Characters
~♥~ Muhammad Arsyad
~♥~ Nurul Humaira
~♥~ Muhammad Irsyad
~♥~ Nurul Huwainaa
~♥~ Rania
~♥~ Dani♡♡♡♡♡
"Muhammad Irsyad Bin Muhammad Arsyad? Tahniah. Keputusan kamu sangat cemerlang!"
Aku berdiri lalu melangkah ke depan kelas. Kertas disambut dengan riak wajahku tanpa senyuman. Turun temurun dari papa yang jauh lebih sombong wajahnya.
Bunyi sahaja loceng pulang, aku terus ke bangunan Tadika Kemas yang terletak tak jauh dari bangunan kelasku.
"Abang!!" Huwainaa berlari anak bersama anak patung arnab yang sentiasa bersamanya tak kira masa dan di mana.
"Apa jerit-jerit macam tu? Salam mana?" Kataku tegas. Sebenarnya saja nak acah abang sulung.
Huwainaa tersengih. Tangan Irsyad dikucup lembut.
"Jomlah balik. Wawa tak sabar nak bagi ni dekat mama papa. Cepat, cepat." Tanganku ditariknya. Tak sabar betul.
Aku hanya menurut. Kami berjalan bersama ke kereta pemandu yang papa upah untuk mengambil kami pulang dari sekolah.
xxxxx
"Tengoklah ni, mama, papa. Wawa dapat nombor satu. Cikgu Mimi kasi coklat baaanyaakkk!" Cerita Huwainaa gembira. Kedua-dua tangannya dinaikkan ke udara.
"Waa! Bijaknya anak mama." Huwainaa di riba dipeluk mama erat. Papa pula mencuit hidung anak perempuannya. Huwainaa tersengih gembira.
"Icad? Dah dapat result?" Tanya mama kepadaku yang sedang elok terbaring menonton rancangan misteri di televisyen. Daripada kartun, rancangan macam ni lagi best.
"Dah. Icad letak dalam bilik kerja papa." Jawabku tanpa nada.
"Betul, bang?" Tanya mama kepada papa. Papa mengangguk. Mesti dia dah tengok keputusan aku. Sengaja aku letak atas meja dia. Senang. Tak payah aku nak ambil kalau diorang minta.
Huwainaa turun dari riba mama lalu melangkah ke arahku.
"Abang dapat nombor berapa? Lagi hebat dari Wawa ke?" Tanya Huwainaa polos.
"Tak. Wawa hebat lagi." Selamba aku menipu. Bukan apa, aku tak nak dia kecewa kalau tahu keputusan aku yang jauh lebih tinggi dari dia.
"Ala, kesian abang Wawa ni. Nanti Wawa kongsi coklat dengan abang, eh? Jangan sedih-sedih tau.." Rambutku diusap-usap lembut. Aku tahan senyum. Adik siapa comel sangat ni? Geram aku nak gigit pipi tembam dia.
"Berapa Icad dapat, bang?" Aku hanya senyap bila terdengar pertanyaan mama pada papa.
"Macam biasa." Jawab papa mudah. Tahulah mama, aku sekali lagi dapat nombor satu dalam seluruh darjah. Walaupun aku masih berumur 7 tahun, aku dapat jawab soalan upsr dengan mudah. Sebab tu, semua cikgu sibuk puji aku itu ini.
Papa menghulurkan telefon bimbitnya kepada mama. Tak tengok pun aku tahu. Mama ternganga tengok mesej cikgu aku di telefon papa.
"Universiti?! Abang biar betul?" Tanya mama tak percaya.
"Em. Abang tak tahulah otak dia ikut siapa. Abang pun tak macam ni dulu." Jawab papa.
Ya, inilah yang tengah membising di sekolah aku tadi. Aku dapat jawab soalan pelajar universiti yang kawan aku cabar aku untuk selesaikan. Entahlah, aku buat je. Betul salah aku tak kisah. Tak tahulah pula aku dapat jawab dengan tepat.
Aku digelar budak genius, pandai, cerdik dan pintar. Semua aku kaut. Tapi, satu hal aku tak reti dan takkan pernah faham.
Cinta.
YOU ARE READING
CERPEN CINTA
Historia CortaCerpen Cinta : : ♡ Cerpen sangat cliche. ♡ Ada yang mengarut. (Reka penyakit sendiri, kaum entah datang dari mana, and so on) ♡ Ada story yang tak berkaitan dengan agama (non muslim). ♡ Story ada yang rushing. ♡ Ilham diambil daripada lagu. Kadang m...