🌼I Want You

740 21 0
                                    

+Story ni berkaitan dengan anime ya. Tapi tak banyak pun.+

Characters

~♥~ Isyraq Miqail
~♥~ Nur Safiyya
~♥~ Imdad

♡♡♡♡♡

Kepala hoodie diselak sedikit. Anak mata melilau kiri dan kanan. Tiada orang! Ini masanya. Kaki terus dilangkah laju ke arah tempat tersembunyi yang penuh dengan kegelapan cahaya merah.

Tiba di bawah tangga, Safiyya meluncur laju dan tak semena-mena terlanggar dinding.

"Aduh. Ish." Dinding ditampar dengan tangan. Safiyya membetulkan duduk lalu belakang badan disandar pada dinding.

Telefon dari dalam poket diseluk lalu dibuka.

"Here we go." Ujarnya cukup perlahan. Dia tak mahu ada yang mendengar dan terus merampas tempat kesayangannya ini.

Episod yang dia muat turun semalam ditekan. Sengihannya melebar saat cerita mula mengeluarkan lagu ost. Sambil itu sempat lagi dia menari-nari.

Nur Safiyya. Seorang gadis tertutup separuh mukanya dengan hoodie. Gadis yang suka menyendiri dan tak terkenal. Tiada siapa mengenalinya. Tiada siapa sedar akan kewujudannya. Dia juga sedaya upaya untuk tidak menonjolkan diri di khalayak ramai.

Safiyya boleh digelar sebagai otaku. Iaitu peminat setia kartun jepun. Atau mungkin terkenal dengan panggilan anime. Bukan itu saja, Safiyya juga peminat manga jepun. Dalam seminggu, haram dia tak memborong komik manga di klcc.

Kerana sering bersama anime, dia menjadi anti sosial dan tidak tahu cara bergaul. Oleh sebab itu dia lebih memilih untuk berseorangan.

xxxxx

"Weh, weh. Isyraq weh Isyraq."

"Hari ni pun dia handsome!"

Suara-suara bisikan dari para gadis tak dihiraukan Isyraq dan kawan-kawannya. Mereka sudah terlebih biasa diberi perhatian lebih begini.

"Tak adillah macam ni, Isy. Asyik kau je yang jadi tumpuan." Rungut salah seorang kawannya yang diberi nama Jai.

"Tah. Lain kali tutup muka kau dengan mask ke apa. Takdelah diorang terjerit-jerit nama kau." Sahut kawannya yang lain pula. Isyraq tersenyum memandang Jai dan Emir. Tak habis-habis nak salahkan dia.

"Apahal aku pula yang kena pakai mask? Kau tu yang kena operate." Balasnya selamba. Gurau kasar antara mereka juga sudah biasa.

"Anjirr lo."

Isyraq tergelak. Disambut dengan Far dan Kim. Mereka berlima berteman rapat sejak kali pertama mereka sekelas pada semester satu.

Mereka berlima berjalan menaiki tangga untuk ke kelas di tingkat atas.

"Weh, kalau-"

Pap! Bedebuk! Mereka semua terperanjat. Seorang gadis berhoodie tersalah langkah sehingga jatuh ketika dia turun ke bawah. Malangnya, dia disambut Isyraq yang juga ketika itu mahu naik. Nasib baik dia juga tak terjatuh.

Gadis itu dan Isyraq terkaku. Isyraq keras memeluk tubuh gadis kecil itu. Begitu juga dengan teman-temannya.

Gadis itu tersedar apabila telinganya menangkap degupan jantung lelaki yang sedang memeluknya kini. Kuat dan jelas.

Kerana terlampau terkejut dia disambut lelaki asing, atau mungkin dipeluk, gadis itu menolak bahu Isyraq sekaligus dia terguling dan terjelepok jatuh di lantai bawah.

CERPEN CINTAWhere stories live. Discover now