Characters
~♥~ Nawwaf Khairin
~♥~ Irdina Medina
~♥~ Eiman♡♡♡♡♡
Bum! Bum! Bum!
"Bangun! Bangun!"
Dahinya berkerut. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Kelihatan seorang perempuan yang agak tua sedang merenungnya tajam.
"Awak datang nak belajar ke nak tidur?"
Khai menegakkan badan lalu cermin mata dibetul-betulkan.
"Maaf, madam. Saya tertidur sekejap."
"Kali ni saya maafkan. Lain kali, kalau saya nampak awak tidur dalam kelas saya, saya zz kan kehadiran awak." Kata pensyarah garang itu lagi. Khai mengangguk sambil matanya melihat pensyarahnya pergi.
Khai mengeluh.
"Annoying lah dia tu. Cukuplah kita kena tengok muka buruk dia tu satu semester ni. Nak acah hebatlah tu konon." Satu suara berbisik agak kuat. Memang sengaja nak dia dengarlah tu.
Khai menjeling malas mahu kisahkan buah butir bicara rakan sekelasnya. Helaian buku dibelek.
Khai ialah seorang pelajar lelaki universiti yang sangat buruk mukanya. Kulit mukanya penuh dengan jerawat batu, cermin matanya besar dan tebal, giginya jongang dan rambutnya kerinting. Tambah pakej lagi, dia miskin. Lagilah ramai yang tak sukakannya.
Tetapi, sikapnya bukanlah jenis yang menyerah diri kepada pembulinya dan orang yang membencinya. Dia hanya mahu menghabiskan pembelajarannya di universiti ini yang sudah tahun akhir. Perkara lain dia tak mahu ambil tahu. Asalkan mereka tak mengganggu hidupnya sudah.
Khai berjalan perlahan ke pintu kelas untuk keluar. Tiba-tiba, lehernya dipaut kemas dari belakang.
"Yoww!"
Khai hanya membiarkan sahaja kawan baiknya itu memeluknya kemas.
"Oi. Kau asal ni? Nampak stres je?" Tegur Eiman.
Khai mengeluh.
"Takde apalah." Balas Khai malas.
"Jap, jap. Biar aku teka. Kau kena marah dengan lecturer kau kan?"
"Haih.. Aku tertidur." Akui Khai malas. Eiman ketawa riang menggelakkan kawan baiknya itu.
"Kau ni memanglah. Kan aku dah cakap, tak payah nak berjaga malam sangatlah. Kau malam-malam kau buat apa je?"
"Ala. Bukan selalu pun aku berjaga malam. Semalam movie yang aku nak tengok tu dah keluar. Aku terpaksa gadaikan waktu tidur aku. Kau macam tak tahu. Aku tengok movie cetak rompak kut. Nanti belum sempat tengok diorang dah block dah. Mana aku nak cari?" Jelasnya panjang lebar.
Eiman ketawa lagi. Lain macam kawannya ini.
"Yalah. Suka hati kaulah, Khai. Aku dah nasihat dah. Kau yang tak nak dengar. Lepas tu, bila kau dah kena sembur dengan pensyarah tu barulah kau nak moody bagai. Aku.. lah yang nak kena pujuk puteri majuk ni." Usiknya nakal.
Khai membalikkan bebola mata. Tak mahu melayan.
"Weh, tengok tu. Gelilah aku. Nak tengok Eiman pun tak senang. Sibuk je mamat tu nak menempel. Kalau muka tu handsome takpelah jugak. Ni tak. Muka dah macam tong sampah ada hati nak dekat-dekat dengan Eiman."
Khai dan Eiman yang mendengar kata-kata bisikan itu hanya mampu diam. Sudah biasa.
"Man, nampaknya followers kau tu makin berkuranglah lepas ni." Bisik Khai perlahan.
YOU ARE READING
CERPEN CINTA
Short StoryCerpen Cinta : : ♡ Cerpen sangat cliche. ♡ Ada yang mengarut. (Reka penyakit sendiri, kaum entah datang dari mana, and so on) ♡ Ada story yang tak berkaitan dengan agama (non muslim). ♡ Story ada yang rushing. ♡ Ilham diambil daripada lagu. Kadang m...