🌼Love And Lose

702 22 0
                                    

+This story is karut. Mohon jangan kecam v_v +

Characters

~♥~ Leo
~♥~ Elena
~♥~ Robert
~♥~ Nolan

♡♡♡♡♡

"Arghhhhhh!!!!"

"Warghhhh!!!"

Bummm! Kanak-kanak menjerit ketakutan dalam pangkuan para ibu. Masing-masing takut dengan situasi gempar ini. Kedua-dua kaum saling berperang. Memanah, membunuh, menikam dan memancung. Langsung tiada unsur-unsur mahu berhenti.

Masing-masing tak mahu kalah. Masing-masing mahu menang dan membesarkan ego. Anak, isteri dan warga tua sudah mereka tak hiraukan. Apa yang penting, maruah mereka!

"Kalau kau tak hentikan semua ni, keluarga kita takkan jadi mangsa! Turunkan senjata kau kalau kau tak mahu tengok mayat isteri dan anak kau!"

"Aku takkan biarkan kaum kau menang kali ini. Semua ni kita perlu akhiri! Aku takkan kalah dengan kau! Selagi hayatku dikandung badan, aku takkan mengalah dengan kau!"

"Nampaknya kau lagi senang hidup keseorangan!!!"

Bedebummm!!!

Mata Erin dan Eli membulat besar dan bercahaya mendengar cerita ayah mereka. Emi yang sedang menjemur pakaian menggeleng kepala melihat suaminya yang obses dengan kaum bercerita.

"Lepas tu ayah? Apa jadi?" Tanya Eli bersemangat mahu tahu.

"Lepas tu, kaum Cloud lah yang menang. Habis semua kita kebas dari mereka. Sampai mereka menunduk takut macam tikus! Hahahaha!" Nolan gelak besar sambil mendongak langit.

Erin dan Eli menepuk tangan.

"Atuk kita menang?"

"Eh.. mestilah. Ayah pun ada tau masa tu. Ayah pukul orang dia macam tu je. Mati."

"Wahhh! Ayah hebat!" Mereka bersorak gembira.

"Sudah-sudahlah tu ayahnya menipu anak tu. Jangan nak cemarkan otak anak-anak kita dengan cerita karut awak tu." Celah Emi sambil tangan mengibas kain jemuran di tangannya.

Nolan berdiri lalu melangkah ke arah isterinya.

"Eh.. Cerita karut apa? Semua cerita tu betul tau. Saya yang saksikan semua tu. Awak tu bukannya ada kat situ."

"Saya tak pernah dengar cerita perang sampai macam tu. Kalau perang pun, takde sampai terbunuh. Dan apa yang saya tahu selama saya hidup ni, perang 20 tahun lepas tu takde siapa yang menang. Dua-dua penat dan undur diri. Awak jangan nak temberang ya."

"Ceh. Awak pun bukannya ada kat situ pun."

"Apa pulak saya takde? Saya ada lah. Kononnya tolong rawat yang sakit. Awak lupa? Masa tu kali pertama kita jumpa?" Emi menggeleng kepala. Nolan mencebik menyampah.

Krekkk..

Mereka berdua berpaling. Seorang gadis melangkah masuk ke dalam rumah sambil tangannya membawa bakul.

"Ha, Elena. Kamu ni pergi mana? Jangan kata kamu pergi hutan tu lagi." Tegur Nolan tegas.

Elena tersengih.

"Sorry, ayah. Elena nak cari herba. Kut-kut boleh buat ubat."

"Kan ayah dah cakap. Dalam hutan tu takde sempadan. Kamu boleh terjumpa dengan mana-mana orang Stone di situ." Katanya tegas sambol mencekak pinggang.

"Ala, ayah. Elena bukan pergi jauh sangat pun. Takde jumpa siapa-siapalah." Jawab Elena lagi.

"Tapi-"

CERPEN CINTAWhere stories live. Discover now