🌼My Happiness

723 24 1
                                    

Characters

~♥~ Fareeq (Jack)
~♥~ Dania
~♥~ Naddy
~♥~ Pn Dhia
~♥~ Pn Farah

♡♡♡♡♡

"Pak cik, berhenti sini je. Nanti saya jalan masuk dalam. Terima kasih." Duit dihulur kepada lelaki yang sudah berumur itu. Dania membuka pintu teksi lalu melangkah keluar dari perut kereta. Selepas mengeluarkan bagasi dari bonet, Dania menarik nafas dalam-dalam.

"Haahhhh..." Dania tersengih lebar. Rindunya pada ibu dan adik membuak-buak selepas lima tahun dia meninggalkan tanah airnya ini. Tak mahu menunggu lama, Dania pantas berjalan masuk ke lorong taman perumahan mereka.

xxxxx

"Aduhh.. mommy ni. Orang dah lewat ni ada pulak suruh beli telur." Kaki diseret ke jalan tar bagi melajukan halaju papan luncurnya. Jam tangan dikerling. Lagi sepuluh minit sebelum pertandingan itu bermula.

"Harapnya sem-"

Bam!!

Jack bergolek sekejap sebelum dia mengimbangkan badannya. Dah biasa dia jatuh begini. Tetapi, siapa yang dilanggarnya tadi?

Kepala diangkat sambil mata mencari kelibat seseorang. Diia pantas duduk. Tiada pun? Kepala digaru. Takkan dia langgar angin kut? Rasanya betul dia ada rasa terlanggar tubuh seseorang tadi.

Jack berdiri lalu tangan mengambil papan luncurnya yang sudah terbalik. Lengan yang sedikit luka digosok perlahan. Tiba-tiba, matanya tertancap pada satu bagasi di atas jalan. Dahinya berkerut.

"Aduhh..."

Jack yang baru sahaja mahu mengambil bagasi itu terhenti apabila terdengar suara seseorang. Dia menegakkan badan. Kepala ditoleh ke arah parit yang tak jauh darinya. Kelihatan seorang gadis sedang sedaya upaya keluar dari parit itu. Jack menelan liur. Siapa dia ni? Dia langgar perempuan ni ke?

"Err.." Jack cuba menegur tetapi tidak tahu apa yang patut dia katakan melihatkan perempuan ini tampak marah benar.

Dania yang sedang menepuk-nepuk seluarnya yang kotor itu mengangkat wajah. Keningnya bertaut.

"Kau ke yang langgar aku tadi?" Tanya Dania dengan bicara yang agak kasar.

"Err, ya. Aku minta maaf. Aku nak cepat-"

"Kau ingat kau sorang je yang nak cepat? Aku pun tengah lambat!" Marah Dania geram. Habis kotor bajunya! Jack menggaru kepala. Uii.. garang.

"Sebab tu aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku kena beli-"

"Macamlah aku heran sangat dengan alasan kau tu. Sekarang ni, baju aku dah kotor, beg aku pun dah rosak. Semua sebab engkau!" Potong Dania lagi. Siap ditunding-tunding jarinya pada lelaki itu.

Jack berkerut. Ni yang dia panas ni.

"Yalah. Sebab tu lah aku minta maaf, gila! Kalau bukan salah aku, kau ingat aku heran sangat ke nak dengar kau marah-marah?" Balas Jack sudah mula naik geram. Dania mengetap gigi.

"Kau marah aku pula sekarang?"

"Dah kau tu melampau sangat. Lagipun, bukan salah aku sorang tadi. Kau tu yang tak tengok kiri kanan."

"Kau bawak anjing ni laju-laju kenapa?" Papan luncur di tangan Jack ditolak kuat.

"Anjing ni memang kena bawak laju. Kau tu yang buta!"

"Kaulah buta! Kau tak nampak aku jalan sini tadi?"

"Apa function cermin tu, bangang?" Jack menunjuk ke cermin cembung di hujung selekoh jalan.

CERPEN CINTAWhere stories live. Discover now