 5 meter dari gigi pantai.

Drama sebelum diijab kabul dengan Ainul kembali bersiaran di benak fikirannya. Kalau itu semua ketahuan oleh Ainul mahu hidup tak boleh mati boleh la jawabnya si Haris.

"Umi. Abi. Ibu Syahirah. Abah Azman. Boleh tak akad nikah dilangsungkan tanpa Ainul. Haris taknak dia tolak Haris sebab sekarang ni keadaan dia dalam bahaya. Biar dia benci Haris. Biar dia bawa diri jauh dari Haris asalkan dia tak disentuh oleh orang lain," pinta Haris walaupun liur ditelan kasar. Liur ditelan kasar kerana takut tidak dipersetujui.

"Mak Siti, sini kejap," panggil Abah Azman melihatkan kelibat kelam kabut Mak Siti di dapur. Tanpa berlengah muka Mak Siti sudah terpacak di ruang tamu.

"Ya Man," jawab Mak Siti.

"Tolong jadi salah satu saksi nikah anak Man. Lebih takpe jangan kurang," ucap Abah Azman tanpa basa basi.

Ibu Syahirah, Umi Anisah dan Abi Azman hanya mengangguk ngangguk. Ada benar juga kata si bapa pengantin perempuan. Dan tanpa persetujuan pengantin perempuan pun seorang ayah kandung boleh menikahkan anak perempuannya dengan sesiapa sahaja yang dia berkenan asalkan mempunyai taraf yang sama. Ingat SAMA TARAF.😁

"Kita langsungkan sekarang. Jangan lambat lambat nanti dia balik. Kantoi pulak. Video jangan lupa," kata putus Abah Azman dikeluarkan. Semua mengangguk. Haris mendekati Abah Azman. Memotret gambar serta video sebagai bukti didepan hari telah dimain peranan oleh Abi Hamid.

Haris mengadap Abah Azman aka bakal bapa mertuanya beberapa minit lagi. Permaidani dijadikan alas tempat duduk untuk selesakan lagi perlangsungan akad nikah.

"Haris Hazriq bin Hamid."

"Saya."

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Ainul Astriq binti Azman dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 tunai."

"Aku terima nikahnya Ainul Astriq binti Azman dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 tunai."

Haris menarik nafas lega. Dengan sekali lafaz Ainul telah menjadi isterinya tanpa Ainul sedari. Dan yang paling penting tanpa Ainul ketahui. Dia rela dibenci walaupun hatinya mencintai.

"Maaf Bah sebab dah ambil anak abah. Haris taknak dia rebah kalah dalam dakapan orang lain. Biarlah dia rebah kalah dalam dakapan kita sekeluarga," jujur Haris lalu tangan Abah Azman disalami. Tangan tua itu naik menyentuh bahu Haris.

"Jaga dia elok elok Haris. Abah tahu kamu suka dia. Lagipun kamu mana pernah layan dia seperti adik kamu,kan? Abah percayakan kamu Haris. Sekarang Ainul dah jadi milik kamu," balas Abah Azman dengan pertanyaan. Pertanyaan yang membuatkan Haris tersenyum tanda mengiyakan.

ZURIATMU ANAKKU✅Where stories live. Discover now