Lama jugak moyang lia menari zapin. Adalah dalam 15minit macam tu. Tak lama tu dia berhenti dan memandang ke arah kitaorang. Aku terus menyorokkan diri aku dekat belakang izuwann sebab tak nak moyang lia nampak. Tak lama tu.
"Janna! Keluar lah"
Aku tersentak. Dan aku mendongakkan kepala memandang baju izuwann dari belakang. Macam mana moyang lia boleh tahu nama aku sedangkan itu baru pertama kali kitaorang jumpa. Aku terus tarik baju izuwann. Mungkin izuwann tahu dia terus merapatkan badan dia kebelakang.
"Jangan lari kemana-mana" Bisik izuwann.
"Aku takut weh!"
"Tak apa"
Masa tu jantung aku macam nak pecah weh. Otak aku blank. Lutut aku automatik jadi lembik.
"Jaannaa keluaar laa sayang"
Aku terus memejamkan mata dan menundukkan muka dekat belakang izuwann.
"Allah!" Ucap aku.
Tak lama tu aku dapat rasa macam ada hembusan dekat telinga aku. Aku buka mata tapi tak berani nak mendonggak. Aku tetap dalam keadaan begitu. Tak lama tu moyang lia mengganas. Suara dia berubah seratus peratus. Jadi garau dan sebagainya. Yang lain semua dah kebelakang. Tak lama tu jugak, ustaz terus membaca surah dan memintak salah sorang dari kitaorang ni untuk naik ke atas untuk buka atap rumah.
"Tak boleh nak tunggu lagi ni. Dia akan menganas kalau tak dibuang. Ada siapa-siapa tak diantara keluarga tijah nak ambil saka ni?"
Keluarga lia semua terdiam tak bercakap ataupun berbunyi. Tak lama tu.
"Jannaa tolong moyang ye"
Aku menggelengkan kepala dari belakang. Lagi kuat aku memegang baju belakang izuwann.
"Ustaz" Panggil reza.
Ustaz tu terus mengundur kebelakang.
"Kenapa dia nak dekat janna sedangkan janna ni tak ada kaitan"
"Sebabnya janna ada keistimewaan dia dan dia nak janna ni jadi perantaraan."
Aku yang mendengar tu terus terbeliak biji mata.
"Sebabnya?" Tanya izuwann.
Belum sempat ustaz tu nak menjawab, orang yang dari atas bumbung tu terus melaung. Semua orang mendongak ke atas termasuk aku.
"Ustaz! Dah siap!"
"Baik lah. Mat, awang dan deris awak pergi dekat sebelah sana." Arah ustaz tersebut.
Tampa membuang masa, lelaki tu terus ke belakang moyang lia. Mulut ustaz tu berkumit-kumit membaca surah. Tak lama tu moyang lia tumbang tetapi di sambut oleh lelaki yang berada dibelakang tu.
"Letakkan dia betul-betul bawah atap yang terbuka tu. Bagi dia tengok langit." Arah ustaz tersebut.
Tak lama tu diaorang semua mengikut apa yang ustaz tu suruh. Tak lama tu ustaz berbisik salah sorang dari mereka. Dan lelaki tu mengangguk dan terus bangun melangkah keluar dari rumah. Dalam beberapa minit selepas itu, ditangan lelaki tu menjinjit beg plastik berwarna putih. Aku tak pasti apa yang ada dalam plastik putih tersebut.
Bila suasana makin reda sedikit aku dengan yang lain terus duduk dekat bahagian tepi. Ustaz terus buat kerja dia. Aku tak pasti dia baca surah apa. Tetapi masa tu aku tengok moyang lia kaki tangan mengelupur hebat. Lama betul moyang lia mengelupur. Adalah dalam 15 minit macam tu. Tiba-tiba mata moyang lia terus terbeliak dan mendongak ke atas. Tak lama tu moyang lia terus terdiam. Yang aku tak boleh blah tu, masa moyang lia diam, tak lama tu kepala dia terus berpaling ke kanan so secara automatik mata dia tengok aku dan aku tengok dia. Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain. Seram duh cara dia berpaling tu. Tak lama tu aku dengar suara ustaz.
"Innalillahiwainnailaihirojiun."
Semua orang mengikut apa yang ustaz tu cakap. Ada yang menangis apa semua.
"Mari tanamkan benda ni"
Ustaz terus bangun dengan beberapa orang lelaki. Belum je sampai beberapa saat ustaz keluar dari rumah tu, anak saudara lia mengelupur lepas tu menjerit terpekit terlolong-lolong. Masa tu semua orang terkejut termasuk aku.
"Apa benda tu j?" Tanya nabila yang dari tadi diamkan diri.
"Aku rasa dia kena histeris duh."
Tak lama tu ustaz tu terus masuk ke dalam rumah. Barang yang dia nak tanam tadi tu dia letak dekat sebelah. Anak saudara lia terus melompat bangun nak lari. Tetapi telah dikepung oleh beberapa orang lelaki. Tak lama tu anak saudara lia dapat ditangkap oleh ustaz tersebut. Di bacanya ruqyah sekuat-kuat sambil memegang tengkok belakang anak saudara lia. Tak lama tu anak saudara lia terus tumbang. Keadaan yang huru hara tadi terus menjadi aman.
Selesai semuanya, benda yang perlu ditanam dah pun ditanam. Aku mengerling jam dipengelangan tangan aku. Sudah menunjukkan pukul 12 malam. Aku lia nabila dan anak saudara lia yang lain naik ke atas rumah. Lia bentang toto dan aku mengambil tempat dihujung sekali .
"Anna, aku rasa baik kau tak payah tidur dekat tepi tu."
"Asal?" Tanya aku pelik
"Tu nampak tu." Tunjuk lia.
Aku lantas berpaling dan mengerakkan badan ke kanan sedikit.
"Uish"
"Haa. So tak payah lah. Untuk keselamatan kau jugak"
Aku hanya mengangguk dan terus bangun berdiri. Satu-satu tempat diorang dah ambil. Last-last aku tidur dihujung sebelah kiri. Sebelah kiri lia hampar toto untuk yang lelaki. Aku terus letakkan bantal. Belum sempat aku nak baring reza terus duduk kat sebelah aku. Yang lain dah baring dah.
"J kalau kau takut, aku ada kat sebelah kau"
"Iyo lah reza"
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'GERIK'
HorrorHAI, DISINI SAYA NAK KONGSIKAN KISAH SERAM YANG SAYA HADAPI. STAY TUNED.