"Anna, baca 3 qul anna" Ucap lia. Riak muka lia kelihatan risau yang teramat sangat.
Aku terdiam. Tak lama tu aku menganggukkan kepala. Aku terus baca 3 qul. Aku pun sebenarnya risau. Sebab yelah sekarang ni hanya aku nabila dan lia saja. Yang lain tak sampai lagi. Setahu aku kitaorang jalan sekali. Dalam setengah jam kemudian aku perasan lampu kereta yang tengah naik bukit. Dalam hati terasa lega yang teramat sangat.
Malam tu semua orang tak banyak cakap. Mungkin masih memikirkan apa yang dah berlaku. Makcik yah terus duduk di atas sofa depan tv. Aku pulak duduk dengan lia dan nabila dibelakang sofa. Tak tahu nak berborak apa. Hanya diam yang mampu.
Malam tu aku terjaga sebab terdengar bunyi suara kanak-kanak keriangan bermain. Aku lantas berdiri dan berjalan menuju ke tingkap. Oleh kerana lampu luar terpasang, memang nampak lah apa yang ada dekat luar. Apa yang aku nampak masa tu, 5 orang budak tengah bermain satu permainan jengkek kaki. Macam main teng teng. Aku pun bongkok kan badan sambil tongkat dagu kat tepi tingkap sambil tengok budak-budak tu main.
Tengah aku khusyuk tengok budak-budak tu main, aku perhati salah sorang budak tu muka dia berubah jadi buruk. Pada mulanya aku buat tak tahu, tetapi bila sorang demi sorang berubah jadi muka buruk, aku terus tersentak. Aku yang tongkat dagu ni terus berdiri tegak. Yang aku tak tahan tu kesemua budak tu berpaling ke arah tingkap yang aku berdiri tu. Tak lama tu budak tu melambai tangan ke arah aku. Aku terus berundur setapak kebalakang. Tiba-tiba...
"Kakak"
Ada satu suara memanggil aku sebelah kanan. Aku terus berpaling. Mata aku terbeliak. Masa ni aku hampir-hampir nak terduduk sebab ada 2 orang budak muka buruk berdiri betul-betul dekat sebelah aku. Aku cepat-cepat pejam mata dan baca ruqyah. Tak lama tu aku buka mata. Budak tu dah tak ada. Aku cepat-cepat baring dekat sebelah lia. Belum sempat aku nak pejam mata, aku dapat rasakan rambut aku macam dibelai. Aku terus dongakkan kepala. Ada kepala buruk betul-betul dekat atas kepala aku. Tangan dia masih belai-belai rambut aku. Aku terus bangun dan mengesot ke dinding.
"Allah!! Allah!! Allahh!! Allahh!!" Ucap aku sambil melihat benda tu turun dari sofa dan merangkak nak menuju ke arah aku.
Aku berpaling ke arah beg yang aku letak dekat tepi almari buku. Aku capai beg tu dan aku keluarkan botol air delima. Aku baca 3qul dan aku terus simbah kat benda tu. Terus benda tu hilang. Hanya tinggal asap hitam.
"Allahuakbar!" Ucap aku sambil meraup muka.
Dalam aku keadaan macam itu, aku perasan salah satu pintu bilik yang ada dekat ruang tamu tu terbuka. Aku memerhati dengar tubir mata. Tak lama kemudian aku tutup mata. Tiba-tiba...
"Anna, kamu kenapa?" Tanya satu suara.
Aku buka mata dan terus mendongak. Aku menghembus nafas yang tersekat dekat kerongkong tadi. Nafas lega. Mak lia rupanya.
"Kamu okay ke tak ni?"
Aku hanya memerhati mak lia tanpa berkelip. Tak lama tu mak lia berjalan ke arah aku.
"Anna, kamu kenapa?" Tanya mak lia.
Aku terus tersentak. Aku pejam mata dan lantas membuka mata kembali. Tiba-tiba suasana jadi gelap. Bunyi kipas makin lama makin perlahan......
"Ya allah anna!!"
Sayup-sayup aku dengar suara orang memanggil nama aku. Tak lama tu aku dapat rasakan tubuh aku digoncang perlahan. Aku terus buka mata. First yang aku lihat selepas buka mata adalah dada langit. Aku terus berpaling ke kiri. Lia dan nabila. Aku memandang sekeliling. Aku terus bangun dan duduk.
"Weh anna. Macam mana kau boleh tidur dekat luar ni? Kau pergi mana duh anna dengan kaki berselut. Baju kotor. " Tanya nabila.
Aku terus pandang kaki aku. Memang ye berselut dan baju aku kotor. Aku jadi bingung kejap. Aku cuba mengingati apa yang berlaku pagi tadi. Seingat aku.... Aku terus pandang lia.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'GERIK'
TerrorHAI, DISINI SAYA NAK KONGSIKAN KISAH SERAM YANG SAYA HADAPI. STAY TUNED.