BAB 10

1K 73 0
                                    

"Oo aku ada tanya abang nal, dia cakap awie bawa balik bini dia kat kampung untuk berubat" Ucap izuwann

"Kampung mana?" Tanya aku

"Tak pasti pulak aku. Dekat kampung bini dia kot"

"Teruk sangat ke izz?" Tanya nabila pulak.

"Teruk lah kot. Kalau korang nak tahu, orang tu buat sebab dendam.

"Dendam sebab apa?" Tanya reza

"Yang tu aku tak pasti dendam sebab apa. Itu je lah yang abang nal bagitahu dekat aku. Abang nal cakap lagi, keadaan pengantin perempuan tak pulih-pulih"

"Uish! Macam teruk je" Ucap aku.

"Haah teruk. Entah lah"

"Kita tak nak pergi tengok ke? Kampung pengantin perempuan tu dekat mana?" Tanya nabila.

"Mana lah aku nak tahu dekat mana kampung pengantin perempuan tu"

Reza memandang arah aku.

"Apa?" Tanya aku pelik

"Air kau tu boleh pulihkan penyakit macam tu kan?"

Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau ikutkan aku tak nak masuk campur dalam urusan yang lain.

"Boleh tu memang lah boleh. Tapi itu untuk sementara saja."

"Ye aku tahu tu j. Tapi air kau boleh melemahkan benda tu kan? Jadi kalau benda tu kena air delima kau bermakna benda tu lemah dan ustaz dah boleh tolong keluarkan"

"Haa.. betul tu j" Sampuk nabila.

Aku memandang ke arah nabila.

"Sorry j"

"J kau kena tolong j. Orang dalam kesusahan kan. Kesian abang awie tu. Tak sempat nak merasa malam pertama" Sampuk ijat yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

Aku tersentak lantas memandang ke arah ijat. Reza dengan izuwann dah mengekek-ngekek ketawa.

"Apa ke bongok kau ni ijat" Ucap aku

"Betul lah" Jawab ijat serta ketawa yang bersisa.

Aku berpusing sebab nak masuk ke dalam rumah. Nabila pun ikut aku sekali.

"Macam mana j?" Tanya izuwann tiba-tiba

Aku berpaling sekilas lantas mengangkat bahu menandakan tak tahu. Aku terus masuk ke dapur untuk menolong yang lain tengah bertungkus lumus untuk menyiapkan makanan untuk kenduri tahlil malam nanti. Juadahnya hanya simple sahaja. Selesai semuanya aku masuk ke dalam untuk solat maghrib. Selesai solat aku capai selendang dan turun ke dapur. Tengah aku buat kerja tu, tiba-tiba hati aku rasa tak sedap. Seolah-olah ada benda yang nak berlaku.

Alhamdulillah kenduri tahlis berlangsung dengan lancar. Setelah semua orang balik, aku lia nabila dan beberapa orang makcik-makcik lia berkumpul dekat dapur. Sambil diaorang cerita kisah moyang mereka. Aku hanya mendiamkan diri. Tak lama tu pakcik nal bapak saudara lia datang ke dapur. Ditangannya memegang satu kotak yang lusuh dan meletakkan di atas meja depan aku.

"Apa ada dalam tu nal?" Tanya mak lia.

"Barang oyang untuk saka dia lah" Jawab pakcik nal lantas membuka kotak tersebut.

Tiba-tiba suasana menjadi sepi. Semua orang datang ke meja untuk tengok apa yang ada. Aku nabila dan lia hanya memerhati saja.

"Mentera apa ni?" Tanya makcik lia yang aku sendiri tak tahu nama dia apa.

"Tak tahu pulak"

Aku yang masih diam dari tadi terus buka mulut.

"Boleh saya tengok?"

Kertas mentera tu beralih tangan. Aku memandang satu per satu ayat yang di tulis tetapi tidak untuk aku membaca. Bahaya. Kalau tersilap langkah ibarat macam kita menyeru benda tu. Aku terus memberi kertas mentera tu dekat lia. Lia terus membaca mentera tersebut.

"Lia stop!!" Jerit aku tiba-tiba.

Lia terus berhenti membaca dan memberi mentera tu dekat abang nal. Terketar-ketar tangan lia. Tak lama tu aku dapat rasakan satu aura yang kuat di luar rumah. Tapi aku tak tahu apa. Abang nal menutup kembali kotak tu. Tak lama tu jugak, tiba-tiba.....

Huuu~huuuu~huuuu~ suara orang menangis. Sumpah mendayu-dayu.

Aku memandang lia dekat depan. Lia pulak memandang ke arah aku. Tak lama tu puak-puak lelaki yang duduk dekat luar terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Korang dengar tak?" Tanya ijat

Yang lain semua membatukan diri. Tak lama tu mak lia bersuara.

"Cepat kemas. Kita balik malam ni jugak"

Apa lagi, yang lain termasuk aku terus kemas dapur. Cuci pinggan. Ada yang sapu sampah itu ini semua. Tengah dalam buat kerja tu tiba-tiba makcik yah menjerit.

"Allah!! Allah!!" Jerit makcik yah dekat depan singki.

Aku yang tengah menyapu terus terhenti dan berpaling ke makcik yah. Dan didepan makcik yah disebalik jaring diluar, ada moyang lia yang memandang tepat ke arah makcik yah. Secara automatik tangan aku menggigil. Nabila terus berlari ke arah aku. Dan lantas peluk aku dari depan. Mata aku pulak ibarat macam dipaku. Tak berkelip dan tak berpaling. Semua orang dah menjerit masa tu. Tak lama tu pakcik nal dengan yang lain datang ke dapur. Semua orang tergamam. Tak lama tu pakcik nal terus azan. Kuat bergema satu dapur. Selesai azan, pakcik nal bersuara.

"Dah siap semuanya?"

"Dah-dah" Ucap mak lia terketar-ketar

"Kalau dah siap, jom lah"

Aku hanya menurut dan berlalu meninggalkan dapur termasuk yang lain. Aku masuk ke dalam kereta terus memandu untuk pulang ke rumah lia.

Sampai saja dirumah nenek lia, kitaorang duduk dekat luar rumah. Sementara menunggu yang lain. Layar otak aku masih lagi memaparkan kejadian sebentar tadi. Sangat-sangat jelas. Aku memandang nabila dengan lia. Masing-masing melayan perasaan masing-masing. Tak lama tu aku terpandang satu kelibat dekat tepi pondok yang terletak bersebelah rumah nenek lia. Pondok tu awie yang buat.

"Siapa tu?" Tanya aku.

"Mana?" Tanya nabila.

"Tu" Tunjuk aku.

Nabila dan lia mengikut arah yang aku tunjuk.

"Aku tak nampak apa-apa pun" Jawab nabila.

"Itu! Dekat tepi tu"

KISAH SERAM 'GERIK'Where stories live. Discover now