+Cerita ni permulaan untuk kisah Arsyad dengan Humaira yang korang baca dalam Tell Mama She's The One, Papa tu ya+
***Ada scene yang agak sakit mata melihatnya ya. Cuz ia berkait dengan goda~
***A lil bit mature
Characters
~♥~ Muhammad Arsyad
~♥~ Nurul Humaira
~♥~ Mirza
~♥~ Arif♡♡♡♡♡
"Aduhhh.. penat nyah." Humaira mengangkut dua plastik ayam yang masih mentah.
Mata melilau mencari kereta Hairi. Dia diberitahu Hafira, sepupunya yang paling rapat itu bahawa Hairi, adik kepada Hafira akan menjemput mereka dari pasar.
Humaira berkerut menahan panas. Dia berdecit.
"Mana budak Hairi ni? Aku dah lah panas. Si Hafira tu pula masa nilah dia sibuk nak berak." Mata mencari kereta mercedes hitam.
Kemudian, matanya tertancap pada kereta di hujung tak jauh dari tempatnya berdiri.
Humaira tersengih. Dia segera berlari anak sambil membibit plastik ayam ke kereta hitam itu. Pintu belakang dibuka lalu plastik ayam diletak di tempat bawah.
Penghawa dingin dibuka kuat. Tudung dikipas-kipas. Humaira tersebgih lebar. Ah! Lega..
Humaira tertungging pula mahu membuka radio yang kelihatan canggih itu.
"Uish, aku tak sangka pula budak Hairi tu dah kaya sampai boleh beli kereta mewah macam ni." Businessman lah katakan. Dia tak tahu bagaimana meniaga iphone tu boleh buat Hairi kaya sampai dapat beli kereta mewah begini.
Humaira menekan-nekan butang radio untuk mencari lagu yang sesuai. Tiba-tiba, pintu kereta tempat pemandu dibuka. Seorang lelaki yang mahu masuk tapi tak jadi masuk kerana terpandang Humaira berdiri kaku di luar.
Humaira pula masih enak mencari lagu. Langsung tak diendahkan lelaki yang berdiri merenungnya tajam.
"Weh, Hairi. Kau tak cakap dekat aku yang kau beli kereta besar macam ni. Best weh." Ujar Humaira teruja teruk. Masih tak menyedari lelaki di sebelah kanannya.
"Who are you? "
Humaira senyap sebentar. Perlahan-lahan dia menoleh sebelah dan alangkah terkejutnya dia saat melihat seorang lelaki yang langsung dia tak kenal sedang berdiri sambil bersilang tangan serta merenungnya bagai mahu menelan.
Kemudian, pintu kereta di tempat sebelah pemandu pula dibuka dari luar. Humaira yang masih keras menoleh ke kiri pula. Seorang lelaki yang juga tampak terkaku melihatnya. Juga dia tak kenal!
"Er, ehem. Rasanya cik adik salah masuk kereta ni." Kata lelaki yang tampak lebih peramah berbanding lelaki pertama tadi.
Humaira menelan liur.
"Ini bukan kereta... Ha- Hairi?"
"Sorry, Hairi mana ya? Ini kereta kawan saya." Balas lelaki itu lagi.
Humaira keras sebentar. Perlahan-lahan tangan menyeluk masuk plastik ayam di sebelah kakinya. Dia mengesot dan membuka pintu.
"Ma- maafkan saya!!!" Terus dia berdesup lari tak cukup tanah meninggalkan kereta mewah itu.
Arif tergelak kecil. Dia menembus masuk ke dalam kereta dan kelihatan Arsyad hanya diam tak bereaksi.
"Pelik-pelik je orang kampung." Gumamnya perlahan. Kemudian, dia terbau sesuatu.
"Eh, Syad. Kau ada bau something tak?"
Arsyad mengeluh. Dia memberi isyarat mata tanda menyuruh Arif melihat belakang. Arif berpaling badan melihat tempat duduk belakang. Serta merta matanya menangkap satu plastik di bawah.
YOU ARE READING
CERPEN CINTA
Storie breviCerpen Cinta : : ♡ Cerpen sangat cliche. ♡ Ada yang mengarut. (Reka penyakit sendiri, kaum entah datang dari mana, and so on) ♡ Ada story yang tak berkaitan dengan agama (non muslim). ♡ Story ada yang rushing. ♡ Ilham diambil daripada lagu. Kadang m...