Characters
~♥~ Aisar Hanafi
~♥~ Safa Inara
~♥~ Airis Hanani
~♥~ Fatiha
~♥~ Tan Sri Safari
~♥~ Puan Sri Irma♡♡♡♡♡
Keluhan dihela berat sambil kaki dilangkah ke kedai serbaneka yang sudah tak jauh darinya. Sebelum pintu dibuka, Aisar mengerling pekerja di kaunter dari luar. Dia sekali lagi mengeluh.
Perempuan!
Hoodie terus ditarik menutup kepala. Dengan tangan yang terketar-ketar, pintu ditolak. Rambut depan sengaja ditutup separuh mukanya. Kaki dilangkah ke satu rak. Matanya melilau. Kemudian, dua pelajar perempuan datang berdiri di sebelahnya. Mereka mengerling-ngerling Aisar penuh rasa syak.
"Weh, aku malulah nak ambil. Lelaki tu duk berdiri je kat situ." Bisik pelajar perempuan itu kepada adiknya.
"Ambik yang ni je lah, kak." Bisik adiknya pula.
"Tak nak. Aku nak jenama tu. Tapi, lelaki tu.."
"Kenapa dia nak beli pad? Dia tak malu ke?"
Aisar menunduk mendengar bisikan dari mereka berdua. Tak malu? Siapa cakap dia tak malu?! Kulit mukanya dah macam takde kulit! Aisar semakin menunduk. Ni semua salah adiknya! Tak reti nak beli sendiri ke?!
Aisar mencapai satu paket sebelum dia berlalu laju ke kaunter. Tuala wanita diletak ke atas meja kaunter. Selepas membayar, plastik disumpat ke dalam poket jaketnya.
"Aisar! Hey!"
Aisar menoleh. Seorang lelaki yang agak berumur sedang melambai-lambai ke arahnya. Aisar tersenyum nipis.
"Tak nak singgah dulu ke? Pak cik belanja." Ajak lelaki itu ramah. Aisar tersenyum semakin lebar.
Baru sahaja kakinya mahu melangkah masuk ke dalam kedai makan itu, matanya tertancap pada sekumpulan pelajar perempuan di satu meja makan. Mereka nampaknya sedang berbual mesra.
Aisar segera memandang pak cik itu. Dia tersenyum lalu mengangkat tangan kanannya sebagai tanda, 'tak apa'. Aisar terus berlalu pergi meninggalkan kawasan itu. Memang tak dia mahu makan bersama perempuan-perempuan itu. Kedai itu bukannya besar pun. Sesak bersama perempuan? Lambat lagi!!
"Siapa tu, bang?" Tanya seorang wanita yang sudah berumur.
"Aisar tulah. Saya ajak dia makan tadi. Ingat nak belanja dialah. Tapi, dah pergi."
"Laa, macam abang tak tahu budak bertuah tu. Dengan saya pun malu macam anak dara. Ni pulak ada budak-budak tu. Lagilah." Balas isterinya.
Lelaki tua itu tergelak kecil. Aisar tu dengan isterinya pun malu-malu kucing. Apatah lagi dengan budak-budak muda.
"Em. Nanti awak bungkuskan lauk. Saya nak hantar dekat dia dengan adik dia." Kata lelaki itu sebelum dia berlalu pergi selepas menerima anggukan dari isterinya.
xxxxx
Aisar berjalan di tempat yang lengang. Maklumlah, pasar begini ramai orang lalu lalang. Perempuan tak payah cakaplah.
Tiba berdekatan lorong, tangannya tiba-tiba ditarik masuk.
"Urh??!!" Terjerit kecil dia apabila badannya dihempas ke dinding. Matanya terbeliak sebelum dia tersedar sesuatu. Perempuan ini berdiri terlalu dekat dengannya. Wajahnya berbahang teruk! Badan perempuan itu ditolak. Dia mahu pergi namun tangannya dipaut kemas.
"Awak, tolong saya. Please! Ada lelaki kejar saya! Tolong." Rayu gadis itu bersungguh. Aisar terdiam. Apa yang dia boleh tolong? Sudahlah dia ada fobia pada perempuan. Ini pula nak menolongnya.
YOU ARE READING
CERPEN CINTA
ContoCerpen Cinta : : ♡ Cerpen sangat cliche. ♡ Ada yang mengarut. (Reka penyakit sendiri, kaum entah datang dari mana, and so on) ♡ Ada story yang tak berkaitan dengan agama (non muslim). ♡ Story ada yang rushing. ♡ Ilham diambil daripada lagu. Kadang m...