+This is about high school love story+
+Hero cite ni 'agak' badboy jadi jangan expect dia lelaki not touchy-touchy+
+Haram mode relationship+|Sexy storyline|
Characters
~♥~ Riyadh Haiyan (Leo)
~♥~ Kayla Maisara♡♡♡♡♡
Dari jauh, sudah dia nampak tiga orang pengawas sedang berjaga di pagar sekolah. Hari ini dia mengambil tugas meronda pelajar yang lewat datang ke sekolah.
Kayla berdiri di samping pengawas perempuan tingkatan 4. Sambil berjaga, mereka berbual kosong sehinggalah bunyi motor dari luar pagar.
Hampir sepuluh motor berhenti betul-betul di hadapan pengawas. Motor yang berada paling depan mengangkat cermin topi keledarnya menampakkan hanya mata.
"Nama?" Dua pengawas lelaki bersedia dengan buku notanya.
"Kau dapat habuan ke? Ke kau buta?" Suaranya ditinggikan memandangkan motor berkuasa tinggi mereka mengaum kuat.
Pengawas lelaki itu berkerut. "Pardon?"
"Tengok jam kau tu betul-betul. 7:29 am. Ada seminit lagi sebelum kau tutup pagar ni."
Pengawas itu tunduk melihat jam tangannya.
"Jam dia rosak tu, bro! Belikanlah yang baru. Nanti kang semua orang dia gian nak tulis nama."
Suara sahutan itu disambut ketawa. Seronok mentertawakan pengawas baru yang terkulat-kulat.
Kayla hanya diam tak menyampuk. Dia kenal mereka. Geng motor sekolah yang terkenal dengan sikap nakal. Ponteng, bawa benda haram dan macam-macam lagi. Yang penting, mereka dikenali sebagai 'hater' pengawas. Apatah lagi barisan majlis perwakilan pelajar. Yang boleh atasi mereka hanya Cahaya yang tegas dan berkepimpinan. Dia tak boleh.
Kayla perhati setiap seorang dari mereka. Kemudian, anak matanya membesar.
Dia!
Motor yang berada paling belakang dan cermin hitam topinya tertutup rapat. Langsung tidak peduli akan rakan-rakannya yang kecam pengawas di situ.
Hanya duduk di atas motornya dengan kedua-dua tangan rapat menggenggam handle.
"Kak Kayla, uruskanlah diorang." Suruh pengawas perempuan di sebelahnya.
Kayla menelan liur. Bersama debaran bertalu-talu, dia mendekati anak buahnya yang masih tak boleh menjawab sindiran mereka.
"Am, bagi diorang masuk." Bisik Kayla perlahan.
Mendengar arahan dari pengawas yang lebih berjawatan darinya, pengawas itu mengangguk.
"Masuklah." Dipandang mereka dengan riak tak puas hati.
"Bukalah pagar ni, pak guard!" Jerit yang di belakang.
"Pagar dah bukakan? Korang masuk jelah."
"Tolonglah. Jangan layan kami macam budak datang lewat. Orang lain masuk, pagar luas-luas. Kami? Sempit!"
Pengawas lelaki itu mendengus. Mereka semua sudah masuk ke dalam. Sudah tak perlu dibukakan pagarnya. Sengaja mahu menyakitkan hati!
Tak mahu keadaan jadi lebih teruk, Kayla berlari anak ke pagar sebelah yang tertutup. Di sebelah pagar, pemilik motor paling belakang betul-betul terparkir sementara di situ. Tangan Kayla terketar membuka kunci pagar. Kenapalah masa ini juga benda ni lambat nak terbuka?!
YOU ARE READING
CERPEN CINTA
ContoCerpen Cinta : : ♡ Cerpen sangat cliche. ♡ Ada yang mengarut. (Reka penyakit sendiri, kaum entah datang dari mana, and so on) ♡ Ada story yang tak berkaitan dengan agama (non muslim). ♡ Story ada yang rushing. ♡ Ilham diambil daripada lagu. Kadang m...