"Bodoh korang ni. Terkejut aku" Ucap reza sambil urut dada.
"Kus semangat!" Izuwann pulak bersuara.
Tengah aku nabila dan lia bergelak ketawa, tiba-tiba pondok tu rasa bergoyang sedikit. Tak lama tu bergoyang lagi. Ketawa kitaorang dah mati dah. Aku pandang lia, lia pandang aku. Nabila dah gerak ke belakang sham.
"Ramai sangat kot" Ucap reza tiba-tiba.
Aku mendongak kepala ke atas. Memandang sekeliling. Tak lama tu pondok tu kembali bergoyang.
"Woww!!" Jerit izuwann pulak.
Aku memegang belakang lia.
"Kita keluar dari sini!" Jerit izuwann.
Ijat terus melangkah ke arah pintu.
"Weh! Pintu berkunci!" Ucap ijat cemas.
"Haa?? Macam mana boleh berkunci?" Tanya lia. Cemas.
"Tak tahu. Tak boleh buka ni"
Izuwann terus melangkah ke arah ijat dan berdiri disebelah ijat. Dia cuba untuk buka pintu tapi tak boleh.
"Aku takut weh aku takut" Jerit nabila.
"Kau jangan jerit nabil! Adoi" Ucap reza.
Aku terus tarik nabila dan memintak dia diamkan diri.
"Baca ruqyah ramai-ramai" Ucap aku yang dari tadi diamkan diri.
Kitaorang terus baca ruqyah beramai-ramai. Tengah-tengah baca tu tiba-tiba pondok tu bergoyang dah macam gempa bumi. Lia dan jatuh ke tepi. Belum sempat aku nak tarik lia, aku terjatuh dan kaki aku tertembus lantai papan yang dah berlubang tu. Izuwann terus tarik aku ke atas dan dia tahan badan dia dari papan tu terkena aku. Tak lama kemudian pondok tu runtuh dan kitaorang semua tergolek ke bawah.
"Allah!!" Jerit aku.
Tak lama kemudian.
"Ya allah! Macam mana boleh jadi macam ini"? Jerit mak lia.
Pakcik nal dan pakcik idrus terus berlari ke arah kitaorang.
"Kau okay j?" Tanya izuwann panik
"Kepala aku sakit"
"Aku angkat kau" Ucap izuwann terus angkat kat dan letak dekat tepi.
Tak lama tu izuwann pergi tolong yang lain dan bila dah selesai, kitaorang terus masuk ke dalam rumah. Tangan aku betis aku dan bibir aku luka. Sakit woii. Selepas letak ubat, aku lia dan nabila terus masuk ke dalam bilik. Mak lia yang suruh kitaorang tidur kat dalam bilik. Risau katanya. Takut jadi apa-apa.
Aku terus baring ke atas katil. Nabila dan lia masih lagi berdiri di depan cermin sambil belek-belek luka dekat muka. Aku terpandang langsir yang menutupi tingkap yang masih terbuka. Angin sepoi-sepoi menderu masuk membuatkan bilik tu terasa sejuk.
"Weh tutup tingkap tu. Dah malam dah" Suruh aku.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'GERIK'
HorreurHAI, DISINI SAYA NAK KONGSIKAN KISAH SERAM YANG SAYA HADAPI. STAY TUNED.