+This is about high school love story+
Characters
~♥~ Luthfan Aiden
~♥~ Cahaya Ulya♡♡♡♡♡
Di bawah cahaya matahari yang belum separuh keluar, mereka berjalan bersama pelajar yang lain ke tapak perhimpunan.
"Esok, kau free tak, Luth?" Siku Luthfan yang sedang elok melambai pada pelajar perempuan di sebelah disenggol.
"Hm? Esok? Umm, tak. Esok aku ada date dengan Sofiya."
Zayn terlihat kerutan di dahi. "Sofiya mana pula ni? Awek baru?"
"Lama dah. Aku dengan dia, ldr. Semalam, dia baru balik."
"Akak senior tu ke??"
Luthfan senyum. "Bingo." Sebelah matanya dikenyit.
Mereka berdua tiba di tempat berkumpul teman-teman mereka yang lain. Mereka kelihatan seperti sedang merungut. Sebaik tiba, Luthfan membuka telefonnya. Tiada langsung rasa risau ditangkap. Mahu kisah apa? Telefon boleh beli baru.
"Aduh, awal-awal bulan macam nilah nak ada perhimpunan bagai. Homework pun tak ada lagi. At least, tunggulah homework ada. Tak payah masuk kelas."
Mata Luthfan mengerling temannya sekilas sebelum sambung berbalas mesej dengan Hana, teman wanita dia dari sekolah Perak. Oh, tolonglah. Dia ada teman wanita dari setiap negeri.
"Biasalah, bulan dua ni mulalah nak lantik itu ini lepas tu sambut diorang. Macam siel."
"Tulah, siapa aje nak tahu ketua pelajar gila kuasa?"
Sedang mereka merungut, acara perlantikan bermula. Selepas ucapan beberapa orang guru dan pengetua, mereka akhirnya memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa tinggi majlis perwakilan pelajar untuk tahun ini. Paling akhir, pastinya ketua pelajar mereka diperkenalkan.
Saat seorang perempuan berdiri di depan mikrofon, masing-masing tayang riak tak percaya. Perempuan? Kali ini, ketua pelajar mereka seorang pelajar perempuan?
"Dia ketua pelajar kita yang baru?"
"Nampaknya macam tulah. Aku dengar dia disayangi pengetua gila-gila sebab tu dipilih jadi ketua pelajar. Katanya rekod pelajar dia sumpah cantik."
"Oh, patutlah."
Zayn mengalih pandangan dari gadis yang sedang berucap di depan ke arah Luthfan. Lelaki itu sedang elok tersenyum gatal melihat telefonnya. Syok sangat bercinta.
"Weh, Luth. Kau ada tambah awek baru ke?" Selalunya kalau Luthfan bahagia terlebih ni, pasti ada yang baru masyuk.
"Huh? Ofkoz. Alia Muneera namanya." Jawab Luthfan sambil mengangkat-angkat kedua-dua keningnya.
"Gilalah kau. Berapa banyak kau nak pasang?"
Luthfan senyum senget. "Sorang takkan pernah cukup."
"Baik jadi macam aku ni. Setia pada Qila comey tu sorang je." Arul sengih-sengih.
"Itu sebab Qila kau tu susah nak dapat! Dari form 1 sampai form 5 kau kejar dia, tutup mata pun dia geli nak tengok kau." Balas Zayn.
Mereka yang lain ketawa. Arul mencebik.
"Tapi, aku rasa kalau Luth kenyit mata sikit, pengsan budak tu." Sahut Nuh pula.
Dengar saja kata-kata Nuh, laju Arul pandang Luthfan yang masih sedang tersenyum.
YOU ARE READING
CERPEN CINTA
NouvellesCerpen Cinta : : ♡ Cerpen sangat cliche. ♡ Ada yang mengarut. (Reka penyakit sendiri, kaum entah datang dari mana, and so on) ♡ Ada story yang tak berkaitan dengan agama (non muslim). ♡ Story ada yang rushing. ♡ Ilham diambil daripada lagu. Kadang m...