Setelah berpisah sekian lama, aku berjumpa kembali dengan atalia natasya. Dia mengajak aku pergi ke kenduri ayah saudara yang duduk dekat gerik. Pada mulanya aku tak nak pergi. Ada lah sebab-sebab yang tertentu. Tetapi dia berjaya pujuk aku dengan kawan-kawan aku yang lain makanya kitaorang gerak 2 kereta masa itu. Okay lah aku bagi korang faham sedikit. Lia dengan family lia duduk dekat kuala kangsar. Nenek atok lia dan saudara mara yang lain duduk dekat gerik. Ada lah nama kampung-kampung dia tetapi aku tak akan sesekali sebut nama kampung dia dekat sini.
Nak dijadikan cerita, aku dengan kawan-kawan yang lain sampai petang sebelum kenduri keesokkan hari dekat kampung nenek lia. Boleh lah aku dengan kawan-kawan aku menolong apa yang patut. Aku awal-awal lagi dah cakap yang aku tak akan bertolak malam. Ada sebabnya kenapa aku tak nak bertolak malam. Aku tak nak ada kejadian yang akan meragut nyawa. Jadi yang lain faham. Dan ada juga yang membantah. Yang membantah tu lantak dia lah.
"Wah!! Dah sampai dah kau anna" Ucap lia selepas dia nampak aku kat bawah.
Aku akan cerita serba sedikit tentang rumah nenek lia. Dari highway masuk ke satu simpang. Jalan kiri kanan hutan. Ada tempat tanah runtuh. Dekat kiri ada sungai. Jalan kedalam sikit, rumah yang pertama adalah rumah nenek lia sebelah kanan atas bukit. Jalan nak naik ke bukit tu memang agak curam sedikit. Hanya sebuah rumah saja. Ke kiri jalan pulak ada rumah orang betul-betul dekat tepi sungai. Kena turun bukit sedikit. Jalan kebelakang baru jumpa sungai. Dulu lia cakap rumah tu ada orang duduk. Tapi masa aku pergi hari tu rumah tu dah kosong dah. Kampung nenek lia bahagian depan hanya ada 3 biji rumah. Termasuk rumah nenek lia bahagian depan. Itu pun rumah jauh-jauh. Selebihnya hutan. Dekat belakang-belakang sana haa rumah rapat-rapat. Ada surau. Boleh nampak lah surau tu dari rumah nenek lia. Memang amat menyeramkan lah nak-nak time malam. Lampu jalan tak ada langsung. Oh lupa. Arwah moyang lia duduk dekat kampung sebelah. Masa aku pergi sana moyang lia hidup lagi. Tak apa. Nanti aku cerita yang lebih lanjut.
Aku terus mengangkat tangan ke arah lia. Member lama tak jumpa rindu pulak. Makin montel aku tengok si lia tu. Haha aku dengan lia berpeluk seketika.
"Apa khabar kau lia? Makin montel aku tengok kau sekarang"
"Haha well makin montel dan makin sihat" Balas lia
"Haha tak apa. Janji kau bahagia"
Aku dengan lia ketawa berdekah-dekat kat tengah-tengah jalan. Tengah jalan okay! Kalau lia kena langgar mau jadi kurus dalam beberapa saat. Lia bersalam dengan kawan-kawan yang lain. Aku memandang ke arah rumah lia. Awal-awal lagi aku dah nampak sesuatu yang tak best. Antara manusia atau tidak. Tetapi selepas aku tengok dia, dia terus berlalu pergi. Fuh!
"Kau okay anna?" Tanya lia menepuk bahu aku.
Aku berpaling ke arah kiri sekilas.
"Ha. Aku okay!"
"Kalau tak pandai nak menipu jangan menipu anna. Muka kau tu!" Ucap lia lantas memegang lengan aku dan bergerak kedepan.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'GERIK'
HorrorHAI, DISINI SAYA NAK KONGSIKAN KISAH SERAM YANG SAYA HADAPI. STAY TUNED.